Warning: call_user_func_array() expects parameter 1 to be a valid callback, no array or string given in /home/runcloud/webapps/ramaramamy/wp-includes/class-wp-hook.php on line 324

EMGA memperoleh AS$90 juta daripada EIB untuk BTG Pactual Brazil

2024-12-20T01:49:40Z

LONDON, Dec. 20, 2024 (GLOBE NEWSWIRE) -- Emerging Markets Global Advisory LLP (EMGA) hari ini mengumumkan bahawa mereka telah memperoleh pembiayaan hutang sebanyak AS$90 juta untuk pelanggan lama mereka yang berpangkalan di Brazil, BTG Pactual.

Pinjaman tidak bercagar dengan keutamaan pembayaran semula berjumlah AS$90 juta disediakan oleh EIB dan urus niaga ini merupakan susulan daripada urus niaga terkini sebanyak AS$210 juta yang juga dinasihatkan oleh EMGA.

Sajeev Chakkalakal, Pengarah Urusan dan Ketua Perbankan Pelaburan di EMGA, berkata: "Ini ialah urus niaga tambahan yang hebat kepada kemudahan pembiayaan hijau AS$210 juta yang kami kumpulkan untuk BTG daripada EIB. Dalam hal ini, pembiayaan ini bertujuan untuk membiayai portfolio Pembiayaan PKS BTG dan mempunyai kesan pembangunan yang sangat tinggi memandangkan pembiayaan ini akan menyokong pembangunan perniagaan kecil di rantau terpinggir di Brazil, serta memberikan tumpuan tambahan kepada usahawan wanita. EIB kekal sebagai hubungan pelabur utama untuk EMGA dan kami berbangga kerana telah membantu mereka meningkatkan kehadiran mereka di Brazil sebagai sebahagian daripada strategi EIB Global mereka yang lebih luas.”

Jeremy Dobson, Pengarah Urusan dan Ketua Operasi di EMGA, menambah: “Kami berbesar hati untuk bekerjasama dengan BTG sekali lagi dalam pembiayaan tambahan daripada EIB ini. Kami berharap dapat meneruskan rekod cemerlang kami dalam mengatur pembiayaan di Brazil dan seluruh Amerika Latin.”

BTG Pactual: BTG merupakan bank pelaburan terbesar di Amerika Latin, bank ke-6 terbesar di Brazil mengikut ekuiti pemegang saham dan pemain utama dalam menyediakan pinjaman dan jaminan kepada pelbagai jenis pelanggan, daripada PKS kepada syarikat korporat yang besar. BTG merupakan peneraju dalam mempromosikan kewangan iklim di Brazil dan memainkan peranan penting dalam menyalurkan sumber ke dalam projek yang memberikan kesan yang positif kepada masyarakat. 

EIB: EIB ialah European Investment Bank (EIB) dan merupakan bank pelaburan Kesatuan Eropah serta institusi kewangan pelbagai hala terbesar di dunia. EIB membiayai dan melabur melalui kedua-dua penyelesaian ekuiti dan hutang serta memberikan tumpuan dalam bidang iklim, alam sekitar, perusahaan kecil dan sederhana (PKS), pembangunan, perpaduan dan infrastruktur. 

Emerging Markets Global Advisory LLP (EMGA), yang mempunyai pejabat di London dan New York, membantu institusi kewangan dan korporat mencari modal hutang atau ekuiti baharu. Pasukan berbilang negara EMGA secara kolektif mempunyai pengalaman berdekad-dekad dalam menyelesaikan lebih daripada AS$9 bilion hutang dan urus niaga ekuiti persendirian untuk pelanggan mereka dalam pasaran yang baru muncul dan ekonomi sempadan dunia, termasuk Brazil yang kekal sebagai pasaran utama. Dengan rekod prestasi yang terbukti dalam pembentukan modal dan nasihat strategik sepanjang kitaran ekonomi yang pelbagai, EMGA terus memperluas jangkauan geografi dan mempelbagaikan perkhidmatan yang ditawarkan, mengukuhkan kedudukannya dalam pasaran sebagai bank pelaburan butik khusus pasaran pesat membangun yang terunggul.

Hubungan: [email protected]


GlobeNewswire is one of the world’s largest newswire distribution networks, specializing in the delivery of corporate press releases financial disclosures and multimedia content to the media, investment community, individual investors and the general public.

© 2024 BlackButterfly DesignArts