Warning: call_user_func_array() expects parameter 1 to be a valid callback, no array or string given in /home/runcloud/webapps/ramaramamy/wp-includes/class-wp-hook.php on line 324

Syarikat antarabangsa akan anjurkan siar web secara langsung di Persidangan Pelabur Maya Resit Pemegang Simpanan Deutsche Bank pada 8 dan 9 November 2023

2023-11-01T23:34:33Z

NEW YORK, Nov. 02, 2023 (GLOBE NEWSWIRE) -- Deutsche Bank hari ini umumkan barisan untuk Persidangan Pelabur Maya Resit Pemegang Simpanan (“dbVIC”) pada hari Rabu, 8 November dan Khamis, 9 November, yang menampilkan pembentangan siar web secara langsung daripada syarikat antarabangsa dengan program American Depositary Receipt (ADR) di AS.

Wakil-wakil daripada syarikat yang menyertai yang berpangkalan di Australia, China, Perancis, Jerman, Greece, Hong Kong, Belanda, Filipina dan Taiwan akan menjawab soalan semasa pembentangan rasmi dan turut berinteraksi dengan pelabur melalui gerai perdagangan maya. Persidangan itu menyasarkan semua kategori pelabur dan penganalisis yang berminat dengan syarikat bukan AS.

Tiada bayaran untuk peserta log masuk, menghadiri pembentangan langsung dan/atau bertanya soalan.

Sila daftar melalui pautan ini: www.adr.db.com/dbvic

Prapendaftaran disyorkan.

Agenda 8 November (Waktu Piawai Timur AS):

  • 8:00 PG: Hywin Holdings Ltd (NASDAQ: HYW)
  • 8:30 PG: European Metals Holding Limited (ASX & LON: EMH, OTCQX: ERPNF, OTCQX: EMHXY)
  • 9:00 PG: Ipsen S.A. Ltd (Euronext Paris: IPN, OTC: IPSEY)
  • 9:30 PG: Heineken N.V. (Euronext Amsterdam: HEIA, OTCQX: HEINY)
  • 10:00 PG: First Pacific Company Ltd (HKEX: 142, OTC: FPAFY)
  • 10:30 PG: QBE Insurance Group Limited (ASX: QBE, OTC: QBIEY)
  • 11:00 PG: Belite Bio, Inc (NASDAQ: BLTE)

Agenda 9 November (Waktu Piawai Timur AS):

  • 8:00 PG: iHuman Inc. (NYSE: IH)
  • 8:30 PG: HUTCHMED (China) Limited (HKEX: 13, Nasdaq & AIM:​HCM)
  • 9:00 PG: BDO Unibank, Inc (PSE: BDO, OTC: BDOUY)
  • 10:00 PG: Alpha Bank (ATHEX: ALPHA, OTC: ALBKY)
  • 22:30 PG: Hugo Boss (Xetra: BOSS, OTC: BOSSY)

Pembentangan akan tersedia untuk main semula selepas Persidangan.

Selain mengkhusus dalam mentadbir struktur ekuiti rentas sempadan seperti Resit Pemegang Simpanan Amerika dan Global, Deutsche Bank menyediakan agensi korporat, institusi kewangan, dana lindung nilai dan supranasional di seluruh dunia dengan pemegang amanah, agensi, eskrow dan perkhidmatan berkaitan. Bank ini menawarkan rangkaian luas perkhidmatan untuk produk yang pelbagai, daripada pensekuritian kompleks dan kewangan projek hinggalah pinjaman bersindiket, pertukaran dan penstrukturan semula hutang.

Deutsche Bank menyediakan perbankan komersial dan pelaburan, perbankan runcit, perbankan transaksi serta produk dan perkhidmatan pengurusan aset dan kekayaan kepada syarikat, kerajaan, pelabur institusi, perniagaan bersaiz kecil dan sederhana serta individu persendirian. Deutsche Bank adalah bank terkemuka di Jerman, dengan kedudukan yang kukuh di Eropah dan kehadiran yang ketara di Amerika dan Asia Pasifik.

Deutsche Bank menaja Persidangan Pelabur Resit Pemegang Simpanan Deutsche Bank semata-mata untuk tujuan maklumat. Deutsche Bank tidak menyediakan, menyemak, meluluskan atau mengedit sebarang pembentangan, penyata, dokumen atau maklumat atau bahan lain, sama ada dalam bentuk bertulis, elektronik atau lisan yang disediakan oleh mana-mana syarikat yang menyertai dalam persidangan tersebut serta menafikan sebarang tanggungjawab untuk ketepatan atau kecukupan sebarang maklumat atau bahan tersebut. Deutsche Bank tidak mempromosikan, menyokong atau mengesyorkan mana-mana syarikat yang mengambil bahagian dalam persidangan itu.

Resit Pemegang Simpanan telah didaftarkan menurut Akta Sekuriti AS 1933 (“Akta”). Pelaburan atau perkhidmatan pelaburan yang menjadi subjek notis ini tidak tersedia untuk pelanggan runcit seperti yang ditakrifkan oleh Pihak Berkuasa Tatalaku Kewangan UK. Notis ini telah diluluskan dan/atau disampaikan oleh Deutsche Bank AG New York. Perkhidmatan yang diterangkan dalam notis ini disediakan oleh Deutsche Bank Trust Company Americas (Deutsche Bank) atau oleh anak syarikat dan/atau sekutunya menurut pendaftaran dan kawal selia tempatan yang sesuai. Deutsche Bank memberikan notis yang dilampirkan semata-mata untuk tujuan maklumat dan tidak membuat tuntutan atau pernyataan, dan juga tidak menjamin atau dalam apa-apa cara mewakili, tentang ketepatan atau kesempurnaan butiran yang terkandung di sini atau di dalamnya. Pengumuman ini muncul sebagai perkara rekod sahaja. Baik pengumuman ini mahupun maklumat yang terkandung di sini bukan merupakan tawaran atau solisitasi oleh Deutsche Bank atau mana-mana penerbit atau entiti lain untuk pembelian atau penjualan mana-mana sekuriti dan juga bukan merupakan solisitasi kepada mana-mana orang dalam mana-mana bidang kuasa yang solisitasi itu adalah menyalahi undang-undang. Tiada bahagian daripada notis ini boleh disalin atau diterbitkan semula dalam apa cara sekalipun tanpa kebenaran bertulis daripada Deutsche Bank terlebih dahulu. Keputusan lepas bukan petunjuk bagi prestasi masa depan. Hak cipta© November 2023 Deutsche Bank AG. Hak cipta terpelihara.

CONTACT: Untuk maklumat lanjut, sila hubungi
Dylan Riddle
Deutsche Bank AG
Perhubungan Akhbar & Media
Tel. +12122504982
Mobil. +1(904)3866481
E-mel [email protected]

GlobeNewswire is one of the world’s largest newswire distribution networks, specializing in the delivery of corporate press releases financial disclosures and multimedia content to the media, investment community, individual investors and the general public.

© 2024 BlackButterfly DesignArts