Warning: call_user_func_array() expects parameter 1 to be a valid callback, no array or string given in /home/runcloud/webapps/ramaramamy/wp-includes/class-wp-hook.php on line 324

LeddarTech dan TTTech Auto Mengumumkan Kemajuan Besar dalam Keselamatan Pemanduan Berautomasi

2023-12-06T05:07:00Z

Mengumumkan penyelesaian berjaya bagi pendemonstrasi bersama seni bina pengendalian gagal

QUEBEC CITY dan VIENNA, Austria, Dec. 06, 2023 (GLOBE NEWSWIRE) -- LeddarTech®, syarikat perisian automotif yang memberikan teknologi perisian gabungan sensor dan persepsi tahap rendah berasaskan AI gangguan yang telah dipatenkan untuk ADAS dan AD, serta TTTech Auto, peneraju teknologi dalam perisian keselamatan teknologi, berbesar hati untuk mengumumkan penyelesaian pendemonstrasi bersama seni bina pengendalian gagal berdasarkan perisian LeddarVision™ LeddarTech dan penyelesaian Pemandu Bersama Keselamatan TTTech Auto.

Penyelesaian Pemandu Bersama Keselamatan inovatif TTTech Auto telah menyelesaikan cabaran seni bina keselamatan yang sesuai bagi pemanduan berautomasi pada SAE Tahap 3 dan lebih tinggi. Ini berdasarkan saluran pelaksana, yang bertanggungjawab untuk tugas pemanduan utama dan saluran penyemak bebas. Dalam keadaan situasi luar kebiasaan yang dikenal pasti oleh penyemak, saluran pelaksana dibatalkan secara lancar dan saluran jatuh balik menghentikan kenderaan secara selamat.

Dalam usahasama ini, TTTech Auto menggunakan kemahirannya dalam mekanisme keselamatan dan platform automotif, yang dilengkapkan oleh keupayaan gabungan sensor dan persepsi lanjutan LeddarTech. TTTech Auto menyumbangkan platform dan rangka kerja pengendalian, membantu pembangunan seni bina terurai untuk aplikasi keselamatan. LeddarTech memperkukuhkan kerjasama dengan susunan sensor dan persepsi berprestasi tingginya, terbumi dalam gabungan tahap rendah. Ini memberikan set data yang berharga untuk penerokaan seni bina tangkas dan demonstrasi laluan persepsi terurai. Kedua-dua syarikat memberikan contoh pendekatan tangkas, menjalankan penilaian risiko dan penilaian kebolehlaksanaan situasi kritikal keselamatan untuk menunjukkan penyelesaian berpotensi. Usahasama ini bertujuan bagi menyokong OEM kereta untuk membina penyelesaian keselamatan SAE Tahap 2-3 mereka.

Untuk menunjukkan kebolehjayaan pendekatan ini dan potensinya untuk keselamatan dan penjimatan kos kenderaan, TTTech Auto dan LeddarTech telah bekerjasama untuk menggabungkan LeddarVision LeddarTech bersama Pemandu Bersama Keselamatan TTTech Auto, mencipta pendemonstrasi yang tertumpu kepada saluran penyemak. Ciri utama termasuklah:

  • LeddarVision LeddarTech: Susunan perisian gabungan dan persepsi tahap rendah berasaskan AI berkuasa yang menggunakan data sensor mentah daripada kamera dan radar bagi membina model persekitaran. Bergantung kepada set sensor dan pelbagai konsep, LeddarVision boleh diatur kedudukannya sama ada di dalam saluran pelaksana atau penyemak.
  • Pemandu Bersama Keselamatan TTTech Auto: Penyelesaian serba guna untuk saluran penyemak yang dilengkapi dengan set modul pengesahan, setiap satu merangkumi semakan berkaitan keperluan keselamatan kritikal. Pendemonstrasi menunjukkan modul pengesahan yang mengemukakan risiko kebarangkalian yang berkaitan dengan trajektor tidak boleh laksana dan pelanggaran berbahaya yang berpotensi. Unsur penting dalam memastikan keselamatan ialah semakan ini dilaksanakan berdasarkan model persekitaran yang berasingan – dalam kes ini, LeddarVision memastikan kebebasan penuh daripada saluran pelaksana.

Ujian bagi pendemostrasi ini telah dijalankan mengikut data yang dikumpulkan dari lebuhraya di Jerman dan Israel. Hasil menunjukkan bahawa model persekitaran berkualiti tinggi LeddarTech dan semakan kebarangkalian TTTech Auto melaksanakan saluran penyemakan yang berkesan dan boleh dipercayai. Kemajuan ini memberikan aliran hujan keselamatan yang kukuh untuk sistem AD yang beroperasi dalam SAE Tahap 3 dan lebih tinggi.

“Kami sedang membuka laluan kepada keselamatan pemanduan berautomasi dengan seni bina pengendalian gagal sebenar,” kata Stefan Poledna, Ketua Pegawai Teknologi di TTTech Auto. “Seni bina inovatif TTTech Auto, dengan usahasama LeddarVision LeddarTech, membuktikan komitmen kami kepada pemanduan berautomasi SAE Tahap 3 dan 4.”

Frantz Saintellemy, Presiden dan CEO LeddarTech, menambah: “Menerusi kerjasama dengan TTTech Auto dalam integrasi perisian berasaskan AI LeddarVision dan Pemandu Bersama Keselamatan TTTech Auto kami, tujuan bersama kami ialah untuk menunjukkan seni bina pengendalian gagal tahap tinggi yang sesuai untuk automasi pemanduan selamat. Kerjasama ini selari dengan kepercayaan kami bahawa dengan bersepakat bersama-sama peneraju industri lain dalam kerjasama sama menang, kami dapat memacu pengerahan dan penerimaan teknologi.”

Perihal TTTech Auto

TTTech Auto memberikan penyelesaian untuk generasi kenderaan akan datang serta penukaran kepada kenderaan ditakrif perisian. Syarikat ini mengkhususkan dalam memberikan penyelesaian perisian dan perkakasan selamat, serta pelbagai perkhidmatan untuk menyokong kemajuan pemanduan berautomasi dan lebih lagi, boleh digunakan dalam pelbagai program pengeluaran. Dengan penyelesaian teknologi terkemuka, TTTech Auto telah mengurangkan masa untuk mereka bentuk sistem, integrasi dan pengujian pelbagai platform perisian sedia untuk pengeluaran. Ini memastikan keselamatan dan keteguhan elektronik untuk dunia yang lebih berautomasi.

TTTech Auto ditubuhkan pada tahun 2018 oleh Kumpulan TTTech dan peneraju teknologi Audi, Infineon dan Samsung untuk membina platform perisian kenderaan selamat untuk pemanduan automatik dan berautomasi. Pada tahun 2022, syarikat ini telah memperoleh USD 285 juta (EUR 250 juta) daripada Aptiv dan Audi dalam pusingan dana terkini. Di ibu pejabat TTTech Auto di Vienna, Austria dan di lebih dari 10 lokasi merentas Eropah dan Asia, 1 100 pekerja bekerja dengan pengeluar kereta terkemuka berkaitan dengan program kenderaan ditakrif perisian, ADAS dan pemanduan berautomasi. Syarikat ini memperoleh dan membuat pelaburan dalam syarikat-syarikat teknologi di Perancis, Sepanyol, Turki, China serta di Eropah Tengah dan Timur. www.tttech-auto.com/

Perihal LeddarTech

Syarikat perisian global yang ditubuhkan pada tahun 2007 dan beribu pejabat di Quebec City dengan pusat Penyelidikan dan Pembangunan tambahan di Montreal, Toronto dan Tel Aviv, Isreal, LeddarTech membangunkan dan memberikan penyelesaian perisian gabungan sensor dan persepsi tahap rendah berasaskan AI menyeluruh yang mendayakan pengerahan aplikasi ADAS dan pemanduan berautomasi (AD). Perisian bergred automasi LeddarTech menggunakan AI lanjutan dan algoritma penglihatan komputer untuk menjana model persekitaran 3D yang tepat untuk memperoleh pembuat keputusan yang lebih baik dan pemanduan arah yang lebih selamat. Teknologi berprestasi tinggi, boleh skala dan menjimatkan kos ini tersedia kepada OEM dan pembekal Tahap 1-2 untuk melaksanakan penyelesaian ADAS automotif dan kenderaan luar jalan raya secara berkesan.

LeddarTech bertanggungjawab ke atas beberapa inovasi penderiaan jauh, dengan lebih 150 permohonan paten (80 diberikan) untuk meningkatkan keupayaan ADAS dan AD. Kesedaran yang lebih baik berkaitan kenderaan adalah sangat penting dalam menjadikan mobiliti global lebih selamat, lebih cekap, mampan dan berpatutan: inilah yang mendorong LeddarTech berusaha untuk menjadi penyelesaian perisian gabungan sensor dan persepsi yang paling banyak diterima pakai.

Maklumat tambahan tentang LeddarTech boleh diakses di www.LeddarTech.com dan di LinkedIn, Twitter (X), Facebook dan YouTube.

Maklumat Hubungan:
Daniel Aitken, Naib-Presiden, Pemasaran Global, Komunikasi dan Perhubungan Pelabur, LeddarTech Inc. Tel.: + 1-418-653-9000 samb. 232 [email protected]

  • Tapak web perhubungan pelabur: investors.LeddarTech.com
  • Maklumat hubungan perhubungan pelabur: Kevin Hunt, ICR Inc. [email protected]
  • Maklumat hubungan kewangan: Dan Brennan, ICR Inc. [email protected]

Leddar, LeddarTech, LeddarVision, LeddarSP, VAYADrive, VayaVision dan logo yang berkaitan ialah tanda dagangan atau tanda dagangan berdaftar LeddarTech Inc. dan subsidiarinya. Semua jenama lain, nama produk dan tanda adalah atau mungkin menjadi tanda dagangan atau tanda dagangan berdaftar yang digunakan untuk mengenal pasti produk atau perkhidmatan pemilik masing-masing.


GlobeNewswire is one of the world’s largest newswire distribution networks, specializing in the delivery of corporate press releases financial disclosures and multimedia content to the media, investment community, individual investors and the general public.

© 2023 BlackButterfly DesignArts