Warning: call_user_func_array() expects parameter 1 to be a valid callback, no array or string given in /home/runcloud/webapps/ramaramamy/wp-includes/class-wp-hook.php on line 324

Bitget Menjadi Ekosistem Pertukaran Kripto Kedua Terbesar berdasarkan Pangkalan Pengguna

2025-01-24T08:19:57Z

VICTORIA, Seychelles, Jan. 24, 2025 (GLOBE NEWSWIRE) -- Bitget, sebuah bursa mata wang kripto dan syarikat Web3 terkemuka telah mengeluarkan laporan ketelusan 2024 yang menyerlahkan salah satu tahun paling berjaya yang dialami syarikat itu sejak pelancarannya pada tahun 2018. Syarikat tersebut muncul sebagai ekosistem bursa kedua terbesar berdasarkan pangkalan pengguna. Didorong oleh inovasi, keputusan perniagaan strategik dan permintaan yang kuat untuk platform yang boleh dipercayai telah mendorong ekosistem berkembang di luar jangkaan.

Pangkalan pengguna platform ini mengalami lonjakan, berkembang daripada 20 juta pada bulan Januari kepada lebih 100 juta pengguna pada bulan Disember—pertumbuhan luar biasa sebanyak 400%. Pengembangan ini dipadankan dengan kemajuan yang ketara dalam aktiviti perdagangan, dengan volum harian meningkat dua kali ganda kepada $20 bilion. Jumlah dagangan spot berkembang dengan pesat, meningkat daripada $160 bilion pada S1 kepada $600 bilion pada S4. Pencapaian ini telah didorong oleh strategi tertumpu yang melibatkan tawaran berdaya saing tinggi, inovasi tertumpu pengguna dan pengembangan global.

Antara tahun 2021 dan 2024, pangkalan pengguna Bitget menyaksikan pertumbuhan yang ketara merentasi pelbagai rantau. Asia Selatan mengalami perrtumbuhan sebanyak 200%, manakala Asia Tenggara berkembang sebanyak 140%, pengguna Eropah meningkat sebanyak 67% dan Amerika Latin serta Timur Tengah menyaksikan lonjakan yang ketara. Rantau CIS mengalami pertumbuhan sebanyak 150% dan Afrika mempunyai peningkatan tertinggi sebanyak 300%.

Sepanjang tahun 2024, Bitget memperkenalkan pelbagai inisiatif yang mempercepatkan pertumbuhannya di tengah ekosistem CEX. Pertumbuhan ini disebabkan oleh permintaan yang semakin meningkat untuk aset digital di seluruh dunia yang mana Bitget menawarkan pelbagai perkhidmatan terpusat dan terdesentralisasi. Penyepaduan alatan "Smart Money" Bitget Wallet, yang disesuaikan untuk analisis data dalam rantaian termaju dan pelancaran PoolX, platform stake-to-mine telah mempertingkatkan penglibatan pengguna dan peluang pelaburan yang pelbagai. Selain itu, syarikat itu melancarkan platform dagangan pra-pasaran, menyediakan pengguna dengan akses lancar kepada token dan kecairan baharu sebelum penyenaraian.

Bitget telah membuat pelaburan strategik bernilai $30 juta dalam blok rantai The Open Network (TON) dengan Foresight Ventures, sejajar dengan sokongannya untuk arus aliran baharu muncul seperti GameFi dan Tap-to-Earn. Pertumbuhan pesat TON dalam jumlah urus niaga dan penggunaan aplikasi terdesentralisasi juga memainkan peranan yang penting dalam memanfaatkan peluang pasaran.

Token asli platform, BGB, mengalami pertumbuhan lebih daipada 1000%, dengan nilainya meningkat sepuluh kali ganda untuk mencecah $8 menjelang akhir tahun. Mekanisme pembakaran yang baharu dilaksanakan, digabungkan dengan utiliti token yang dipertingkatkan dan kertas putih yang dikemas kini, menyumbang kepada pertumbuhan ini. Dengan mengurangkan jumlah bekalan dan memperkenalkan program pembakaran token suku tahunan, Bitget telah menempatkan BGB sebagai teras pertumbuhan masa depan ekosistemnya.

Pada tahun 2024, peralihan kepimpinan mentakrifkan lagi trajektori Bitget. Gracy Chen, yang sebelum ini merupakan Pengarah Urusan, kini memegang jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif, menjadikan beliau satu-satunya pemimpin wanita di kalangan 10 bursa global terulung. Di sampingnya, Hon Ng dilantik sebagai Ketua Pegawai Undang-undang, Vugar Usi Zade sebagai Ketua Pegawai Operasi dan Min Lin sebagai Ketua Pegawai Perniagaan. Pasukan kepimpinan yang kukuh ini telah menjadi pemangkin penting dalam memacu inisiatif strategik, kemajuan pematuhan dan perkembangan tertumpu kepada pengguna.

Dengan ini, Bitget memperoleh kelulusan utama, termasuk lesen UK, lesen Penyedia Perkhidmatan Bitcoin (BSP) di El Salvador dan melancarkan bursa setempat di Vietnam. Kemajuan ini beroperasi sejajar dengan piawaian serantau sambil mengembangkan kehadiran globalnya.

Bitget juga membuat kemajuan dalam tanggungjawab sosial korporat melalui inisiatif seperti Blockchain4Her, yang menggalakkan kepelbagaian jantina dalam blok rantai dan Blockchain4Youth, menyebarkan kesedaran blok rantai di kalangan profesional muda di seluruh dunia. Program-program ini mencerminkan wawasan bursa yang lebih luas untuk membolehkan pertumbuhan inklusif dalam ruang Web3.

Dengan pelaburan strategiknya, kejayaan pengawalseliaan dan inovasi bertumpu pengguna, Bitget memasuki 2025 dengan tujuan untuk terus berkembang dan memberi pengaruh dalam ekosistem kripto. Pencapaian tahun lalu menunjukkan wawasan strategik platform dalam membentuk masa depan blok rantai dan kripto.

Untuk laporan ketelusan penuh, sila layari di sini.

Perihal Bitget

Ditubuhkan pada tahun 2018, Bitget merupakan sebuah syarikat bursa mata wang kripto dan Web3 yang terkemuka di dunia. Bursa Bitget menyediakan perkhidmatan kepada lebih 45 juta pengguna di lebih 150 negara dan rantau serta komited membantu pengguna berdagang dengan lebih bijak melalui ciri perdagangan salinan rintisannya dan penyelesaian perdagangan yang lain. Bitget turut menawarkan akses masa nyata kepada harga Bitcoin, harga Ethereum serta harga mata wang kripto yang lain. Bitget Wallet yang sebelum ini dikenali sebagai BitKeep, merupakan dompet kripto berbilang rantaian bertaraf dunia yang menawarkan pelbagai penyelesaian dan ciri Web3 yang komprehensif, termasuk kefungsian dompet, pertukaran token, NFT Marketplace, penyemak imbas DApp dan banyak lagi.

Bitget berada di barisan hadapan dalam memacu penggunaan kripto melalui perkongsian strategik, antaranya berperanan sebagai Rakan Kongsi Kripto Rasmi Liga Bola Sepak Terunggul Dunia, LALIGA, dalam pasaran TIMUR, SEA dan LATAM, termasuk menjadi rakan kongsi global atlet Kebangsaan Turki Buse Tosun Çavuşoğlu (Juara dunia gusti), Samet Gümüş (Pemenang pingat emas tinju) dan İlkin Aydın (Pemain pasukan bola tampar kebangsaan), untuk memberikan inspirasi kepada komuniti global bagi merangkul masa depan mata wang kripto.

Untuk maklumat lanjut, layari: Laman web | Twitter | Telegram | LinkedIn | Discord | Bitget Wallet

Untuk pertanyaan media, sila hubungi: [email protected]

Amaran Risiko: Harga aset digital tertakluk kepada turun naik dan mungkin mengalami ketidakstabilan yang ketara. Pelabur disarankan agar hanya memperuntukkan dana yang mereka sanggup tanggung jika mengalami kerugian. Nilai mana-mana pelaburan boleh terjejas dan terdapat kemungkinan bahawa objektif kewangan mungkin tidak tercapai serta pelaburan pokok tidak dikembalikan. Nasihat kewangan bebas harus sentiasa diperoleh dan pengalaman kewangan peribadi serta kedudukan kewangan perlu dipertimbangkan dengan teliti. Prestasi masa lalu bukanlah penunjuk yang boleh dipercayai untuk keputusan masa depan. Bitget tidak bertanggungjawab atas apa-apa kerugian yang mungkin dialami. Tiada apa-apa yang terkandung di sini harus dianggap sebagai nasihat kewangan. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila rujuk kepada Syarat Penggunaan kami.

Foto yang mengiringi pengumuman ini tersedia di http://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/3f663c4c-dc32-4a7c-bb30-bdb98db279ac


GlobeNewswire is one of the world’s largest newswire distribution networks, specializing in the delivery of corporate press releases financial disclosures and multimedia content to the media, investment community, individual investors and the general public.

© 2024 BlackButterfly DesignArts