Notice: Undefined offset: 0 in /home/runcloud/webapps/ramaramamy/wp-includes/plugin.php on line 1011

Notice: Undefined offset: 0 in /home/runcloud/webapps/ramaramamy/wp-includes/plugin.php on line 1014

The Globe and Mail Mengumumkan Bahawa LeddarTech Telah Dipilih sebagai Salah Satu Syarikat Kanada yang Paling Berkembang

2022-09-27T04:07:00Z

QUEBEC CITY, Sept. 27, 2022 (GLOBE NEWSWIRE) -- LeddarTech®, peneraju global dalam penyediaan teknologi penderiaan ADAS dan AD yang paling fleksibel, mantap dan tepat, dengan sukacitanya mengumumkan pengiktirafannya dalam kalangan Syarikat Kanada yang Paling Berkembang bagi tahun 2022 oleh majalah Report on Business The Globe and Mail, iaitu LeddarTech mendapat kedudukan ke-280 daripada 430 buah syarikat yang layak.

Senarai Syarikat Kanada yang Paling Berkembang menarafkan syarikat Kanada mengikut pertumbuhan hasil selama tiga tahun. Dengan itu, LeddarTech terus diiktiraf kerana teknologi dan amalan perniagaannya yang menerajui pasaran dan, baru-baru ini, telah menerima dua anugerah kerana penyelesaian perisian gabungan dan persepsi penderia LeddarVision™.

Syarikat Kanada yang Paling Berkembang merupakan penarafan editorial yang dilancarkan pada tahun 2019. Penarafan ini bertujuan untuk meraikan pencapaian keusahawanan yang paling berani dengan mengenal pasti dan menampilkan pencapaian perniagaan yang inovatif di Kanada. Untuk layak menyertai program sukarela ini, syarikat perlu menyelesaikan proses permohonan yang mendalam dan memenuhi keperluan yang berkenaan. Sejumlah 430 buah syarikat telah memperoleh kedudukan dalam penarafan tahun ini.

“LeddarTech amat berbesar hati kerana dinamakan oleh majalah Report on Business The Globe and Mail sebagai salah satu Syarikat Kanada yang Paling Berkembang,” kata Charles Boulanger, CEO LeddarTech. “LeddarTech telah bermula di Kanada pada tahun 2007 dengan komitmen untuk membangunkan teknologi yang meningkatkan kualiti hidup orang, meningkatkan keselamatan awam dan menggalakkan kelestarian alam sekitar global yang lebih besar. Pada tahun 2022, kami telah meraikan ulang tahun ke-15 kami, dan komitmen kami tidak berubah,” kata En. Boulanger selanjutnya. “Bagi pihak pasukan pengurusan, Lembaga Pengarah dan pekerja kami, saya merakamkan penghargaan kolektif kami terhadap pengiktirafan ini. Kami tetap bermotivasi bagi meneruskan misi kami untuk menjadi penyelesaian perisian gabungan dan persepsi penderia yang paling banyak digunakan yang mendayakan aplikasi ADAS dan AD.”

“Syarikat Kanada yang Paling Berkembang mengiktiraf cita-cita tinggi dan inovasi para usahawan di Kanada,” jelas Dawn Calleja, Editor majalah Report on Business. “Generasi perniagaan Kanada seterusnya boleh mendapat inspirasi daripada penarafan ini.”

“Di dalam dunia yang tidak pasti ini, kisah kejayaan syarikat yang dicatat pada senarai Syarikat yang Paling Berkembang dalam majalah Report on Business tahun ini, merupakan tanda optimisme,” kata Phillip Crawley, Penerbit dan CEO The Globe and Mail. “The Globe and Mail mengucapkan tahniah atas pencapaiannya.”

Perihal The Globe and Mail

The Globe and Mail ialah syarikat media berita terutama Kanada, yang mendorong perbincangan kebangsaan dan menyebabkan perubahan dasar melalui kewartawanan yang berani dan bebas sejak tahun 1844. Dengan liputan berita perniagaan, politik dan hal ehwal kebangsaan yang memenangi anugerah, surat khabar The Globe and Mail mencapai seramai 5.9 juta orang pembaca setiap minggu dalam format cetak atau digital, dan majalah Report on Business mencapai seramai 2.3 juta orang pembaca dalam bentuk cetakan dan digital bagi setiap terbitan. Pelaburan The Globe and Mail dalam sains data inovatif bermaksud bahawa ketika dunia terus berubah, begitu juga The Globe. The Globe and Mail dimiliki oleh Woodbridge, cabang pelaburan bagi keluarga Thomson.

Perihal LeddarTech

Diasaskan pada tahun 2007, LeddarTech merupakan syarikat penderiaan persekitaran hujung ke hujung komprehensif yang membolehkan pelanggan menyelesaikan cabaran penderiaan, gabungan dan persepsi yang kritikal pada seluruh rantaian nilai. LeddarTech menyediakan penyelesaian persepsi berkesan kos yang boleh diskalakan daripada Tahap 2 ADAS hingga Tahap 5 autonomi penuh dengan LeddarVision™, gabungan penderia data mentah dan platform persepsi yang menjana model persekitaran 3D yang komprehensif daripada pelbagai jenis dan konfigurasi penderia. LeddarTech juga menyokong pengilang LiDAR dan pembekal automotif Peringkat 1-2 dengan blok binaan teknologi penting seperti pengemudian alur digital LeddarSteer™ dan LeddarEngine™, yang merangkumi gabungan LiDAR SoC dan perisian yang sangat bersepadu dan boleh skala yang membolehkan reka bentuk dipercepat bagi penyelesaian LiDAR gred automatif dengan nisbah kos-kepada-prestasi yang dioptimumkan. Syarikat ini bertanggungjawab terhadap beberapa inovasi dalam aplikasi automotif dan penderiaan jauh mobiliti yang termaju, dengan lebih daripada 140 paten yang diberikan atau dimohon, mempertingkat ADAS dan keupayaan pemanduan berautonomi.

Maklumat tambahan tentang LeddarTech boleh diakses di www.leddartech.com dan di LinkedIn, Twitter, Facebook dan YouTube.

Maklumat Hubungan:
Daniel Aitken, Naib Presiden, Pemasaran Global, Komunikasi dan Hubungan Pelabur, LeddarTech Inc.
Tel.: + 1-418-653-9000 samb. 232 [email protected]

Maklumat hubungan pelabur:[email protected]
https://investors.leddartech.com/

Leddar, LeddarTech, LeddarSteer, LeddarEngine, LeddarVision, LeddarSP, LeddarCore, LeddarEcho, VAYADrive, VayaVision, XLRator dan logo yang berkaitan ialah tanda dagangan atau tanda dagangan berdaftar bagi LeddarTech Inc. dan anak syarikatnya. Semua jenama lain, nama produk dan tanda adalah atau mungkin adalah tanda dagangan atau tanda dagangan berdaftar yang digunakan untuk mengenal pasti produk atau perkhidmatan pemilik masing-masing. 



Notice: Undefined offset: 0 in /home/runcloud/webapps/ramaramamy/wp-includes/plugin.php on line 1011

Notice: Undefined offset: 0 in /home/runcloud/webapps/ramaramamy/wp-includes/plugin.php on line 1014

GlobeNEwswire

GlobeNewswire is one of the world’s largest newswire distribution networks, specializing in the delivery of corporate press releases financial disclosures and multimedia content to the media, investment community, individual investors and the general public.