Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the squirrly-seo domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/runcloud/webapps/ramaramamy/wp-includes/functions.php on line 6121
GlobeNewswire | RAMARAMA
Warning: call_user_func_array() expects parameter 1 to be a valid callback, no array or string given in /home/runcloud/webapps/ramaramamy/wp-includes/class-wp-hook.php on line 324

Bitget Melancarkan Program Afiliasi Dalam Rantaian Yang Pertama Dalam Industri dengan 40% Rebat untuk Menyokong Pencipta Kandungan

2025-04-17T10:16:29Z

VICTORIA, Seychelles, April 17, 2025 (GLOBE NEWSWIRE) -- Bitget, sebuah bursa mata wang kripto dan syarikat Web3 terkemuka, telah melancarkan penambahan perintis bagi program afiliasi bursa itu, yang merupakan inisiatif afiliasi dalam rantaian yang pertama dalam sektor bursa kripto yang menawarkan rebat hingga 40% kepada rakan kongsi di samping struktur komisen yang sedia ada. Program inovatif ini merapatkan ekosistem perdagangan terpusat (CEX) dan tak terpusat (DEX), memperkasakan ahli afiliasi untuk mengewangkan pengaruh mereka dengan lancar yang merangkumi kedua-dua ekosistem tersebut.

Walaupun program afiliasi tradisional memberikan ganjaran bagi rujukan untuk dagangan spot dan niaga hadapan, peluasan dalam rantaian Bitget membolehkan rakan kongsi memperoleh rebat apabila pengguna melakukan interaksi dengan Bitget Onchain, iaitu produk yang direka untuk memudahkan perdagangan dalam rantaian bagi pengguna CEX. Rakan afiliasi kini boleh memanfaatkan pasaran DeFi yang berkembang pesat dan khalayak mereka tidak perlu mengendalikan penyediaan dompet yang rumit atau menjejaskan keselamatan.

"Bitget telah berkembang menjadi 5 bursa utama dengan sokongan yang diberikan oleh 120 juta penggunanya. Untuk menzahirkan rasa syukur kami dan untuk bekerjasama dengan lebih rapat dengan penyumbang ekosistem kami, kami telah membuat keputusan untuk memberikan ganjaran kepada perintis yang membantu pengguna menemukan spektrum penuh peluang kripto, sama ada di bursa atau dalam rantaian," kata Vugar Usi Zade, Ketua Pegawai Operasi Bitget. "Rakan afiliasi kami meminta cara untuk mengewangkan faedah DeFi tanpa masalah teknikal dan kami mendengar suara mereka. Ini ialah satu lagi langkah daripada kami untuk menyokong komuniti yang berkembang maju dengan menggabungkan kemudahan CEX dan inovasi DeFi," katanya lagi.

Program rujukan Bitget terbuka kepada pencipta kandungan, pempengaruh dan pemimpin komuniti yang mempunyai lebih 100 pengikut melalui proses permohonan yang mudah. Peserta berkongsi pautan rujukan unik bagi perdagangan tradisional dan juga transaksi Bitget Onchain. Mereka boleh memperoleh komisen hingga 50% bagi yuran dagangan spot dan niaga hadapan dan rebat hingga 40% bagi aktiviti dalam rantaian. Program ini menampilkan ganjaran bertingkat, yang melayakkan ahli paling berprestasi mendapat tingkat pembayaran tertinggi, yang mendorong pertumbuhan dan penglibatan berterusan.

Bitget Onchain menghapuskan halangan tradisional dalam penyertaan DeFi dengan membenarkan pengguna berdagang aset dalam rantaian secara terus daripada akaun spot Bitget. Mereka tidak perlu melakukan penyediaan dompet yang rumit atau pengurusan kunci peribadi. Semua urus niaga mendapat manfaat daripada keselamatan bertaraf institusi yang dijamin oleh Dana Perlindungan Bitget bernilai $600 juta, yang memberikan perlindungan aset bertaraf perusahaan kepada pengguna tanpa menjejaskan peluang dalam DeFi. Platform ini meningkatkan lagi pembuatan keputusan dengan saringan aset yang dikuasakan oleh AI yang memaparkan projek berpotensi tinggi dalam masa nyata untuk membantu pengguna menavigasi landskap dalam rantaian yang luas dengan yakin tanpa perlu membuat agakan. Program Afiliasi Bitget memberikan kebebasan akses untuk mencapai fasa pertumbuhan kripto yang seterusnya bagi pelbagai golongan, daripada pempengaruh YouTube sehinggalah pentadbir Telegram.

Permohonan kini dibuka melalui Portal Afiliasi Bitget.

Perihal Bitget

Ditubuhkan pada tahun 2018, Bitget merupakan sebuah bursa mata wang kripto dan Web3 yang terkemuka di dunia. Memberi perkhidmatan kepada lebih daripada 100 juta pengguna di lebih 150 negara dan rantau, bursa Bitget komited untuk membantu pengguna berdagang dengan lebih bijak melalui ciri perdagangan salinan perintisnya dan penyelesaian perdagangan lain. Bitget turut menawarkan akses secara masa nyata kepada harga Bitcoinharga Ethereum serta harga mata wang kripto yang lain. Bitget Wallet yang sebelum ini dikenali sebagai BitKeep, merupakan dompet kripto berbilang rantaian bertaraf dunia yang menawarkan pelbagai penyelesaian dan ciri Web3 yang komprehensif, termasuk kefungsian dompet, pertukaran token, NFT Marketplace, pelayar DApp dan pelbagai lagi.

Bitget berada di barisan hadapan dalam memacu penggunaan kripto melalui perkongsian strategik, antaranya berperanan sebagai Rakan Kongsi Kripto Rasmi Liga Bola Sepak Terunggul Dunia, LALIGA, dalam pasaran TIMUR, SEA dan LATAM, termasuk menjadi rakan kongsi global atlet Kebangsaan Turki Buse Tosun Çavuşoğlu (Juara gusti dunia), Samet Gümüş (Pemenang pingat emas tinju) dan İlkin Aydın (Pemain pasukan bola tampar kebangsaan), untuk memberikan inspirasi kepada komuniti global bagi merangkul masa depan mata wang kripto.

Untuk maklumat lanjut, layari: Laman web | Twitter | Telegram | LinkedIn | Discord | Bitget Wallet

Untuk pertanyaan media, sila hubungi: media@bitget.com

Amaran Risiko: Harga aset digital tertakluk kepada turun naik dan mungkin mengalami ketidakstabilan yang ketara. Pelabur disarankan agar hanya memperuntukkan dana yang mereka sanggup tanggung jika mengalami kerugian. Nilai mana-mana pelaburan boleh terjejas dan terdapat kemungkinan bahawa objektif kewangan mungkin tidak tercapai serta pelaburan pokok tidak dapat diperoleh semula. Nasihat kewangan bebas harus sentiasa diperoleh dan pengalaman kewangan peribadi serta kedudukan kewangan perlu dipertimbangkan dengan teliti. Prestasi pada masa lalu bukanlah penunjuk prestasi masa hadapan yang boleh dipercayai. Bitget tidak bertanggungjawab atas apa-apa kerugian yang mungkin dialami. Tiada apa-apa yang terkandung di sini harus dianggap sebagai nasihat kewangan. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila rujuk Syarat Penggunaan kami.

Foto yang mengiringi pengumuman ini tersedia di http://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/e8613f35-892b-4e0c-a134-abd46ff8f0de


GlobeNewswire is one of the world’s largest newswire distribution networks, specializing in the delivery of corporate press releases financial disclosures and multimedia content to the media, investment community, individual investors and the general public.

© 2024 BlackButterfly DesignArts