Warning: call_user_func_array() expects parameter 1 to be a valid callback, no array or string given in /home/runcloud/webapps/ramaramamy/wp-includes/class-wp-hook.php on line 324

15 Tahun Mencipta Ketenteraman: Cara Framery Mencipta Pod Pejabat

2025-06-05T07:10:54Z


Evolusi pod pejabat dari kiri ke kanan: Pömpeli, Framery C, Framery O, Framery One

TAMPERE, Finland, June 05, 2025 (GLOBE NEWSWIRE) -- Framery, peneraju global dalam mereka bentuk, mengeluarkan dan memasarkan pod pejabat kalis bunyi, dengan bangganya mengumumkan ulang tahunnya yang ke-15, satu pencapaian penting yang juga menandakan 15 tahun sejak syarikat mencipta pod pejabat, secara asasnya mengubah cara berjuta-juta orang bekerja.

Ditubuhkan pada tahun 2010, Framery lahir daripada kekecewaan bersama akibat bekerja dalam persekitaran pejabat terbuka yang mengganggu. Samu Hällfors, Ketua Pegawai Eksekutif dan pengasas bersama, yang pada ketika itu berusia awal dua puluhan dan bekerja di dalam pejabat terbuka, mengalami sendiri cabaran untuk mengekalkan fokus di tengah-tengah kebisingan yang berterusan. "Bunyi bising yang berterusan, terutamanya daripada panggilan telefon bos kami amat menjengkelkan," kenang Hällfors. "Saya dan rakan mencadangkan agar beliau membuat panggilan di tempat lain dan beliau menjawab, “Baiklah, belikan saya pondok telefon.”

Permintaan itu mencetuskan suatu idea. Memandangkan tiada pilihan seperti itu wujud, pengasas Framery menyedari terdapat peluang yang besar. Di dalam garaj mereka, mereka membina prototaip pertama pod pejabat, yang diberi nama mesra ‘Pömpeli’ (perkataan Finland untuk "kotak"). Ini menjadi pod pejabat komersial pertama di dunia, yang dilancarkan pada tahun 2010. Ia bukan sahaja memenuhi keperluan utama untuk kesunyian, tetapi juga mencipta kategori produk baharu dan syarikat Framery. Ini membawa kepada lebih banyak model dan inovasi yang berterusan. Pada tahun 2013, Framery melancarkan Framery O, pod pertama yang mencapai pengurangan ucapan sebanyak 30dB dan ia kekal sebagai salah satu pod paling laris di dunia hingga ke hari ini.

Sejak permulaan yang sederhana, Framery telah berkembang pesat, menjadi sinonim dengan ruang kalis bunyi berkualiti tinggi dan berkesan. Apa yang pada mulanya hanya menyelesaikan masalah untuk beberapa rakan sekerja kini telah menjadi satu keperluan untuk berjuta-juta pekerja berpengetahuan di lebih 100 negara, digunakan oleh kebanyakan syarikat terkemuka dunia termasuk gergasi industri seperti Nvidia, Puma, BCG dan Microsoft. Hari ini, kira-kira 70% daripada semua syarikat dalam Forbes Top 100 bergantung kepada produk Framery untuk mencipta ruang kerja yang lebih berfungsi dan produktif.


Pod Pintar Framery baharu dari kiri ke kanan: Framery Six, Framery Four, Framery One, Framery One Compact

Tahun lalu menandakan pencapaian paling signifikan dalam industri pod pejabat sejak Framery mencipta kategori produk ini dengan pelancaran pod pintar pertama. Berdasarkan reputasi Framery dalam privasi akustik, pod generasi baharu ini mengintegrasikan penyelesaian pejabat pintar yang menangani cabaran paling mendesak dalam persekitaran kerja hibrid masa kini.

"Gabungan lancar ciri pintar dengan reka bentuk pod fizikal kami telah menjadi pemangkin sebenar bagi industri," kata Samu Hällfors. "Seperti mana ciri pintar telah menjadi standard dalam banyak kategori produk lain, kami melihat ini sebagai evolusi yang dijangka dan diperlukan agar pod pejabat sememangnya mampu menyokong tempat kerja moden."

Meraikan 15 tahun sejak mencipta industri pod pejabat, Framery melihat pencapaian ini sebagai landasan untuk inovasi dan kepimpinan masa depan. Apa yang bermula di sebuah garaj kini menjadi sebahagian penting dalam reka bentuk ruang kerja moden dan Framery terus mendorong evolusi cara kita bekerja.

PERIHAL FRAMERY

Framery merupakan peneraju global dalam pod kalis bunyi dan penyelesaian pejabat pintar, membolehkan orang ramai menumpukan perhatian kepada perkara yang benar-benar penting serta menyelesaikan tugasan mereka. Framery telah menjadi keperluan bagi hari kerja yang produktif untuk berjuta-juta pekerja berpengetahuan di lebih 100 negara serta dalam kebanyakan syarikat terkemuka dunia termasuk Nvidia, Puma dan Microsoft. Malah, kira-kira 70% daripada semua syarikat dalam Forbes Top 100 menggunakan produk kami.

Untuk maklumat lanjut dan permintaan temu bual, sila hubungi: [email protected]

Semua foto yang mengiringi pengumuman ini tersedia di:
https://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/00116d3d-55c8-49d6-97bb-39896d50ca01
https://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/38a240a8-128c-419b-a431-f596eb441efc
https://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/ade7f344-3555-4756-abe0-83b57a44a458


GlobeNewswire is one of the world’s largest newswire distribution networks, specializing in the delivery of corporate press releases financial disclosures and multimedia content to the media, investment community, individual investors and the general public.

© 2024 BlackButterfly DesignArts