Bitget Mengumumkan Pelancaran BGBTC, Token Bitcoin Terbungkus Disokong oleh Rizab 1:1 BTC
VICTORIA, Seychelles, Dec. 12, 2024 (GLOBE NEWSWIRE) -- Bitget, bursa mata wang kripto terkemuka dunia dan syarikat Web3 telah melancarkan Bitcoin Terbungkus (BGBTC) asalnya, menyediakan peluang pendapatan untuk pemegang Bitcoin (BTC). Ciri yang baru dilancarkan tersebut menyediakan laluan baharu untuk memaksimumkan potensi pegangan BTC pengguna melalui pilihan pertaruhan yang fleksibel dan peningkatan ganjaran. BGBTC disokong oleh BTC pada asas 1:1, mengekalkan pariti nilainya dan memastikan penyepaduan yang lancar ke dalam ekosistem yang lebih meluas. Ia direka bentuk untuk mengaktifkan nilai tambahan untuk pemegang BTC, yang membolehkan mereka mengambil bahagian dalam peluang DeFi sambil mengekalkan pendedahan Bitcoin mereka.
Semasa fasa prapelancaran dari 9 Disember 2024 hingga 8 Januari 2025, pengguna boleh mempertaruhkan BTC di Bitget untuk menerima token BGBTC. Ini dilengkapi dengan ganjaran BGPoints berganda, bersama pulangan tahunan tambahan sebanyak 2% yang dibayar sekaligus pada akhir tempoh. Berikutan ini, Musim 1 akan bermula secara rasmi pada 9 Januari 2025, dengan ciri-ciri seperti faedah BGPoints yang dipertingkatkan, pilihan penebusan yang fleksibel, dan perkongsian dengan platform BitcoinFi.
"Pertumbuhan pesat industri kripto di seluruh dunia, terutamanya dalam ekosistem Bitcoin memberikan inspirasi kepada kami untuk berinovasi secara berterusan. BGBTC sejajar dengan matlamat kami dalam menyediakan penyelesaian yang lebih baik bagi pengguna kami, sekali gus menjadikan pengalaman perdagangan mereka lebih bijak. Ia membolehkan mereka berinteraksi dengan Bitcoin secara lebih mendalam, mengakses hasil yang lebih tinggi dan mengambil bahagian dalam ekosistem DeFi yang sebelum ini di luar jangkauan," kata Gracy Chen, Ketua Pegawai Eksekutif di Bitget.
BGBTC memudahkan proses memperoleh pulangan tambahan untuk pemegang BTC. Dengan mempertaruhkan BTC, pengguna menerima token BGBTC, yang memberikan akses kepada berbilang aliran hasil, termasuk pulangan tahunan tetap, BGPoint dan ciri-ciri yang akan datang seperti pinjaman. Pengguna boleh menebus BTC mereka dengan mudah semasa Musim 1, memastikan fleksibiliti maksimum dalam menguruskan aset mereka.
Bitget memberikan tumpuannya untuk memastikan pengalaman yang selamat dan bermanfaat untuk penggunanya. BGBTC menawarkan mekanisme pertaruhan satu klik yang mudah dengan pelbagai saluran untuk menerima pulangan, termasuk token airdrop melalui kerjasama dengan rakan kongsi DeFi. Keselamatan diperkukuhkan oleh insurans dwi daripada Bitget dan Cobo, bersama-sama dengan perlindungan berbilang tandatangan, yang memastikan semua dana kekal selamat.
Dengan ciri-ciri seperti LaunchPool, PoolX, penyelesaian awal BGPoints dan pinjaman berasaskan pertaruhan di hadapan, BGBTC menandakan babak baharu dalam misi Bitget untuk memacu penerimaan kripto melalui inovasi.
Untuk maklumat lanjut mengenai BGBTC, sila layari di sini.
Perihal Bitget
Ditubuhkan pada tahun 2018, Bitget adalah Syarikat bursa mata wang kripto dan Web3 terkemuka di dunia. Bursa Bitget menyediakan perkhidmatan kepada lebih 45 juta pengguna di lebih 150 negara dan rantau serta komited membantu pengguna berdagang dengan lebih bijak melalui ciri perdagangan salinan rintisannya dan penyelesaian perdagangan yang lain. Bitget turut menawarkan akses masa nyata kepada harga Bitcoin, harga Ethereum serta harga mata wang kripto lain. Bitget Wallet yang sebelum ini dikenali sebagai BitKeep, merupakan dompet kripto berbilang rantaian bertaraf dunia yang menawarkan pelbagai penyelesaian dan ciri Web3 yang komprehensif, termasuk kefungsian dompet, pertukaran token, NFT Marketplace, pelayar DApp dan banyak lagi.
Bitget berada di barisan hadapan dalam memacu penggunaan kripto melalui perkongsian strategik, antaranya berperanan sebagai Rakan Kongsi Kripto Rasmi Liga Bola Sepak Terunggul Dunia, LALIGA, dalam pasaran TIMUR, SEA dan LATAM, termasuk menjadi rakan kongsi global atlet Kebangsaan Turki Buse Tosun Çavuşoğlu (Juara dunia gusti), Samet Gümüş (Pemenang pingat emas tinju) dan İlkin Aydın (Pemain pasukan bola tampar kebangsaan), untuk memberikan inspirasi kepada komuniti global bagi merangkul masa depan mata wang kripto.
Untuk maklumat lanjut, layari: Laman web | Twitter | Telegram | LinkedIn | Discord | Bitget Wallet
Untuk pertanyaan media, sila hubungi: [email protected]
Amaran Risiko: Harga aset digital mungkin turun naik dan mengalami kemudahubahan harga. Melabur dengan bijak. Nilai pelaburan anda mungkin terjejas dan berkemungkinan anda tidak mencapai matlamat kewangan anda atau mendapatkan semula pelaburan pokok anda. Anda seharusnya sentiasa mendapatkan nasihat kewangan yang bebas dan mempertimbangkan pengalaman kewangan dan kedudukan kewangan anda sendiri. Prestasi pada masa lalu bukanlah ukuran prestasi masa hadapan yang boleh dipercayai. Bitget tidak akan bertanggungjawab ke atas apa-apa kerugian yang mungkin anda alami. Tiada apa-apa pun di sini yang boleh ditafsirkan sebagai nasihat kewangan.
Foto yang mengiringi pengumuman ini tersedia di https://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/d6d586c3-b020-4aa6-b3fd-0d1afc799acf