Warning: call_user_func_array() expects parameter 1 to be a valid callback, no array or string given in /home/runcloud/webapps/ramaramamy/wp-includes/class-wp-hook.php on line 324

Crurated Menjadi Komuniti Wain Blok Rantai dan Wain Berasaskan Ahli Pertama yang Menawarkan Jualan Tong Dalam Kadar yang Kecil Disokong oleh Teknologi NFT

2022-09-26T12:00:00Z

Ciri baharu memberi Ahli Crurated keupayaan untuk membeli wain dalam tong dalam kadar yang kecil dan menyesuaikan format dan pelabelan botol eksklusif

Pengeluar terkenal dunia yang mengambil bahagian termasuk Domaine Fourrier, Charles Lachaux, Domaine Robert Groffier, Domaine Vincent Dancer, Domaine De Montille dan Domaine Pierre Girardin

LONDON, Sept. 26, 2022 (GLOBE NEWSWIRE) -- Niaga hadapan wain, kadangkala dipanggil En Primeur, ialah cara untuk membeli wain yang paling dicari sebelum wain itu dibotolkan dan dikeluarkan di pasaran. Crurated, sebuah komuniti wain blok rantai dan berasaskan ahli, membawa konsep ini ke peringkat seterusnya dengan teknologi baharu yang menawarkan gabungan asal-usul dan penyesuaian. Alfonso de Gaetano, Pengasas syarikat telah mengumumkan bahawa Ahli Crurated kini boleh membeli tong yang diperakui dalam kadar yang kecil melalui teknologi blok rantai dan NFT. Tawaran baharu ini juga memberi ahli keupayaan untuk menyesuaikan format dan label botol berdasarkan keperluan unik mereka.

Crurated sedang memperkenalkan jualan tong dalam kadar yang kecil dengan pengeluar terkenal dunia yang termasuk Domaine Fourrier, Charles Lachaux, Domaine Robert Groffier, Domaine Vincent Dancer, Domaine De Montille dan Domaine Pierre Girardin.

Crurated juga menawarkan pengalaman susun atur untuk 10 teratas pembelian tong dalam kadar kecil, dari segi nilai monetari. Pengalaman termasuk lawatan dengan pengeluar wain, lawatan ke kemudahan pembuatan wain, makan malam pembuatan wain dan acara pilihan lain berdasarkan lokasi.

“Ramai pelanggan kami yang dihormati sering meminta botol format yang lebih besar. Menentukan berapa banyak untuk menghasilkan yang melebihi Magnum tradisional boleh jadi mencabar,” kata Nicolas Groffier dari Domaine Robert Groffier. “Jualan tong dalam kadar yang kecil dan keupayaan pembeli untuk menyesuaikan saiz botol membolehkan kami menentukan bilangan dan saiz botol yang tepat yang kami perlukan. Dan kini satu-satunya cara untuk mendapatkan format saiz yang lebih besar daripada Domaine Robert Groffier ialah melalui Crurated.”

"Konsep baharu ini mengubah sepenuhnya cara wain pra-botol yang jarang ditemui dijual kepada pengguna," kata Alfonso. “Pemilikan dalam kadar kecil telah wujud selama beberapa dekad dan baru sahaja digunakan untuk seni digital dalam ruang NFT. Walaupun sebahagian kecil daripada Bored Ape mungkin merupakan aplikasi unik teknologi, hal ini dikongsi dan bukan sesuatu yang anda boleh nikmati sendiri. Konsep kami merevolusikan pemilikan dalam kadar kecil yang disokong oleh NFT dengan menawarkan nilai asal-usul untuk mengesahkan lagi wain. Ahli juga boleh menyesuaikan format dan label botol mereka dan kemudian menghargai kadar kecil mereka yang jarang didapati di dunia nyata.”

Jadual semasa untuk jualan tong Perancis dalam kadar kecil termasuk:

  • 26 September – 2 Oktober: Domaine Fourrrier – 2 Tong
  • 3 Oktober – 9 Oktober: Charles Lachaux – 6 Tong
  • 10 Oktober – 16 Oktober: Domaine Vincent Dancer – ​​1 Tong
  • 17 Oktober – 23 Oktober: Domaine De Montille – 2 Tong
  • 24 Oktober – 30 Oktober: Domaine Robert Groffier – 5 Tong
  • 31 Oktober – 6 November: Domaine Pierre Girardin – 5 Tong

Perihal Crurated
Dilancarkan pada tahun 2021 dengan penekanan pada Perancis dan Itali, Crurated adalah sebuah komuniti wain berasaskan keahlian yang direka untuk menghubungkan connoisseur secara langsung dengan pengeluar bertaraf dunia. Sepasukan pakar memberikan perkhidmatan yang diperibadikan dan pengalaman yang autentik, sementara perkhidmatan logistik lancar Crurated menjamin kualiti dan asal-usul wain hasil daripada penyimpanan di bilik wain bawah tanah yang selamat dan teknologi blok rantai yang inovatif. Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai Crurated, sila lawati crurated.com.

Hubungan PR
Michael Volpatt
[email protected]
415.994.8864

Video yang mengiringi pengumuman ini boleh didapati di
https://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/76fdc665-93d6-49be-bbe8-7521cc9f8a50

Foto yang mengiringi pengumuman ini boleh didapati di
https://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/b8d22d10-fc31-4bb6-99bc-abffd615962f

https://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/d092b0af-8ddd-4073-aaef-86b1469eee9e

https://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/8087242c-c414-4aea-b740-99a0269b6104 


GlobeNewswire is one of the world’s largest newswire distribution networks, specializing in the delivery of corporate press releases financial disclosures and multimedia content to the media, investment community, individual investors and the general public.

© 2023 BlackButterfly DesignArts