Warning: call_user_func_array() expects parameter 1 to be a valid callback, no array or string given in /home/runcloud/webapps/ramaramamy/wp-includes/class-wp-hook.php on line 324

Majlis Pelancongan Kesihatan Malaysia Nafi Dakwaan Tiada Hala Tuju Dalam Syarikat

2024-03-03T13:55:50Z

KUALA LUMPUR, Malaysia, March 03, 2024 (GLOBE NEWSWIRE) -- Majlis Pelancongan Kesihatan Malaysia (MHTC) ingin merujuk berita yang diterbitkan oleh organisasi berita tempatan bertajuk - “Majlis Pelancongan Kesihatan Malaysia dalam keadaan ‘serius’ dengan peletakan jawatan besar-besaran, ‘tiada hala tuju’”.

MHTC telah mengorak langkah yang ketara dalam memajukan kecemerlangan operasi yang kritikal seluruh agensi untuk mengukuhkan asasnya dan meletakkan agensi itu untuk fasa pertumbuhan seterusnya. MHTC sedang berkembang untuk memenuhi keperluan pengunjung penjagaan kesihatan di peringkat global. Kami telah pun menetapkan strategi untuk program Tahun Pelancongan Perubatan Malaysia 2026 dan sedang bekerjasama dengan pelbagai agensi kerajaan dan pihak berkepentingan untuk memastikan kejayaan program tersebut. Semasa kami melakukan peralihan, kami komited dalam mengenal pasti peluang tambahan untuk memacu pulangan yang lebih baik untuk rakan kongsi dan pemegang kepentingan kami, dan menjadikan perjalanan penjagaan kesihatan sebagai eksport utama negara.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Penjagaan Kesihatan Malaysia dan perkhidmatannya, sila layari https://malaysiahealthcare.org atau lawati suapan sosial kami di: www.facebook.com/MHTCMalaysia atau di LinkedIn (Majlis Perjalanan Penjagaan Kesihatan Malaysia (Malaysia Healthcare Travel Council)).

Untuk pertanyaan media:

Chandrika Bhaskaran
Pengurus Kanan
Perhubungan Awam & Komunikasi
Majlis Pelancongan Kesihatan Malaysia
[email protected]
Falliq Effendy
Pengurus
Perhubungan Awam & Komunikasi
Majlis Pelancongan Kesihatan Malaysia
[email protected]
  

PERIHAL MAJLIS PELANCONGAN PENJAGAAN KESIHATAN MALAYSIA

Majlis Pelancongan Kesihatan Malaysia (MHTC) ialah sebuah agensi kerajaan di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia yang telah diamanahkan dengan tanggungjawab untuk mengurus senario pelacongan kesihatan negara, menjadikannya industri perkhidmatan eksport utama. Ditubuhkan pada tahun 2009, MHTC berusaha untuk menyelaraskan pemain industri dan penyedia perkhidmatan dalam memudah cara dan mengembangkan industri pelancongan penjagaan kesihatan Malaysia di bawah jenama “Penjagaan Kesihatan Malaysia” dengan matlamat menjadikan Malaysia destinasi penjagaan kesihatan global yang terkemuka. MHTC bekerjasama rapat dengan lebih 90 kemudahan penjagaan kesihatan swasta di Malaysia, yang merupakan ahli berdaftar MHTC.

 


GlobeNewswire is one of the world’s largest newswire distribution networks, specializing in the delivery of corporate press releases financial disclosures and multimedia content to the media, investment community, individual investors and the general public.

© 2023 BlackButterfly DesignArts