Warning: call_user_func_array() expects parameter 1 to be a valid callback, no array or string given in /home/runcloud/webapps/ramaramamy/wp-includes/class-wp-hook.php on line 324

eXp Realty Melancarkan Program Perkongsian Penaja Tempatan untuk Memperkukuh Kejayaan Ejen Global

2024-12-03T21:18:52Z

Inisiatif baharu menggandingkan ejen dengan Penaja Tempatan dalam negara untuk mempertingkatkan kepakaran dan sokongan khusus pasaran

BELLINGHAM, Washington, Dec. 04, 2024 (GLOBE NEWSWIRE) -- eXp Realty®, “the most agent-centric real estate brokerage on the planet™” (pembrokeran hartanah yang paling berteraskan ejen di planet ini) dan anak syarikat teras eXp World Holdings, Inc. (Nasdaq: EXPI) , hari ini mengumumkan pelancaran Program Perkongsian Penaja Tempatan. Inisiatif inovatif ini direka bentuk untuk mempertingkatkan kepakaran tempatan sambil memupuk pertumbuhan global untuk ejen eXp Realty.

Program ini menangani keperluan sokongan dalam negara dengan menggandingkan ejen eXp dengan Penaja Tempatan yang berpengalaman dalam pasaran masing-masing. Penaja Tempatan ini menyediakan panduan langsung untuk memastikan ejen berjaya melaksanakan alatan termaju eXp Realty dan berkembang maju dalam landskap hartanah tempatan mereka.

“Melalui Program Perkongsian Penaja Tempatan, kami memperkasakan ejen kami dengan sumber dan bimbingan yang mereka perlukan untuk berjaya dalam pasaran tempatan mereka sambil berkembang di peringkat global,” kata Glenn Sanford, Pengasas, Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif, eXp World Holdings. “Program ini mewakili intipati komitmen eXp Realty terhadap kejayaan ejen dengan menyediakan rangka kerja kolaboratif yang memacu inovasi, pertumbuhan dan kepakaran tempatan.”

Bagi ejen yang mempunyai penaja antarabangsa, Program Perkongsian Penaja Tempatan memastikan mereka menerima sokongan yang diperibadikan dalam negara untuk mengemudi pasaran mereka dengan berkesan. Program tersebut juga membuka peluang kepada ejen eXp yang berpengalaman untuk menjadi Penaja Tempatan, membolehkan mereka memimpin secara tempatan dan memperoleh pendapatan kongsi hasil tahap satu daripada urus niaga ejen yang ditaja oleh mereka.

“Ini lebih daripada suatu program; ia merupakan satu gerakan ke arah memperkasakan ejen dengan alatan dan bimbingan yang mereka perlukan untuk memimpin di peringkat tempatan dan mencapai kejayaan yang tiada tandingannya di peringkat global,” tambah Sanford.

Dengan inisiatif baharu ini, ejen eXp Realty kini boleh mendapat manfaat daripada sistem sokongan teguh yang mengukuhkan kepimpinan tempatan dan memupuk kerjasama merentasi pasaran global.

Perihal eXp World Holdings, Inc.

eXp World Holdings, Inc. (Nasdaq: EXPI) merupakan syarikat induk untuk eXp Realty®, FrameVR.io dan SUCCESS® Enterprises.

eXp Realty adalah syarikat hartanah bebas terbesar di dunia dengan lebih daripada 85,000 ejen di Amerika Syarikat, Kanada, United Kingdom, Australia, Perancis, India, Mexico, Portugal, Afrika Selatan, Puerto Rico, Brazil, Itali, Hong Kong, Colombia, Sepanyol, Israel, Panama, Jerman, Republik Dominica, Greece, New Zealand, Chile, Poland dan Dubai malah terus berkembang secara antarabangsa. Sebagai sebuah syarikat dagangan awam, eXp World Holdings menyediakan peluang unik kepada profesional hartanah untuk memperoleh anugerah ekuiti bagi matlamat pengeluaran dan sumbangan kepada syarikat secara keseluruhan. eXp World Holdings dan perniagaannya menawarkan rangkaian lengkap penyelesaian teknologi pembrokeran dan hartanah, termasuk model pembrokeran kediaman dan komersial yang inovatif, perkhidmatan profesional, alatan kerjasama dan pembangunan peribadi. Pembrokeran berasaskan awan dikuasakan oleh teknologi FrameVR.io, menawarkan platform 3D yang mendalam yang sangat sosial dan kolaboratif, membolehkan ejen menjadi lebih berhubung dan produktif. SUCCESS® Enterprises, yang dinaungi oleh majalah SUCCESS® dan ciri media berkaitannya, telah ditubuhkan pada tahun 1897 dan merupakan jenama dan penerbitan pembangunan peribadi serta profesional yang terkemuka.

Untuk maklumat lanjut, layari https://expworldholdings.com.

Pernyataan Safe Harbor

Pernyataan yang terkandung di sini mungkin termasuk pernyataan jangkaan masa depan dan pernyataan prospektif lain yang berdasarkan pandangan dan andaian semasa pihak pengurusan dan melibatkan risiko dan ketidakpastian yang diketahui dan tidak diketahui yang boleh menyebabkan hasil, prestasi atau peristiwa sebenar berbeza secara ketara berbanding yang dinyatakan atau tersirat dalam pernyataan tersebut. Pernyataan ini termasuk, tetapi tidak terhad kepada, pernyataan tentang ketersediaan program masa hadapan, peningkatan dalam teknologi dan kecekapan kos yang berkaitan. Pernyataan prospektif sebegitu hanya benar pada tarikh tersebut dan syarikat tidak bertanggungjawab untuk menyemak atau mengemas kini pernyataan itu. Pernyataan sedemikian bukan jaminan bagi prestasi masa hadapan. Faktor penting yang boleh menyebabkan keputusan sebenar berbeza secara material dan buruk daripada yang dinyatakan dalam kenyataan yang berpandangan ke hadapan termasuk perubahan dalam ketersediaan program, perubahan dalam penawaran teknologi dan risiko lain yang diperincikan dari masa ke semasa dalam pemfailan Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa Syarikat, termasuk tetapi tidak terhad kepada Laporan Suku Tahunan yang terkini difailkan pada Borang 10-Q dan Laporan Tahunan pada Borang 10-K.

Hubungan Perhubungan Media:
eXp World Holdings, Inc.
[email protected]

Hubungan Perhubungan Pelabur:
Denise Garcia
[email protected]

Foto yang mengiringi pengumuman ini tersedia di https://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/89757d05-33ae-4c89-97a1-98158a5c984c


GlobeNewswire is one of the world’s largest newswire distribution networks, specializing in the delivery of corporate press releases financial disclosures and multimedia content to the media, investment community, individual investors and the general public.

© 2024 BlackButterfly DesignArts