Warning: call_user_func_array() expects parameter 1 to be a valid callback, no array or string given in /home/runcloud/webapps/ramaramamy/wp-includes/class-wp-hook.php on line 324

Nordic Capital melengkapkan pemerolehan Anaqua

2025-02-26T15:46:42Z

Pelabur ekuiti swasta teknologi & pembayaran terkemuka memperoleh Anaqua dengan tumpuan untuk memacu pertumbuhan selanjutnya dalam perniagaan

BOSTON, Feb. 26, 2025 (GLOBE NEWSWIRE) -- Anaqua, penyedia terkemuka bagi penyelesaian dan perkhidmatan teknologi pengurusan inovasi dan harta intelek (IP), hari ini mengumumkan bahawa Nordic Capital, pelabur ekuiti swasta yang berpengalaman dalam Teknologi & Pembayaran di seluruh dunia, telah memperoleh kepentingan mengawal dalam Anaqua.

Pengambilalihan tersebut mewakili pelaburan strategik utama oleh Nordic Capital, yang memberi tumpuan dalam memacu pertumbuhan berterusan untuk Anaqua melalui pembangunan penyelesaian pengurusan IP yang semakin inovatif. Nordic Capital akan menyokong pengembangan global Anaqua dan peningkatan yang berterusan terhadap perisian dan keupayaan operasi terbaik dalam kelasnya untuk mengukuhkan lagi kedudukan pasaran syarikat. Platform Anaqua yang berbeza, AQX® dan PATTSY WAVE®, menyepadukan aliran kerja amalan terbaik, analitik data, pemfailan asing dan pembayaran pembaharuan paten dan tanda dagangan ke dalam platform perisian tunggal yang penting untuk profesional IP. Platform ini menawarkan cadangan nilai hujung ke hujung yang unik untuk menyelaraskan operasi, memaklumkan strategi dan memperkasakan pembuatan keputusan di sekitar portfolio IP berharga pelanggan.

Nordic Capital mempunyai lebih daripada 20 tahun pengalaman dalam mempercepatkan pertumbuhan syarikat teknologi inovatif dan telah membuat 33 pelaburan teknologi dalam syarikat-syarikat yang mempunyai nilai perusahaan keseluruhan sekitar EUR 26 bilion.

"Nordic Capital akan menjadi rakan kongsi yang hebat pada masa hadapan untuk Anaqua dan pelanggan kami, dengan visi bersama kami terhadap platform pengurusan IP yang diterajui perisian yang boleh memacu transformasi industri," ulas Anaqua Bob Romeo, Ketua Pegawai Eksekutif Anaqua. Justin Crotty, Ketua Pegawai Operasi Anaqua, menambah bahawa “Nordic Capital akan memainkan peranan penting dalam merealisasikan strategi pertumbuhan Anaqua dan menyediakan penyelesaian berteknologi kepada pelanggan kami serta pasaran IP.”

Fredrik Näslund, Rakan Kongsi dan Ketua Teknologi & Pembayaran, di Nordic Capital Advisors, mengulas: “Kami tidak sabar-sabar untuk menyokong Anaqua dalam fasa pertumbuhan seterusnya, membantu mereka mengembangkan lagi jejak global mereka dan mewujudkan platform pengurusan IP terkemuka untuk industri yang dipacu inovasi.”

Perihal Anaqua

Anaqua, Inc. merupakan pembekal premium penyelesaian dan perkhidmatan teknologi bersepadu untuk pengurusan harta intelek (IP). Platform pengurusan IP AQX® dan PATTSY WAVE® Anaqua menggabungkan aliran kerja amalan terbaik dengan analitik data besar dan perkhidmatan yang didayakan teknologi untuk mewujudkan persekitaran pintar yang memaklumkan strategi IP, mendayakan keputusan IP dan menyelaraskan proses IP. Hari ini, hampir separuh daripada 100 pemohon paten A.S. terbesar dan jenama global serta bilangan firma guaman yang semakin meningkat di seluruh dunia, menggunakan penyelesaian Anaqua. Lebih dua juta eksekutif IP, peguam, paralegal, pentadbir dan inovator menggunakan platform untuk pengurusan IP mereka. Syarikat itu beribu pejabat di Boston, dengan pejabat tambahan di Amerika Syarikat, Eropah, Asia dan Australia. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila layari anaqua.com atau LinkedIn.

Perihal Nordic Capital

Nordic Capital merupakan pelabur ekuiti persendirian pakar sektor terkemuka dengan komitmen yang tegas untuk mewujudkan perniagaan yang lebih kukuh dan mampan melalui peningkatan operasi dan pertumbuhan transformatif. Nordic Capital memberikan tumpuan kepada rantau dan sektor terpilih yang mempunyai pengalaman mendalam dan sejarah yang panjang. Penjagaan Kesihatan, Teknologi & Pembayaran, Perkhidmatan Kewangan dan Perkhidmatan & Teknologi Perindustrian merupakan sektor tumpuan syarkat. Eropah dan seluruh dunia merupakan rantau utama untuk pelaburan dalam Penjagaan Kesihatan dan Teknologi & Pembayaran. Sejak ditubuhkan pada 1989, Nordic Capital telah melabur EUR 26 bilion dalam hampir 150 pelaburan. Entiti terbaru adalah Nordic Capital XI dengan komitmen modal EUR 9.0 bilion dan Nordic Capital Evolution II dengan komitmen modal EUR 2 bilion, yang kebanyakannya disediakan oleh pelabur institusi antarabangsa seperti dana pencen. Nordic Capital Advisors mempunyai pejabat tempatan di Sweden, UK, AS, Jerman, Denmark, Finland, Norway dan Korea Selatan. www.nordiccapital.com.

“Nordic Capital” merujuk kepada, bergantung pada konteks, mana-mana, atau semua, entiti yang berjenama Nordic Capital, kenderaan, struktur dan entiti berkaitan. Rakan kongsi am dan/atau pengurus portfolio yang didelegasikan bagi entiti dan kenderaan pelaburan Nordic Capital diberikan nasihat oleh beberapa entiti sub-penasihat bukan budi bicara, yang mana kesemuanya dirujuk sebagai “Nordic Capital Advisors”.

Hubungan Syarikat:
Nancy Hegarty
VP, Pemasaran
Anaqua
617-375-2655
[email protected]


GlobeNewswire is one of the world’s largest newswire distribution networks, specializing in the delivery of corporate press releases financial disclosures and multimedia content to the media, investment community, individual investors and the general public.

© 2024 BlackButterfly DesignArts