Warning: call_user_func_array() expects parameter 1 to be a valid callback, no array or string given in /home/runcloud/webapps/ramaramamy/wp-includes/class-wp-hook.php on line 324

Graphenea melancarkan syarikat pengkhususan kimia sampingan KIVORO

2022-12-18T22:59:22Z

SAN SEBASTIAN, Sepanyol, Dec. 19, 2022 (GLOBE NEWSWIRE) -- Graphenea S.A., pengeluar graphene terkemuka dunia telah melancarkan sebuah syarikat sampingan. KIVORO ialah syarikat bahan kimia khusus yang difokuskan untuk mencipta penyelesaian bagi cabaran industri.

Let’s go faster! (Mari kita pergi lebih cepat!) Slogan KIVORO merujuk kepada ketangkasan dan kepantasan apabila bekerjasama dengan syarikat dan digabungkan dengan pendekatan mereka yang mementingkan keringkasan, mereka memberikan nafas baharu dalam sektor bahan kimia khusus. Jeremey Shipp, Pengarah Jualan di KIVORO berkata, “Kami sedang menangani cabaran industri yang rumit, tetapi kami mudah didekati. Kami faham bahawa pelanggan kami mencari penyelesaian, bukan masalah dan kami adalah organisasi yang jelas dan tangkas.”

KIVORO bukan sekadar graphene, Jesús de la Fuente, CEO berkata, "KIVORO ditubuhkan untuk membolehkan kami komersialkan penyelesaian perindustrian semasa dan bergerak melebihi graphene. Kami sememangnya akan mengekalkan kepakaran terkemuka kami dalam karbon dan bahan nano, tetapi kami juga fokus terhadap membangunkan bahan kimia khusus yang betul untuk menangani cabaran industri pelanggan kami demi menghasilkan kecekapan operasi dan pengurangan pelepasan."

KIVORO bekerja dengan banyak industri daripada pembinaan, salutan, penapisan, komposit dan lain-lain. Mereka telah membangunkan beberapa bahan tambahan berprestasi tinggi daripada Penambah Simen hingga Storan Tenaga, Komposit, Pelekat, Lateks Getah, Salutan dan banyak lagi. Salah satu pencapaian mereka yang paling membanggakan adalah status sifar bersih mereka. Jesús de la Fuente, CEO mengulas, “Kami bertekad untuk membuat peningkatan bagi mencapai hasil yang hebat dengan kesan positif terhadap prestasi dan planet. Semua produk kami adalah neutral karbon dan dalam kebanyakan kes, produk kami membolehkan pelanggan kami mengurangkan jejak karbon mereka sekaligus menjimatkan wang."

Head of Production, Xabier Ulacia overseeing production

Perihal Graphenea
Graphenea ialah syarikat teknologi yang dicipta pada tahun 2010 yang mengkhusus dalam pengeluaran graphene. Syarikat ini mempunyai pelanggan di lebih daripada 60 buah negara dan pejabat di San Sebastián (Sepanyol) dan Boston (AS). Graphenea menyokong pelanggannya dengan menghasilkan bentuk baharu graphene daripada transistor kesan medan graphene hingga oksida graphene sambil mengekalkan kepimpinannya dalam sektor pengeluaran graphene yang sedang berkembang.

Perihal KIVORO
KIVORO ialah syarikat korporat sampingan Graphenea dan merupakan kemuncak pengalaman kerja bertahun-tahun dalam sektor bahan tambahan dan teknologi nano di mana mereka telah membina pengetahuan silang industri yang meluas dan kepakaran dalam bahan kimia khusus. KIVORO telah dicipta untuk meningkatkan dan menambah nilai kepada produk pelanggan, dengan mereka bentuk bahan tambahan kimia yang terbaik untuk aplikasi mereka.

Hubungi Kami
[email protected]
www.kivoro.com

Foto yang disertakan dengan pengumuman ini tersedia di:
https://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/44bb2fda-55bc-4770-ac27-5bea4b11d156
https://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/1d48c8e0-f6bb-42f0-9934-057015eab749
https://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/c00a710b-9146-4372-a4ea-7438fa2ce847
https://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/4f8a96e2-482b-466b-9064-59b3165446bb
https://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/59231d91-7cad-4edc-84c1-159ffe1e6f67


GlobeNewswire is one of the world’s largest newswire distribution networks, specializing in the delivery of corporate press releases financial disclosures and multimedia content to the media, investment community, individual investors and the general public.

© 2023 BlackButterfly DesignArts