Bitget Bekerjasama dengan Pusat Blok Rantai Universiti Zurich, Memberikan Peluang dan Biasiswa kepada Pelajar
VICTORIA, Seychelles, June 05, 2025 (GLOBE NEWSWIRE) -- Bitget, bursa mata wang kripto dan syarikat Web3 terkemuka, telah mengumumkan kerjasama dengan Universiti Zurich, universiti #3 teratas dunia (berdasarkan kedudukan Coindesk 2021/22) untuk pendidikan blok rantai. Bursa ini akan menaja edisi ke-6 Kursus Musim Panas Antarabangsa—program Deep Dive into Blockchain 2025 di Pusat Blok Rantai Universiti Zurich (UZH BCC), menawarkan biasiswa dan peluang kerjaya kepada pelajar yang ingin tahu tentang blok rantai. Hal ini menandakan bab baharu dalam komitmen Bitget terhadap pendidikan blok rantai dan pemerkasaan belia.
Initiatif biasiswa ini yang merupakan sebahagian daripada program $10J Blockchain4Youth (B4Y) Bitget yang lebih besar, bermatlamat untuk menjadikan pendidikan blok rantai berimpak tinggi lebih mudah diakses oleh para pelajar yang pintar dan bermotivasi, serta membuka peluang yang lebih luas. Deep Dive into Blockchain (DDiB) ialah kursus musim panas andalan Universiti Zurich, yang dihoskan oleh Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Informatik dengan kerjasama Pengalaman Pelajar Global serta dianjurkan oleh Pusat Blok Rantai UZH di bawah pimpinan akademik pengerusinya, Prof. Dr Claudio J. Tessone. Program tiga minggu ini menawarkan penerokaan antara disiplin blok rantai yang menakjubkan dari perspektif akademik, teknologi, undang-undang dan ekonomi.
“Kami berbesar hati untuk bekerjasama dengan Bitget untuk program Deep Dive into Blockchain. Sokongan mereka memperkasakan ahli profesional blok rantai generasi akan datang dengan menjadikan pendidikan di seluruh dunia lebih mudah diakses. Kerjasama ini mencerminkan visi bersama kami dalam merangsang inovasi, kepelbagaian dan bakat global dalam ruang Web3,” — Dr Claudio J. Tessone, Professor Teknologi Blok Rantai dan Lejar Teragih, Universiti Zurich, serta Pengarah Program Deep Dive into Blockchain.
Dalam ekosistem yang kerap kali ditakrifkan oleh kerumitan dan kelajuannya, pendidikan kekal menjadi penghubung yang lama bertahan antara inovasi dan pemahaman. Dibina berdasarkan kepercayaan ini, Bitget memberikan dana biasiswa kepada sehingga 10 orang pelajar yang memenuhi kriteria akademik dan kewangan yang telah ditetapkan oleh UZH. Lebih daripada sekadar subsidi, Biasiswa Blockchain4Youth Bitget ialah kepercayaan bahawa masa depan blok rantai seharusnya dibina oleh orang-orang yang berkebolehan, bukan hanya orang yang mempunyai keistimewaan.
Setiap biasiswa akan menampung yuran kelas, tempat tinggal, pengangkutan di Zurich, akses kepada bahan akademik dan lawatan tapak, serta penyertaan dalam program dan acara antara budaya. Struktur sokongan menyeluruh ini direka bentuk untuk memperkasakan pelajar untuk tidak hanya fokus kepada logistik, tetapi juga terhadap pembelajaran dan tidak hanya tamat dengan sekeping sijil, tetapi juga dengan perspektif yang lebih mendalam.
“Sebagai seseorang yang melangkah masuk ke industri ini daripada industri yang telah lama bertapak, saya tahu perkara yang boleh didedahkan apabila terdapat akses dan peluang. Biasiswa ini bukan hanya tentang mempelajari blok rantai—ia juga tentang membekalkan alat kepada pemimpin akan datang untuk bertanyakan soalan, untuk membina dan untuk meninggalkan hasil yang lebih baik dari sebelumnya. Ini ialah legasi yang kami mahu bantu bina,” kata Vugar Usi Zade, Ketua Pegawai Operasi Bitget.
“Sepertimana dunia memerlukan lebih banyak pembangun, peguam dan pakar ekonomi, dunia juga memerlukan pemikir berbilang disiplin yang memahami impak sosial penuh blok rantai,” tambah beliau lagi.
Program tahun 2025 ini juga akan menampilkan kelas pakar oleh Ketua Pegawai Operasi Bitget, Vugar Usi Zade, yang menawarkan pandangan langsung salah seorang pengendali terkemuka industri kepada pelajar. Perbincangan antara akedemik dan industri ini mendayakan kerjasama strategik jangka masa panjang antara Bitget dan UZH, mengukuhkan matlamat bersama dalam inovasi, pendidikan dan pembangunan mampan.
Dengan kerjasama ini, Bitget bukan hanya memberikan dana kepada pendidikan. Ia membentuk masa depan industri.
Untuk mendapatkan lebih banyak butiran dan kemas kini, lawati halaman program rasmi di sini.
Perihal Bitget
Ditubuhkan pada 2018, Bitget merupakan sebuah bursa mata wang kripto dan syarikat Web3 yang terkemuka di dunia. Berkhidmat kepada lebih 100 juta pengguna di lebih daripada 150 negara dan rantau, bursa Bitget komited untuk membantu pengguna berdagang dengan lebih bijak dengan ciri dagangan salinan perintisnya dan penyelesaian dagangan lain sambil menawarkan akses masa nyata kepada harga Bitcoin, harga Ethereum dan harga mata wang kripto yang lain. BitgetWallet yang sebelum ini dikenali sebagai BitKeep merupakan dompet kripto berbilang rantaian bertaraf dunia yang menawarkan pelbagai penyelesaian dan ciri Web3 yang menyeluruh, termasuk kefungsian dompet, pertukaran token, Pasaran NFT, penyemak imbas DApp dan banyak lagi.
Bitget berada di barisan hadapan dalam memacu penggunaan kripto melalui perkongsian strategik, antaranya berperanan sebagai Rakan Kongsi Kripto Rasmi Liga Bola Sepak Terunggul Dunia, LALIGA, dalam pasaran TIMUR, SEA dan LATAM, termasuk menjadi rakan kongsi global atlet Kebangsaan Turki Buse Tosun Çavuşoğlu (Juara dunia gusti), Samet Gümüş (Pemenang pingat emas tinju) dan İlkin Aydın (pemain pasukan bola tampar kebangsaan), untuk memberikan inspirasi kepada komuniti global bagi merangkul masa depan mata wang kripto.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut, layari: Laman web | Twitter | Telegram | LinkedIn | Discord | Bitget Wallet
Untuk pertanyaan media, sila hubungi: [email protected]
Amaran Risiko: Harga aset digital mungkin berubah-ubah dan mengalami ketidakstabilan harga. Hanya melabur jika anda sanggup menanggung kerugian. Nilai sebarang pelaburan mungkin terjejas dan berkemungkinan tidak mencapai matlamat kewangan atau tidak memperoleh semula pelaburan pokok. Nasihat kewangan bebas harus sentiasa diperoleh, dan pengalaman serta kedudukan kewangan peribadi perlu dipertimbangkan dengan teliti. Prestasi pada masa lalu bukanlah ukuran prestasi masa hadapan yang boleh dipercayai. Bitget tidak akan bertanggungjawab ke atas apa-apa kerugian yang mungkin dialami. Tiada apa-apa pun di sini yang boleh ditafsirkan sebagai nasihat kewangan. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Syarat Perkhidmatan kami.
Foto yang disertakan bersama pengumuman ini tersedia di http://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/e24973b7-136c-48b4-9a8a-b04836aea0be
