Program Penghijrahan Pelaburan Paling Menarik Di Dunia pada Tahun 2025
LONDON, Feb. 26, 2025 (GLOBE NEWSWIRE) -- Malta mengekalkan tempat pertama dalam Indeks Program Kewarganeraan Global 2025 untuk 10 tahun berturut-turut, sementara Greece menduduki tangga teratas Indeks Program Mastautin Global 2025 buat kali pertama. Kejayaan ini menyerlahkan dominasi program mastautin dan kewarganegaraan Eropah melalui pelaburan dalam senarai kedudukan tahunan Henley & Partners bagi program penghijrahan pelaburan paling penting di dunia.
Firma tersebut telah menerima pelanggan daripada 94 negara yang berbeza pada tahun 2024 dan mendapat pertanyaan daripada lebih 180 buah negara. Sejumlah 23% daripada pemohonan yang diproses oleh Henley & Partners pada tahun lepas diterima daripada warganegara AS. Jumlah tersebut hampir sama dengan jumlah tergabung empat kumpulan warganegara berikutnya iaitu India, Turkiye, Filipina dan United Kingdom. Jika dibandingkan bilangan pelanggan Amerika Syarikat pada tahun 2024 dengan lima tahun lalu (2019), terdapat peningkatan yang amat besar, iaitu melebihi 1,000%. UK juga telah memecahkan rekod tahun lalu, dengan peningkatan jumlah pemohonan sebanyak 57% yang diserahkan oleh warganegara United Kingdom pada tahun 2024 berbanding tahun 2023.
Dua indeks tersebut yang ditampilkan dalam laporan Program Penghijrahan Pelaburan tahunan edisi 2025 menawarkan analisis sistematik dan penandaarasan menyeluruh bagi program mastautin dan kewarganegaraan melalui tawaran pelaburan yang paling menarik di dunia, yang memberikan standard emas dalam sektor tersebut. Perbandingan program tersebut juga tersedia dalam bentuk digital dan interatif, yang membolehkan pelabur global dan keluarga-keluarga hartawan memilih perkara yang paling penting bagi mereka semasa membuat pilihan.
Dr. Christian H. Kaelin, Pengerusi Henley & Partners berkata “Penerbitan ini penting untuk kerajaan-kerajaan dan pembuat dasar yang ingin menarik dan mengekalkan aset kekayaan untuk mencapai autonomi fiskal dan pertumbuhan ekonomi yang lebih hebat. Dalam era ketidakstabilan global yang memuncak, negara-negara berdaulat menggunakan program mastautin dan kewarganegaraan melalui pelaburan sebagai alat kewangan yang inovatif untuk membiayai inisiatif pembangunan yang dapat mengurangkan risiko berkaitan kelestarian dan iklim, serta dapat memberikan manfaat kepada rakyat secara langsung. Untuk pelabur, permastautinan dan kewarganeragaan alternatif menjadi pelaburan unik yang membolehkan mereka mengembangkan identiti diri secara global, sama seperti portfolio kekayaan mereka.”
Program kewarganergaraan: Malta mengekalkan standard emas
Indeks Program Kewarganegaraan Global menyenaraikan kedudukan bagi 14 program. Malta, sebuah negara Eropah yang terletak di lokasi strategik mendapat markah 76 daripada 100 serta menerima penghormatan tertinggi untuk 10 tahun berturut-turut. Kekal di tempat ke-2 dengan markah sebanyak 75 ialah program kewarganegaraan premium melalui tawaran pelaburan Austria, yang menghendaki pemohon membuat sumbangan yang besar kepada ekonomi negara tersebut. Dua kedudukan seterusnya dimiliki oleh negara kepulauan Caribbea iaitu Grenada di tempat ketiga dengan 69 markah dan Antigua dan Barbuda di tempat keempat dengan 67 markah.
Tiga lagi Negara Membangun Pulau Kecil (SIDS) berkongsi tempat kelima, setiap satunya mendapat 66 markah: negara baharu dalam indeks Nauru, bersama-sama dengan St. Kitts dan Nevis serta St. Lucia. Program kewarganegaraan Nauru menawarkan kelebihan yang ketara dalam mobiliti global yang memberikan pasport alternatif yang selamat untuk melakukan perjalanan, dengan akses bebas visa kepada beberapa hab kaya utama di dunia. Pemohon yang berjaya juga akan menyumbang kepada penyelesaian krisis iklim di Pasifik Selatan yang berkaitan dengan peningkatan paras air laut dan kehilangan biodiversiti yang sedang dialami oleh SIDS. Dana tersebut akan disalurkan kepada projek pembangunan, termasuk inisiatif ketahanan iklim, penambahbaikan infrastruktur, projek tenaga boleh diperbaharui dan pempelbagaian ekonomi mampan.
Program mastautin: Greece mengungguli takhta
Dalam Indeks Program Mastautin Global 2025 yang menyenaraikan kedudukan 26 program, program visa emas Greece yang popular mendapat tempat pertama dengan markah 73 daripada 100, mengalahkan Portugal yang telah memegang atau berkongsi tempat pertama selama sembilan tahun. Portugal kini berada pada kedudukan ketiga bersama-sama dengan Itali dan UK, kesemuanya mendapat 70 markah, sementara Switzerland, yang mempunyai pilihan yang dibangunkan oleh Henley & Partners iaitu gabungan pemastautinan persendirian dengan peruntukan cukai forfait Switzerland menduduki tempat kedua dengan 72 markah.
Australia yang baru-baru ini melancarkan Program Visa Inovasi Kebangsaan (NIV) untuk menarik minat kepakaran teknologi aras tinggi, Kanada yang telah memperkenalkan perubahan kepada Program Visa Syarikat Permulaan untuk meningkatkan data tarikan dan kefleksibelan negara itu untuk usahawan, dan Sepanyol (akan ditutup pada awal tahun 2025) berkongsi tempat keempat. Setiap negara itu mendapat 69 markah. UAE yang telah mengembangkan program visa emas secara strategik tahun lalu untuk menarik minat bakat-bakat terbaik serta memacu pembangunan dan inovasi telah memasuki senarai 5 Teratas dengan 68 markah.
Salah satu daripada dua peserta baharu indeks pada tahun 2025 ialah Hungary yang menduduki tempat keenam dengan 67 markah. Hab kaya kecil tetapi berkuasa iaitu Luxembourg dan Singapura menduduki tempat ketujuh dan kelapan, masing-masing mendapat 66 dan 65 markah, sementara Jersey dan Panama yang mendapat 64 markah, berkongsi tempat kesembilan. Costa Rica, pendatang baharu kedua indeks, memasuki senarai 10 Teratas dengan markah 63 daripada 100, yang menawarkan landskap mesra perniagaan, rejim cukai yang menguntungkan dan persekitaran selamat di Amerika Tengah kepada para pelabur dan ahli keluarga mereka.
Baca Kenyataan Akhbar Sepenuhnya
Maklumat Hubungan Media: Sarah Nicklin
Telefon Mudah Alih +27 72 464 8965
