Warning: call_user_func_array() expects parameter 1 to be a valid callback, no array or string given in /home/runcloud/webapps/ramaramamy/wp-includes/class-wp-hook.php on line 324

Migrasi Pelaburan Menyediakan Peluang ke Sekolah dan Universiti Terbaik Dunia

2022-09-27T18:38:11Z

LONDON, Sept. 28, 2022 (GLOBE NEWSWIRE) -- Henley & Partners telah menyaksikan peningkatan ketara dalam pertanyaan daripada keluarga yang kaya-raya yang ingin mengakses peluang pendidikan antarabangsa premium untuk anak-anak mereka melalui migrasi pelaburan. Lonjakan permintaan dan persaingan untuk mendapatkan tempat di Ivy League, Oxbridge dan universiti terkemuka lain selepas pandemik Covid telah meningkatkan minat dalam program pelaburan yang menawarkan laluan kepada hak permastautinan atau pemerolehan kewarganegaraan di UKASKanadaAustraliaNew ZealandSingapura dan beberapa negara Eropah yang menempatkan institusi pendidikan terkemuka dunia.

Lebih 70% daripada 1,000 buah institusi pengajian tinggi Terbaik yang disenaraikan dalam Kedudukan Universiti Dunia Times Higher Education yang terbaru ini berada di negara-negara yang menganjurkan program migrasi pelaburan dengan 18% daripadanya di AS dan 10% di UK. Dr. Juerg Steffen, Ketua Pegawai Eksekutif Henley & Partners berkata, mendapatkan pendidikan terbaik untuk anak-anak mereka telah menjadi motivasi utama bagi para pelabur yang mempertimbangkan permastautinan dan kewarganegaraan melalui pilihan program pelaburan. “Anak-anak kita ialah aset kita yang paling berharga dan menyediakan pilihan persekolahan dan universiti antarabangsa yang terbaik kepada mereka ialah hadiah terhebat yang boleh kita berikan kepada mereka serta merupakan salah satu pelaburan terbaik yang boleh kita lakukan sebagai ibu bapa. Kami meramalkan bahawa tahun 2023 berkemungkinan menyaksikan rekod aliran migrasi para jutawan yang terbesar dengan lebih 125,000 pelabur kaya dan keluarga mereka melakukan penghijrahan. Bahagian Pendidikan Henley & Partners  kami yang baharu telah direka untuk menyediakan para pelanggan dengan semua jenis sokongan dan bantuan yang mereka perlukan untuk mengakses institusi pendidikan terbaik di negara baharu mereka.”

Mendapatkan hak akses yang lebih baik

Penyelidikan terkini menunjukkan bahawa menghadiri universiti Ivy League boleh meningkatkan pendapatan semasa pertengahan kerjaya sebanyak 28.7% dan anak anda mempunyai tiga atau empat kali lebih peluang untuk mendapat kemasukan ke sekolah dan universiti terkemuka dunia jika mereka seorang pemastautin atau warganegara negara tersebut.

John Milne, Ketua Kumpulan Perkhidmatan Pendidikan Henley & Partners berkata firma tersebut telah melantik rangkaian perunding pakar di UK, Amerika Utara, Australia dan Eropah yang boleh menawarkan nasihat pakar tempatan dan tidak berat sebelah kepada pelanggan global. “Pasukan baharu kami menyediakan perkhidmatan penempatan sekolah dan tugas rencam khusus seperti bantuan mendapatkan visa pelajar, kelas bahasa, bimbingan, peperiksaan kemasukan dan pengasuhan anak. Ia juga menawarkan satu penilaian kemahiran akademik dalam talian yang unik untuk kanak-kanak berumur antara enam hingga enam belas tahun — iaitu Penilaian Profil Akademik Henley — untuk memberikan gambaran tentang kemahiran akademik kanak-kanak. Keputusannya boleh digunakan untuk menunjukkan prestasi mereka kepada pihak sekolah pada masa hadapan serta untuk memantau kemajuan akademik mereka dan mengenal pasti bidang yang boleh diperbaiki."

Pilihan pelaburan pendidikan untuk keluarga bernilai bersih tinggi

Bagi mereka yang ingin memperoleh status pemastautin tetap ('kad hijau') di AS, Program Pelabur Imigran EB-5 adalah cara paling cekap yang memerlukan pelaburan sebanyak USD 800,000. Bagi para usahawan yang ingin menjadikan UK sebagai pilihan mereka, visa Inovator Tahap 1 ditujukan kepada mereka yang boleh menunjukkan pengalaman yang berkaitan dalam perniagaan dan mempunyai sekurang-kurangnya GBP 50,000 dalam dana pelaburan. Jika berminat dengan Kanada pula, Program Visa Syarikat Pemula menyediakan permastautinan tetap kepada para usahawan dan pelabur yang aktif dalam syarikat dan mengembangkan perniagaan yang ingin mengukuhkan kehadiran di negara tersebut.

Australia buat masa ini menawarkan empat aliran visa di bawah Program Inovasi dan Pelaburan Perniagaan miliknya, sementara Program Bebas Bakat Global miliknya menyediakan laluan pantas bagi mendapatkan permastautinan tetap untuk para eksekutif, ahli perniagaan, usahawan dan ahli profesional berkemahiran tinggi. Pelabur juga boleh mendapatkan permastautinan di New Zealand serta Singapura melalui Program Pelabur Global miliknya.

Ketua Kumpulan Pelanggan Persendirian Henley & Partners, Dominic Volek berkata program visa emas Eropah seperti yang ditawarkan oleh GreeceItaliPortugal dan Sepanyol juga amat menarik bagi para pelabur yang ingin mendapatkan pendidikan premium dan peluang pekerjaan untuk anak-anak mereka di seluruh EU (Kesatuan Eropah). “ Program Permit Permastautinan Emas Portugal ialah program permastautinan kami yang paling popular kerana ia menyediakan laluan terpantas, paling jelas dan kini terbukti untuk mendapatkan kewarganegaraan, yang sudah tentunya tertakluk kepada kriteria kelayakan. Sebagai seorang warganegara EU, anak anda akan mendapat akses kepada pendidikan di mana-mana universiti di negara EU mengikut dasar yang sama seperti pelajar warga tempatan. Malta juga merupakan pilihan yang menarik oleh kerana peraturannya yang memberikan laluan permastautinan yang boleh membawa kepada pemberian kewarganegaraan Malta dengan memberikan perkhidmatan yang luar biasa melalui pelaburan langsung.”

Nota kepada Editor

Tentang Henley & Partners

Henley & Partners ialah peneraju global dalam bidang permastautinan dan kewarganegaraan melalui pelaburan. Setiap tahun, ratusan individu kaya dan penasihat mereka bergantung kepada kepakaran dan pengalaman kami dalam bidang ini. Ahli profesional yang berkelayakan tinggi di firma ini bekerja bersama-sama sebagai sebuah pasukan di lebih 35 buah pejabat di seluruh dunia.

Konsep perancangan permastautinan dan kewarganegaraan telah dicipta oleh Henley & Partners pada tahun 1990-an. Apabila globalisasi semakin berkembang, permastautinan dan kewarganegaraan telah menjadi topik yang amat menarik dalam kalangan usahawan dan pelabur mudah alih antarabangsa yang semakin bertambah bilangannya yang kami berbesar hati untuk memberikan perkhidmatan setiap hari.

Firma ini juga menjalankan perkhidmatan amalan nasihat kerajaan terkemuka yang telah mengumpulkan lebih USD 10 bilion dalam pelaburan langsung asing. Dipercayai oleh pihak kerajaan, firma ini telah terlibat dalam perundingan strategik serta dalam proses reka bentuk, persediaan dan pengendalian program permastautinan dan kewarganegaraan yang paling berjaya di dunia.

Hubungan Media

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

Sarah Nicklin

Ketua Kumpulan Perhubungan Awam

[email protected]

Mudah alih: +27 72 464 8965


GlobeNewswire is one of the world’s largest newswire distribution networks, specializing in the delivery of corporate press releases financial disclosures and multimedia content to the media, investment community, individual investors and the general public.

© 2023 BlackButterfly DesignArts