Warning: call_user_func_array() expects parameter 1 to be a valid callback, no array or string given in /home/runcloud/webapps/ramaramamy/wp-includes/class-wp-hook.php on line 324

Peneraju bakat global WilsonHCG mengumumkan penyepaduan jenama Profile dan Personify

2023-05-16T01:00:00Z

TAMPA, Fla., May 16, 2023 (GLOBE NEWSWIRE) -- WilsonHCG, peneraju penyelesaian bakat global dengan sukacitanya mengumumkan bahawa dua daripada jenamanya, Profile Search & Selection (Profile) dan Personify sedang disepadukan sepenuhnya ke dalam WilsonHCG dalam masa beberapa minggu akan datang.

Penyepaduan itu berikutan pengambilalihan Profile dan Personify yang masing-masing telah ditutup pada tahun 2020 dan 2023. Profile ialah firma carian eksekutif yang mempunyai pejabat di seluruh Asia. Personify ialah penyedia RPO yang mengkhusus dalam sains hayat, penjagaan kesihatan, bioteknologi dan farmaseutikal.

Usaha ini merupakan langkah penting bagi WilsonHCG ketika syarikat tersebut terus mengembangkan kewujudan pasaran globalnya dan keluasan penawaran bagi penyelesaian bakat.

"Kami menantikan peringkat akhir penyepaduan ini kerana kami membawa jenama Profile dan Personify ke WilsonHCG," ujar John Wilson, Ketua Pegawai Eksekutif WilsonHCG. "Jelas bahawa gabungan keupayaan kami telah mengukuhkan organisasi dan menyumbang kepada kejayaan kami. Untuk mengukuhkan kedudukan pasaran kami dan terus berkembang maju, kami akan menyepadukan lagi jenama itu secara luaran."

Berikutan penyepaduan itu, pelanggan Profile dan Personify akan menerima penyelesaian bakat berkualiti tinggi yang sama seperti jangkaan mereka.

"Kami teruja dengan peluang yang ada di hadapan," kata Andrew Oliver, ujar pengasas bersama Profile dan kini Naib Presiden Eksekutif, ketua Asia Pasifik di WilsonHCG. "Kepakaran gabungan kami akan melonjakkan kami ke tahap baharu di rantau APAC."

Ryan Carfley, pengasas Personify dan kini Naib Presiden Kanan, penghantaran, di WilsonHCG menambah, "Penyepaduan ini akan memberi pelanggan kami akses kepada penyelesaian bakat yang lebih luas. Saya bersyukur kerana menjadi sebahagian daripada bab ini dalam sejarah WilsonHCG dan kita lihat pencapaian kami dari sini."

Penyepaduan Personify akan selesai selewat-lewatnya pada 26 Mei dan penyepaduan Profile pula akan selesai pada lewat tahun ini. Bahagian carian eksekutif Personify, Mackenzie Ryan, akan turut menjadi sebahagian daripada penyepaduan jenama.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila lawati www.wilsonhcg.com.

Perihal WilsonHCG
WilsonHCG ialah peneraju global yang memenangi anugerah dalam penyelesaian bakat menyeluruh. Beroperasi sebagai rakan kongsi strategik, syarikat ini telah membantu beberapa jenama yang paling dikagumi di dunia untuk membina fungsi bakat yang menyeluruh. Dengan kewujudan global yang merangkumi lebih daripada 65 buah negara dan enam buah benua, WilsonHCG menyediakan rangkaian lengkap bagi perkhidmatan boleh dikonfigurasikan termasuk recruitment process outsourcing (RPO), carian eksekutif, bakat luar jangka dan perundingan bakat.

TALENT. ™ Bukan sekadar penyelesaian, bahkan itulah kami.

https://www.wilsonhcg.com/

Hubungan Media
Kirsty Hewitt
+44 7889901517
813-418-4479
[email protected] 


GlobeNewswire is one of the world’s largest newswire distribution networks, specializing in the delivery of corporate press releases financial disclosures and multimedia content to the media, investment community, individual investors and the general public.

© 2023 BlackButterfly DesignArts