Warning: call_user_func_array() expects parameter 1 to be a valid callback, no array or string given in /home/runcloud/webapps/ramaramamy/wp-includes/class-wp-hook.php on line 324

Quantexa Telah Ditempatkan oleh Chartis sebagai Peneraju Kategori dalam Kemas Kini Kuadran Pasaran dan Landskap Vendor Penyelesaian KYC bagi tahun 2022

2022-10-20T17:25:53Z

Penyelesaian KYC Quantexa, iaitu sebahagian daripada Platform Perisikan Keputusan industrinya yang terkemuka, telah diiktiraf atas kesempurnaan tawaran, pengukuran risiko, peningkatan profil pelanggan dan penyertaan pelanggan

LONDON, Oct. 21, 2022 (GLOBE NEWSWIRE) -- Hari ini Quantexa, sebuah syarikat perisian data dan analitik global yang merintis Perisikan Keputusan Kontekstual (CDI) serta membantu organisasi dan agensi kerajaan terkemuka dunia dalam menyelesaikan beberapa cabaran data yang paling sukar mereka hadapi, telah mengumumkan bahawa mereka telah diiktiraf sebagai peneraju kategori dalam laporan Kemas Kini Pasaran dan Landskap Vendor Penyelesaian KYC Chartis 2022 yang baru dikeluarkan. Quantexa diiktiraf sebagai peneraju kategori untuk kesempurnaan penyelesaian perusahaan mereka serta potensi pasaran. Penyelesaian KYC Quantexa telah dinilai sebagai yang "terbaik dalam kategorinya" dari segi pengukuran risiko dan peningkatan profil pelanggan KYC dengan data tambahan serta telah menerima kedudukan yang tinggi dalam penyertaan dan pelaporan pelanggan serta papan pemuka.

Laporan KYC Chartis tertumpu pada tema makro dari segi penjimatan dan kecekapan kos. Pada masa ini, proses KYC adalah secara manual, terdedah kepada ralat dan mengakibatkan pengalaman yang buruk di sepanjang kitaran hayat pelanggan. Platform Perisikan Keputusan Quantexa mengubah pendekatan terhadap KYC dengan menambah konteks dan kejelasan daripada penyertaan hingga proses akhir, memantau secara dinamik serta menilai risiko dan peluang pelanggan, dan beralih daripada semakan berkala secara manual kepada proses yang automatik dan proaktif.

Platform ini menghubungkan data dalaman dan luaran untuk mencipta pandangan tunggal yang diperkaya dan menyeluruh kepada pelanggan dan kawalannya serta mendedahkan kaitan tersembunyi antara pelanggan, rakan niaga dan tingkah laku mereka yang kebiasaannya mustahil untuk dilihat secara berasingan. Bersama-sama dengan automasi dan penggunaan AI untuk mencapai kecekapan, penyelesaian tersebut memudahkan pemahaman pelanggan yang berterusan dan termaklum untuk membuat keputusan yang lebih baik dan pantas sepanjang proses penerimaan pelanggan, pengenalpastian, pemantauan aktiviti dan pengurusan risiko.

Kedudukan Quantexa dalam laporan ini mencerminkan hasil keputusan pelanggan mereka yang terbukti dan merupakan bukti bahawa penerimagunaan pendekatan kontekstual yang berterusan terhadap KYC dapat mengurangkan masa dan kos yang terlibat dalam urusan perniagaan. Ia juga mengubah semula apa yang telah menjadi latihan semakan senarai kepada tujuan sebenar dalam memahami risiko dan pendedahan yang dibawa oleh aktiviti pelanggan. Dengan meningkatkan automasi dan menggunakan perisikan keputusan, perniagaan kekal mendahului dari segi volum dan halaju data yang berkaitan dengan dasar dan proses KYC serta dapat memudahkan kerja pasukan mereka, jadi mereka akan mempunyai lebih banyak masa untuk menumpukan perhatian kepada pelanggan berisiko tinggi dan tugasan nilai tambah.

Petikan: Phillip Mackenzie, Pakar Penyelidikan Kanan Chartis
Kuadran Teknologi Risiko Chartis untuk KYC tidak menggambarkan satu penyelesaian teknologi sahaja sebagai yang terbaik – sebaliknya, kami menggunakan metodologi penarafan yang paling canggih untuk menerangkan penyelesaian yang paling sesuai untuk para pembeli, bergantung kepada strategi pelaksanaan mereka. Penyelidikan kami mendapati bahawa Penyelesaian KYC Quantexa menawarkan kawalan yang diperlukan kepada perniagaan untuk menangani risiko yang terlibat apabila menggunakan AI dalam program pematuhan mereka.”

Petikan: Dan Higgins, Ketua Pegawai Produk Quantexa
“Quantexa sangat teruja kerana dimasukkan ke dalam Laporan Kuadran Pasaran KYC Chartis, diletakkan pada kedudukan yang sangat kukuh dalam kalangan senarai penyedia penyelesaian perusahaan yang disegani. Penilaian wajar tradisional yang berterusan dan penyegaran semula berkala terhadap KYC terus meningkatkan kos dan kerumitan perniagaan. Tekanan daripada peraturan undang-undang, belanjawan dan pelanggan yang semakin meningkat menuntut kepada cara pemikiran yang baharu. Pendekatan kontekstual Quantexa mengurangkan masa dan kos KYC dengan meningkatkan automasi, menyambungkan perhubungan yang tidak jelas dan memanfaatkan perisikan keputusan untuk pemantauan berterusan terhadap risiko. Ini membawa kepada pengenalpastian dan pengurusan risiko yang lebih tepat, kos yang lebih rendah dan pengalaman pelanggan yang lebih baik. Kami yakin bahawa pendekatan ini akan terus memberikan nilai kepada para pelanggan kami dan memacu pertumbuhan keseluruhan pasaran untuk Quantexa.”

TENTANG QUANTEXA
Quantexa merupakan sebuah syarikat perisian data dan analitik global yang merintis Perisikan Keputusan Kontekstual yang memperkasakan organisasi untuk membuat keputusan operasi yang dipercayai dengan menjadikan data lebih bermakna. Menggunakan kemajuan terkini dalam data raya dan kecerdasan buatan (AI), platform Quantexa mendedahkan risiko tersembunyi dan peluang baharu dengan menyediakan paparan kontekstual yang terhubung bagi data dalaman dan luaran pada satu tempat. Ia menyelesaikan cabaran utama dalam aspek pengurusan data, Mengenali Pelanggan Anda (KYC), perisikan pelanggan, jenayah kewangan, risiko, penipuan dan keselamatan di sepanjang kitaran hayat pelanggan.

Platform Perisikan Keputusan Quantexa dapat meningkatkan prestasi operasi dengan 90% lebih tinggi ketepatan dan meningkatkan resolusi model analisis 60 kali lebih pantas berbanding pendekatan tradisional. Ditubuhkan pada tahun 2016, Quantexa kini mempunyai lebih 500 orang pekerja dan beribu-ribu pengguna yang melibatkan berbilion-bilion transaksi dan titik data di seluruh dunia. Syarikat ini mempunyai pejabat di London, New York, Boston, Washington DC, Brussels, Toronto, Singapura, Melbourne dan Sydney. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Quantexa di sini atau ikuti kami di LinkedIn.

TENTANG CHARTIS
Chartis ialah sebuah firma penasihat dan penyelidikan yang menyediakan nasihat dalam bidang teknologi dan perniagaan kepada perindustrian pengurusan risiko global. Chartis menyediakan perisikan pasaran bebas yang berkenaan dengan dinamik pasaran, trend kawal selia, trend teknologi, amalan terbaik, landskap kompetitif, saiz pasaran, keutamaan perbelanjaan serta penggabungan dan pengambilalihan. Laporan Kuadran Teknologi Risiko Chartis telah ditulis oleh para penganalisis berpengalaman dengan pengalaman praktikal dalam memilih, membangun dan melaksanakan sistem pengurusan risiko untuk pelbagai syarikat antarabangsa dalam pelbagai industri, termasuk perbankan, insurans, pasaran modal, sektor tenaga dan sektor awam.

PDF yang disertakan dengan pengumuman ini tersedia di:https://ml-eu.globenewswire.com/Resource/Download/0b256614-6827-4dd7-b1fe-d9c1df5bb360 

CONTACT: Pertanyaan Media:

Hubungan: Laurel Case, Naib Presiden Fight or Flight
Telefon: +1 315 663 6780
E-mel: [email protected]

Hubungan: Adam Jaffe, Naib Presiden Kanan Pemasaran Korporat
Telefon: +1 609 502 6889
E-mel: [email protected]
– atau –
[email protected]

GlobeNewswire is one of the world’s largest newswire distribution networks, specializing in the delivery of corporate press releases financial disclosures and multimedia content to the media, investment community, individual investors and the general public.

© 2023 BlackButterfly DesignArts