Warning: call_user_func_array() expects parameter 1 to be a valid callback, no array or string given in /home/runcloud/webapps/ramaramamy/wp-includes/class-wp-hook.php on line 324

Bitget Menyerlah di Persidangan Blockchain Perú 2025

2025-06-26T10:18:25Z

Bitget Shines at Perú Blockchain Conference 2025

LIMA, Peru, June 26, 2025 (GLOBE NEWSWIRE) -- Bitget, bursa kripto dan syarikat Web3 terkemuka, telah menamatkan penyertaan yang cemerlang sebagai Penaja Perak di Persidangan Blockchain Perú 2025 (Perú Blockchain Conference 2025), sekaligus mengukuhkan komitmennya dalam memajukan pendidikan dan penerimaan kripto di seluruh Amerika Latin.

Berlangsung dari 20 hingga 21 Jun di Pusat Konvensyen CIP di San Isidro, Lima, acara ini menghimpunkan para inovator blockchain, pemimpin industri dan peminat Web3 dari seluruh rantau. Bitget berinteraksi dengan para hadirin melalui reruai pameran yang mendapat sambutan tinggi, mempamerkan rangkaian penuh produk dagangan dan penawaran ekosistem Web3 miliknya.

Sebagai pembuka tirai hujung minggu persidangan, Bitget telah menganjurkan majlis Sambutan VIP pada 19 Jun, melibatkan pemegang kepentingan utama, usahawan fintech dan rakan serantau bagi mengukuhkan hubungan serta meneroka peluang untuk bekerjasama pada masa hadapan.

Di persidangan utama, Bitget menyumbang secara signifikan dalam aspek pendidikan menerusi dua pembentangan yang dikendalikan oleh pakar. Gildardo Herrera, Ketua Strategi LATAM dan Iberia Bitget, tampil di pentas utama untuk menyampaikan ucaptama yang membincangkan peranan yang semakin berkembang bagi bursa berpusat dalam menyokong penerimaan kripto di pasaran yang sedang muncul. Dalam ucapannya, Herrera menekankan bagaimana platform seperti Bitget membina kepercayaan pengguna, meluaskan akses kepada aset digital dan menawarkan produk inovatif yang disesuaikan dengan landskap kewangan unik di rantau tersebut. Beliau turut menekankan pelaburan berterusan Bitget dalam bakat tempatan dan infrastruktur sebagai pendekatan strategik untuk mengukuhkan kehadirannya di seluruh Amerika Latin.

Matias Part, Pengurus P2P LATAM/Iberia Bitget, turut tampil di pentas dengan sesi pendidikan yang tertumpu bertajuk “Bot Dagangan: Apa Itu, Bagaimana Ia Berfungsi dan Cara Menggunakannya untuk Meningkatkan Prestasi Dagangan Anda.” (Trading Bots: What They Are, How They Work, and How to Use Them to Improve Your Trading Performance) Dalam pembentangannya, beliau menjelaskan konsep dagangan algoritma dengan membongkar cara bot dagangan beroperasi, jenis strategi yang dilaksanakan serta bagaimana ia dapat membantu pengguna berdagang dengan lebih bijak melalui automasi keputusan berdasarkan isyarat pasaran. Matias turut berkongsi contoh dunia sebenar dan tip praktikal untuk mengintegrasikan bot dagangan ke dalam strategi dagangan runcit dan institusi, menjadikan sesi tersebut peluang pembelajaran yang bernilai bagi pedagang baharu mahupun berpengalaman. 

Kehadiran Bitget di Persidangan Blockchain Perú 2025 memperkukuhkan pelaburannya yang berterusan di Amerika Latin, salah satu rantau yang paling pesat berkembang dalam penerimaan aset digital. Dengan pasukan tempatan yang mantap dan penawaran produk yang disesuaikan, Bitget terus komited untuk menjadikan dagangan kripto lebih mudah diakses, selamat dan efisien bagi pengguna di seluruh benua tersebut.

Perihal Bitget

Ditubuhkan pada tahun 2018, Bitget merupakan sebuah bursa mata wang kripto dan syarikat Web3 yang terkemuka di dunia. Memberikan perkhidmatan kepada lebih daripada 120 juta pengguna di lebih daripada 150 buah negara dan rantau, bursa Bitget komited untuk membantu pengguna berdagang dengan lebih bijak melalui ciri dagangan salinan perintisnya dan penyelesaian dagangan lain. Bitget turut menawarkan akses masa nyata kepada harga Bitcoinharga Ethereum serta harga mata wang kripto yang lain. Bitget Wallet yang sebelum ini dikenali sebagai BitKeep merupakan dompet kripto tanpa jagaan terkemuka yang menyokong lebih daripada 130 rantai blok dan jutaan token. Ia menawarkan perdagangan berbilang rantaian, staking, pembayaran dan akses langsung kepada lebih daripada 20,000 DApp dengan pertukaran termaju serta cerapan pasaran yang disepadukan dalam satu platform tunggal. Bitget berada di barisan hadapan dalam memacu penggunaan kripto melalui perkongsian strategik, antaranya berperanan sebagai Rakan Kongsi Kripto Rasmi Liga Bola Sepak Terunggul Dunia, LALIGA, dalam pasaran TIMUR, SEA dan LATAM, termasuk menjadi rakan kongsi global kepada atlet Kebangsaan Turki Buse Tosun Çavuşoğlu (Juara gusti dunia), Samet Gümüş (Pemenang pingat emas tinju) dan İlkin Aydın (Pemain pasukan bola tampar kebangsaan), untuk memberikan inspirasi kepada komuniti global bagi menerima masa depan mata wang kripto.

Untuk maklumat lanjut, layari: Laman web | Twitter | Telegram | LinkedIn | Discord | Bitget Wallet

Untuk pertanyaan media, sila hubungi: [email protected] 

Amaran Risiko: Harga aset digital tertakluk kepada turun naik dan mungkin mengalami ketidakstabilan yang ketara. Pelabur disarankan agar hanya memperuntukkan dana yang mereka sanggup tanggung jika mengalami kerugian. Nilai mana-mana pelaburan boleh terjejas dan terdapat kemungkinan bahawa objektif kewangan mungkin tidak tercapai serta pelaburan pokok tidak dapat diperoleh semula. Nasihat kewangan bebas harus sentiasa didapatkan dan pengalaman dan kedudukan kewangan peribadi perlu dipertimbangkan dengan teliti. Prestasi masa lalu bukanlah penunjuk prestasi masa hadapan yang boleh dipercayai. Bitget tidak bertanggungjawab atas apa-apa kerugian yang mungkin dialami. Tiada apa-apa yang terkandung di sini harus dianggap sebagai nasihat kewangan. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila rujuk Syarat Penggunaan kami.

Foto yang mengiringi pengumuman ini tersedia di http://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/e45b7de7-e5b6-4d6f-91f0-d7649bd871ac


GlobeNewswire is one of the world’s largest newswire distribution networks, specializing in the delivery of corporate press releases financial disclosures and multimedia content to the media, investment community, individual investors and the general public.

© 2024 BlackButterfly DesignArts