Bitget Meraikan Hari Bitcoin Pizza dengan Mengedarkan Lebih 5000 Piza di Lebih 20 Bandar di Seluruh Dunia
VICTORIA, Seychelles, May 21, 2025 (GLOBE NEWSWIRE) -- Bitget, pertukaran mata wang kripto terkemuka dan sebuah syarikat Web3 meraikan Hari Bitcoin Pizza dengan menganjurkan acara merentas lima benua dan mengedarkan piza kepada lebih daripada 2,000 orang. Antara 19 Mei dan 22 Mei, perjumpaan diadakan di bandar-bandar termasuk Abuja, Cape Town, Buenos Aires, São Paulo, Bandar Mexico, Lisbon, Barcelona, Florence, Catania, Turin, Milan, Athens, Metro Manila, Pulau Pinang, Tirana, Prague, Dubai, Taipei dan Bandar Ho Chi Minh.
Hari Bitcoin Pizza, disambut setiap tahun pada 22 Mei, mengingatkan kita kepada pembelian dua piza bersejarah berharga 10,000 Bitcoin oleh Laszlo Hanyecz pada tahun 2010—satu transaksi yang menunjukkan potensi besar Bitcoin sebagai wadah pertukaran. Transaksi sederhana tersebut, yang pada masa itu bernilai kira-kira $41, kini dianggarkan bernilai hampir $1 bilion. Hari tersebut telah menjadi simbol kepada evolusi Bitcoin daripada eksperimen tertumpu kepada tulang belakang bagi kebangkitan ruang inovasi kewangan.
Hasrat sambutan pada tahun ini adalah untuk mengeratkan komuniti kripto global, menawarkan peluang kepada penggemar, pedagang dan pendatang baru untuk terlibat dalam dialog berkenaan perjalanan Bitcoin dan masa depan kewangan terpencar. Acara-acara tersebut menggabungkan rangkaian tidak formal dengan perbincangan berilmiah yang memperkukuh pertalian berkembang Bitcoin dalam landskap ekonomi berubah-ubah.
"Setiap tahun, kami meraikan Hari Bitcoin Pizza kerana hari ini mengingatkan kami kepada pencapaian industri ini—daripada 10,000 BTC yang bernilai hanya $40 kepada kini mencecah $1 bilion. Pencapaian ini menandakan contoh unggul bagi mana-mana kejayaan wadah kewangan dalam sejarah. Di Bitget, hari tersebut merupakan salah satu hari kegemaran kami untuk berkongsi dengan komuniti dan merenung perjalanan hebat yang kami lalui," kata Gracy Chen, CEO di Bitget.
Dengan menganjurkan acara merentas rantau berbeza seperti Afrika, Amerika Latin, Eropah dan Asia, Bitget menunjukkan sokongan terhadap komuniti kripto tempatan yang menggalakkan penglibatan lebih meluas dalam ruang kripto yang semakin berkembang. Perjumpaan tersebut menekankan cara cerita Bitcoin tersebar secara global, melangkaui sempadan. Inisiatif sebegini mengingatkan kepada prinsip-prinsip yang akan terus menggalakkan penggunaan kripto—inovasi, ketahanan dan visi bersama.
Perihal Bitget
Ditubuhkan pada 2018, Bitget merupakan sebuah bursa mata wang kripto dan syarikat Web3 yang terkemuka di dunia. Memberikan perkhidmatan kepada lebih 120 orang juta pengguna di lebih daripada 150 negara dan rantau, bursa Bitget komited untuk membantu pengguna berdagang dengan lebih bijak melalui ciri perdagangan salinan perintisnya dan penyelesaian perdagangan yang lain. Bitget turut menawarkan akses masa nyata kepada harga Bitcoin, harga Ethereum dan harga mata wang kripto yang lain. BitgetWallet yang sebelum ini dikenali sebagai BitKeep merupakan dompet kripto berbilang rantaian bertaraf dunia yang menawarkan pelbagai penyelesaian dan ciri Web3 yang menyeluruh, termasuk kefungsian dompet, pertukaran token, Pasaran NFT, penyemak imbas DApp dan banyak lagi.
Bitget berada di barisan hadapan dalam memacu penggunaan kripto melalui perkongsian strategik, antaranya berperanan sebagai Rakan Kongsi Kripto Rasmi Liga Bola Sepak Terunggul Dunia, LALIGA, dalam pasaran TIMUR, SEA dan LATAM, termasuk menjadi rakan kongsi global atlet Kebangsaan Turki Buse Tosun Çavuşoğlu (Juara dunia gusti), Samet Gümüş (Pemenang pingat emas tinju) dan İlkin Aydın (pemain pasukan bola tampar kebangsaan), untuk memberikan inspirasi kepada komuniti global bagi menerima baik masa depan mata wang kripto.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut, layari: Laman web | Twitter | Telegram | LinkedIn | Discord | Bitget Wallet
Untuk pertanyaan media, sila hubungi: [email protected]
Amaran Risiko: Harga aset digital mungkin berubah-rubah dan mengalami ketidakstabilan harga. Hanya melabur jika anda sanggup menanggung kerugian. Nilai sebarang pelaburan mungkin terjejas dan berkemungkinan tidak mencapai matlamat kewangan atau tidak memperoleh semula pelaburan pokok. Nasihat kewangan bebas harus sentiasa diperoleh, dan pengalaman serta kedudukan kewangan peribadi perlu dipertimbangkan dengan teliti. Prestasi pada masa lalu bukanlah ukuran prestasi masa hadapan yang boleh dipercayai. Bitget tidak akan bertanggungjawab ke atas apa-apa kerugian yang mungkin dialami. Tiada apa-apa pun di sini yang boleh ditafsirkan sebagai nasihat kewangan. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Syarat Perkhidmatan kami.
Foto yang mengiringi pengumuman ini tersedia di http://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/5fd9309d-8df9-47c3-a79b-d573efe84e51
