Warning: call_user_func_array() expects parameter 1 to be a valid callback, no array or string given in /home/runcloud/webapps/ramaramamy/wp-includes/class-wp-hook.php on line 324

Pusat Perubatan CAH (CMC) Meningkatkan Penjagaan Pesakit dengan Platform Pemesejan Selamat dan Patuh NetSfere

2024-03-06T10:36:09Z

Sistem hospital terkemuka di Asia Tenggara memilih platform pemesejan disulitkan yang mematuhi HIPAA untuk memastikan komunikasi yang selamat dalam kalangan doktor, penjaga dan kakitangan

CHICAGO, March 06, 2024 (GLOBE NEWSWIRE) -- NetSfere, penyedia penyelesaian pemesejan termaju, selamat dan patuh yang diiktiraf pada peringkat global berbesar hati mengumumkan bahawa tujuh hospital yang bergabung dengan Pusat Perubatan CAH (CMC), sebelum ini dikenali sebagai Penjagaan Kesihatan Ramsay Sime Darby dan kini di bawah pemilikan Columbia Asia Healthcare Group , telah menggunakan platform pemesejan perusahaan selamat NetSfere untuk meningkatkan komunikasi dalaman dan kecemerlangan operasi di samping meningkatkan pengalaman pesakit. Hospital yang telah melancarkan NetSfere ialah Pusat Perubatan Subang Jaya (SJMC)Pusat Perubatan Ara Damansara (ADMC)ParkCity Medical Centre (PMC)Pusat Perubatan Bukit Tinggi (BTMC)RS Premier Jatinegara (RSPJ), RS Premier Bintaro (RSPB), dan RS Premier Surabaya (RSPS). Kesemua tujuh hospital berpegang teguh dengan komitmen mereka untuk menyampaikan perkhidmatan penjagaan kesihatan pencegahan dan kuratif terbaik dengan tumpuan untuk mencapai hasil pesakit yang luar biasa.

Memandangkan kebanyakan hospital di bawah CMC mendapat akreditasi Suruhanjaya Bersama Antarabangsa (JCI), mereka mesti menetapkan dasar pentadbiran bagi pemesejan untuk melindungi dan mengawal maklumat istimewa mereka. Apabila ancaman keselamatan siber yang dihadapi oleh sistem penjagaan kesihatan kian meningkat, CMC secara proaktif mencari platform pemesejan yang selamat dan lancar untuk memudahkan komunikasi organisasi peribadi dan sensitif dalam kalangan kakitangan. Platform pemesejan NetSfere yang sangat selamat dan patuh memastikan keselamatan sepenuhnya data hospital dan pesakit. Komitmen yang tidak berbelah bahagi terhadap pematuhan dan keselamatan ini menegaskan dedikasi NetSfere dan CMC untuk melindungi maklumat penjagaan kesihatan yang sensitif dan menyampaikan penjagaan pesakit dengan standard tertinggi.

"Perkongsian kami dengan Pusat Perubatan CAH (CMC), menetapkan standard baharu untuk tahap keselamatan yang harus dicapai oleh komunikasi penjagaan kesihatan di kedua-dua Malaysia dan Indonesia. Sektor penjagaan kesihatan yang dicirikan oleh sifat sektor yang pantas berkembang dan nilai maklumat yang tinggi, telah menjadi sasaran utama bagi serangan siber. Walau bagaimanapun, NetSfere direka bentuk dengan teliti untuk menyediakan keselamatan maklumat di semua industri," kata Chee Leng Loy, Naib Presiden Kanan bagi rantau Asia Pasifik dan Timur Tengah bagi NetSfere. "Penerapannya yang mudah dan dasar pemesejan mesra pengguna menjadikannya pilihan yang lancar untuk pasukan IT, menjamin perlindungan bagi data hospital dan pesakit. Beroperasi dalam industri penjagaan kesihatan yang mencabar, profesional penjagaan kesihatan di CMC kini boleh bekerjasama dengan yakin di tempat kerja mereka."

"Dalam landskap kerja moden dan sentiasa berubah, kepentingan komunikasi yang cekap dan selamat tidak boleh diperbesarkan," tegas Peter Hong, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Pusat Perubatan CAH. "Penggunaan NetSfere telah memberi kami keyakinan untuk memiliki penyulitan hujung ke hujung dan kawalan IT yang komprehensif untuk menangani keperluan komunikasi kami. NetSfere bukan sahaja memenuhi tetapi melebihi jangkaan kami dengan keupayaan kerjasama yang kaya ciri.”

NetSfere baru-baru ini telah dianugerahkan Anugerah Kepimpinan bagi Strategi Persaingan Global 2023 untuk Kecemerlangan dalam Komunikasi Perusahaan oleh firma perunding dan penyelidikan terkemuka, Frost & Sullivan. Platform tersebut tersedia pada mudah alih, komputer atas meja, penyemak imbas dan sistem pengendalian seperti IOS, Android, Windows dan Mac. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang NetSfere, lawati https://www.netsfere.com/.

Perihal NetSfere

NetSfere merupakan sebuah perkhidmatan dan platform pemesejan perusahaan selamat daripada Infinite Convergence Solutions, Inc. NetSfere menyediakan keupayaan keselamatan dan penghantaran mesej peneraju industri, termasuk ketersediaan perkhidmatan berasaskan awan global, penyulitan peranti ke peranti, ciri berdasarkan lokasi dan kawalan pentadbiran. Perkhidmatan ini juga ditawarkan dengan kerjasama Deutsche Telekom GmbH, salah sebuah syarikat telekomunikasi bersepadu yang terkemuka di dunia dan dengan NTT Ltd., sebuah pembekal perkhidmatan komunikasi dan teknologi maklumat globl untuk menawarkan NetSfere secara bersama kepada pelanggannya di seluruh dunia. Perkhidmatan ini memanfaatkan pengalaman Infinite Convergence dalam menyampaikan penyelesaian mobiliti kepada pengendali mudah alih peringkat 1 di seluruh dunia dan teknologi yang menyokong lebih daripada 500 juta pelanggan dan lebih satu trilion mesej pada setiap tahun. NetSfere juga mematuhi syarat peraturan global, termasuklah GDPR, HIPAA, Sarbanes-Oxley, ISO 27001 dan lain-lain. Infinite Convergence Solutions mempunyai pejabat di Amerika Syarikat, United Kingdom, Jerman, India dan Singapura. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, lawati www.netsfere.com.

Perihal Pusat Perubatan CAH (CMC)

Pusat Perubatan CAH (CMC) yang dahulunya dikenali sebagai Penjagaan Kesihatan Ramsay Sime Darby mempunyai tujuh hospital dalam portfolionya - empat di Malaysia dan tiga di Indonesia. CMC berdiri sebagai mercu tanda bagi penjagaan kesihatan termaju, menerajui rantau ini dengan amalan perubatan yang luar biasa dan perintis. Berbekalkan teknologi perubatan terkini, hospital yang diiktiraf antarabangsa di Malaysia dan Indonesia mengekalkan standard bertaraf dunia untuk setiap perkhidmatan yang diberikan. Komitmen CMC yang tidak berbelah bahagi kepada kecemerlangan memacu peningkatan berterusan, memastikan pusat berkenaan kekal berada di barisan hadapan dalam kemajuan perubatan. Melalui penyelidikan klinikal yang khusus, amalan inovatif dan kerjasama tanpa henti, CMC secara konsisten meningkatkan perkhidmatan penjagaan kesihatannya, menetapkan kadar tanpa henti untuk kecemerlangan dalam industri.

Maklumat Hubungan Media

Alexis Ware

Uproar PR untuk NetSfere

[email protected]

Foto yang dilampirkan bersama pengumuman ini tersedia di https://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/523a813b-bc3e-4e10-b522-516f61cbf749


GlobeNewswire is one of the world’s largest newswire distribution networks, specializing in the delivery of corporate press releases financial disclosures and multimedia content to the media, investment community, individual investors and the general public.

© 2023 BlackButterfly DesignArts