Warning: call_user_func_array() expects parameter 1 to be a valid callback, no array or string given in /home/runcloud/webapps/ramaramamy/wp-includes/class-wp-hook.php on line 324

LG U+ Memodenkan Rangkaian untuk Menawarkan Perkhidmatan Perusahaan Baharu dengan Penyelesaian Natif Awan daripada Casa Systems

2023-04-25T15:54:46Z

Pengendali Korea Selatan terkemuka bekerjasama dengan Casa Systems dan rakan kongsinya E-Tech System untuk mengeluarkan Home eNode B Gateway (HeNB GW) dan Security Gateway (SeGW)

ANDOVER, Mass., April 25, 2023 (GLOBE NEWSWIRE) -- Casa Systems (Nasdaq: CASA) hari ini mengumumkan bahawa LG U+ telah memilih penyelesaiannya, Home eNodeB Gateway yang dimayakan, untuk membantu pengendali Korea Selatan tersebut memodenkan infrastruktur rangkaiannya dan membuka kunci perkhidmatan dan aliran pendapatan baharu sebagai sebahagian daripada strategi rangkaian dan perkhidmatan lebih luas. Casa Systems bekerjasama dengan rakan pengedaran, E-Tech System, sebuah penyedia utama infrastruktur IT dan penyelesaian dan perkhidmatan Mudah Alih di Korea Selatan.

Dengan hampir 20 juta pelanggan pada perkhidmatan berwayar dan wayarles, LG U+ ialah salah satu daripada pengendali mudah alih terbesar di Korea Selatan dengan fokus yang jelas terhadap pembezaan melalui infrastruktur rangkaian moden dan perkhidmatan lanjutan. Bercirikan pengendalian yang mudah serta keupayaan untuk menambah pengeluaran nod baharu dengan cepat, penyelesaian HeNB-GW dan SeGW yang dimayakan oleh Casa Systems akan membolehkan LG U+ untuk meringkaskan rangkaiannya, menambah baik liputan perkhidmatan dan kualiti perkhidmatan 4G, dan juga mengambil kesempatan daripada peluang pasaran yang kian bertumbuh dengan lebih mudah.

“Kami percaya bahawa generasi perkhidmatan rangkaian seterusnya akan mengubah bentuk perniagaan kecil dan sederhana, serta pelanggan perusahaan, melalui jangkauan, prestasi dan keupayaan baharu. LG U+ akan kekal melabur dalam sel kecil yang berganding bahu bersama Casa Systems dan E-Tech System. Kelebihan penyelesaian yang dimayakan oleh Casa, HeNB-GW dan SeGW, ialah ketangkasan operasi dengan keperluan ruang dan kuasa yang lebih rendah,” ujar Jonghyuk Lee, Pemimpin Pasukan Akses di LG U+.

Berpangkalan di Korea Selatan, E-Tech System menawarkan penyelesaian IT teroptimum dan perkhidmatan teknikal pakar yang direka khusus untuk menambahkan daya saing dan nilai perniagaan pelanggan. Syarikat tersebut memiliki kepakaran dalam barisan luas vendor perkakasan dan perisian rangkaian, dan mengiktiraf bahawa reka bentuk perisian inovatif Casa Systems memenuhi keperluan kefleksibelan perkhidmatan dan pengendalian rangkaian LG U+. Casa Systems dan E-Tech System sedang membangunkan peluang baharu untuk melayani pengendali di rantau yang sama dan menjangkakan yang pengeluaran LG U+ hanyalah usaha sama pertama daripada banyak lagi.

“LG U+ menerajui pelaksanaan perkhidmatan mudah alih 4G dan 5G, dan kerana itulah kami teruja untuk menyokong strategi mereka dengan kepakaran rangkaian dan perkhidmatan pakar kami,” kata En. Shin Ho-Sik, Ketua Penyedia Perkhidmatan Rangkaian ARM di E-Tech System. “Disebabkan kebanyakan daripada penyelesaian di pasaran masih terikat pada seni bina dan reka bentuk rangkaian berdasarkan casis legasi, kerjasama ini bersama LG U+ membuktikan penyelesaian HeNB-GW yang dimayakan oleh Casa System di pasaran—suatu kemajuan penting bagi Casa Systems dan E-Tech System. Casa Systems mempunyai portfolio luas dalam penyelesaian natif awan yang dimayakan untuk teras mudah alih dan perkhidmatan RAN. Kami melihat peluang yang besar untuk pengendali dalam pasaran kami untuk memanfaatkan penyelesaian Casa Systems dan menyampaikan perkhidmatan dan penyelesaian lanjutan baharu kepada pelanggan mereka.”

Dengan HeNB-GW yang dimayakan oleh Casa Systems, LG U+ akan mengendalikan pengagregatan kawalan dan trafik tahap pengguna antara kelompok besar sel kecil dan rangkaian teras, sementara SeGW menyediakan kesambungan selamat dengan ketelusan penuh terhadap prestasi dan sokongan fleksibel berbilang vendor.

“Pada masa yang sama LG U+ mencari cara untuk meluaskan jangkauan, prestasi serta keselamatan perkhidmatan korporatnya, ia menghargai nilai penyelesaian HeNB GW dan SeGW yang dimayakan secara penuh oleh Casa Systems, yang menawarkan prestasi tanpa tandingan daripada cap kaki kecil, membolehkan mereka untuk meningkatkan perkhidmatan secara berkesan kos,” ujar Gibson Ang, Naib Presiden Teknologi di Casa Systems. “E-Tech System ialah pemimpin industri dengan sejarah panjang dalam penyediaan penyelesaian dan perkhidmatan berdasarkan perisian inovatif kepada pelanggannya. Kami mengalu-alukan peluang untuk bekerjasama dengan E-Tech System pada projek ini dan membuka pintu baharu kepada pengeluaran lain di Korea yang mungkin mendapat faedah daripada penyelesaian natif awan 4G/5G kami.”

Perihal Casa Systems, Inc.
Casa Systems, Inc. (Nasdaq: CASA) menyampaikan blok pembinaan teras-kepada-pelanggan untuk melajukan transformasi 5G dengan penyelesaian berdaya tahan masa hadapan serta lebar jalur terkini untuk semua jenis akses. Dalam dunia hari ini yang kian diperibadikan, Casa Systems mencipta seni bina pengganggu yang dibina khas untuk memenuhi keperluan rangkaian penyedia perkhidmatan. Set penyelesaian rangkaian natif awan terbuka kami membuka kunci kaedah baharu untuk penyedia perkhidmatan membina rangkaian tanpa sempadan dan memaksimumkan keupayaan penjanaan pendapatan. Dikeluarkan secara komersial di lebih daripada 70 negara, Casa Systems berkhidmat untuk 475 penyedia perkhidmatan Paras 1 dan serantau di seluruh dunia. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, lawati http://www.casa-systems.com/.

Perihal E-Tech System
Ditubuhkan pada 2009, E-Tech System ialah syarikat khusus IT yang bekerjasama dengan pengeluar IT domestik dan asing utama seperti Cisco, Dell, Broadcom, VMware, Oracle dan HP untuk menyediakan pelbagai infrastruktur sistem seperti rangkaian dan pelayan, di samping infrastruktur dan perkhidmatan teras seperti keselamatan, pemayaan dan platform OS. E-Tech System juga menawarkan perkhidmatan IT pakar seperti perundingan, pemasangan dan penyelenggaraan untuk penubuhan dan pengendalian infrastruktur IT.

HUBUNGI PR CASA SYSTEMS
Alicia Thomas
Casa Systems, Inc.
+1.817.909.8921
[email protected]


GlobeNewswire is one of the world’s largest newswire distribution networks, specializing in the delivery of corporate press releases financial disclosures and multimedia content to the media, investment community, individual investors and the general public.

© 2023 BlackButterfly DesignArts