Warning: call_user_func_array() expects parameter 1 to be a valid callback, no array or string given in /home/runcloud/webapps/ramaramamy/wp-includes/class-wp-hook.php on line 324

PEMBETULAN: EMGA memperoleh UD$ 50J kewangan hutang untuk MFO KMF Kazakhstan

2024-04-16T03:47:45Z

LONDON, April 16, 2024 (GLOBE NEWSWIRE) -- Emerging Markets Global Advisory LLP (EMGA) umumkan telah memperoleh US$50J kemudahan hutang senior fasiliti daripada JICA, Agensi Kerjasama Antarabangsa Jepun.

Pengerusi Lembaga KMF, Shalkar Zhusupov: “Ini kali pertama KMF memasuki perkongsian dengan JICA, yang matlamat dan misinya hampir dengan kami. Kami berterima kasih kepada EMGA dan JICA ke atas kepercayaan dan sokong mereka. Dana daripada JICA akan digunakan untuk mengimplementasikan projek bagi menyokong perusahaan mikro dan kecil, termasuk usahawan luar bandar yang akan mencipta peluang baharu dan menyumbang kepada perkembangan ekonomi mereka.”

Ketua Pelaburan Perbankan dan Pengarah Pengurusan EMGA, Sajeev Chakkalakal mengulas, “Kami amat berbesar hati untuk mengaturkan kemudahan hutang yang merupakan mercu tanda baharu untuk klien lama kami KMF. Saya berasa amat seronok dapat bekerja dengan mereka lagi ketika mereka terus mengukuhkan kedudukan mereka sebagai MFI terbesar dalam negara, dan memperkukuh lagi kedudukan kewangan mereka walaupun berada dalam tempoh yang tidak menentu.”

Pengarah Pengurusan EMGA Jeremy Dobson terus berkata, “Pembiayaan baharu ini akan membantu KMF memenuhi misi yang mereka nyatakan; untuk terus membantu usahawan di seluruh Kazakhstan, dan membangunkan perniagaan mereka dengan memfokus kepada perniagaan yang dimiliki wanita dan kawasan pedalaman.”

MFO KMF ialah salah satu peneraju dalam sektor kewangan mikro di Asia Tengah. Syarikat ini bertujuan mewujudkan hubungan perkongsian jangka panjang dengan klien berdasarkan kepercayaan, pemahaman dan hormat bersama. MFO “KMF” mengagihkan pinjaman klien individu dan kumpulan untuk aktiviti berikut: pinjaman perniagaan, perdagangan, pertanian tanaman dan penternakan lembu, pengeluaran dan perkhidmatan serta pengguna.

JICA: Agensi Kerjasama Antarabangsa Jepun ialah sebuah agensi kerajaan yang menyampaikan Bantuan Pembangunan Rasmi untuk kerajaan Jepun secara pukal. Ia ialah badan berkanun untuk membantu pertumbuhan ekonomi dan sosial dalam negara membangun, dan menggalakkan kerjasama antarabangsa.

Emerging Markets Global Advisory LLP (EMGA), yang berpangkalan di London dan New York membantu institusi kewangan dan korporat mencari hutang atau modal ekuiti baharu. Pasukan berbilang negara EMGA menggabungkan pengalaman beberapa dekad yang diperlukan untuk menyelesaikan transaksi bagi pihak klien mereka dalam kebanyakan negara sedang pesat membangun dan ekonomi sempadan, termasuk Kazakhstan yang masih merupakan pasaran utama. Dengan rekod prestasi yang terbukti dalam pembentukan modal dan khidmat nasihat strategik menerusi kitaran ekonomi yang pelbagai, EMGA terus mengembangkan capaian secara geografi dan penawaran perkhidmatannya, mengukuhkan kedudukannya dalam parasan sebagai antara bank pelaburan khusus yang memfokuskan pasaran baharu muncul terkemuka dalam industri.

Maklumat hubungan
[email protected]

 


GlobeNewswire is one of the world’s largest newswire distribution networks, specializing in the delivery of corporate press releases financial disclosures and multimedia content to the media, investment community, individual investors and the general public.

© 2023 BlackButterfly DesignArts