Warning: call_user_func_array() expects parameter 1 to be a valid callback, no array or string given in /home/runcloud/webapps/ramaramamy/wp-includes/class-wp-hook.php on line 324

Sumo Logic Menyampaikan Rangka Tindakan untuk Memajukan Inovasi dengan Pengurusan Kebolehpercayaan

2022-09-14T03:45:57Z

Pengurusan Kebolehpercayaan Sumo Logic melengkapkan pemimpin perniagaan dengan data kritikal untuk mengimbangkan kelajuan inovasi dengan kebolehpercayaan perkhidmatan

REDWOOD CITY, Calif., Sept. 14, 2022 (GLOBE NEWSWIRE) -- Sumo Logic (NASDAQ: SUMO), platform analisis SaaS untuk membolehkan aplikasi natif awan (cloud-native) yang boleh dipercayai dan selamat, pada hari ini telah mengumumkan ketersediaan am Pengurusan Kebolehpercayaan Sumo Logic. Pengurusan Kebolehpercayaan membolehkan pembangun, SRE dan pasukan DevOps untuk mengurus kebolehpercayaan aplikasi misi kritikal mereka dengan menerima pakai metodologi Objektif Tahap Perkhidmatan (SLO). Pengumuman tersebut telah dibuat semasa persidangan pengguna Illuminate 2022 tahunan yang keenam syarikat itu yang sedang diadakan secara maya pada 13-14 September.

Pengurusan Kebolehpercayaan merupakan suatu keupayaan baharu Kebolehcerapan (Observability) Sumo Logic yang membantu organisasi menerima pakai pendekatan yang lebih baik pada asasnya, untuk mengukur dan memperbaik kebolehpercayaan aplikasi teragih. Pendekatan ini memberikan tumpuan pada kebolehpercayaan aplikasi daripada perspektif pengguna akhir, dan bukan pemantauan dan pemberitahuan amaran bagi keseluruhan infrastruktur, perkhidmatan dan komponen aplikasi yang terlibat dalam gerak balas.

“Pengurusan Kebolehpercayaan Sumo Logic mengalihkan tumpuan pada kebolehpercayaan daripada komponen teknologi dasar ke arah pengalaman pengguna. Tindakan ini membolehkan perkaitan kebimbangan perniagaan dengan tingkah laku teknologi. Dengan memudahkan penjajaran antara pemilik dan pembangun aplikasi, Pengurusan Kebolehpercayaan digunakan pada asasnya sebagai rancangan induk yang diperlukan untuk mengurus pada peringkat perniagaan berbanding dengan peringkat isyarat,” ujar Erez Barak, VP Pembangunan Produk untuk Kebolehcerapan, Sumo Logic. “Organisasi kini boleh mendapatkan rentak optimum untuk mengimbangkan halaju inovasi dengan kebolehpercayaan perkhidmatan, dan menukar pengukuran SLO menjadi pemahaman yang boleh diambil tindakan untuk menunaikan janji prestasinya kepada pelanggan.”

Baca blog: Memikirkan Semula Pengurusan Kebolehpercayaan: Bagaimana Penjajaran Prestasi Teknologi Dengan Hasil Perniagaan Mendorong Pembuatan Keputusan Yang Lebih Baik

Tumpuan Pelanggan pada SLO
Medidata Solutions ialah platform untuk data pembangunan klinikal, komersial dan dunia nyata yang membimbing transformasi digital dalam industri sains hayat. Dengan lebih daripada 300 perkhidmatan dan 2,000 pelanggan dan rakan, syarikat ini memerlukan penyelesaian yang lebih baik untuk membantu pasukannya mengendalikan bilangan pemberitahuan amaran, pengumpulan data terputus dan pasukan terasing yang semakin bertambah.

Jordi Polo Carres, seorang arkitek kakitangan di Medidata Solutions, memiawaikan dan memperkemas pemberitahuan amaran melalui penumpuan pada SLO dengan Pengurusan Kebolehpercayaan Sumo Logic. “Dengan jumlah data yang kami rekodkan dalam buku log setiap hari, kami dibanjiri oleh pemberitahuan amaran dan tugas manual, dan ini memberikan kesan terhadap jalinan kerjasama pasukan,” kata Carres. “Pengurusan Kebolehpercayaan memperkasakan kami untuk mengekalkan SLO pada bahagian teras proses perancangan dan inovasi kami – menjadikan kami lebih berdaya saing dan mewujudkan peluang baharu. Kami juga menyampaikan pengalaman yang tekal untuk pelanggan kami dengan ketampakan yang lebih baik bagi isu kebolehpercayaan yang mungkin timbul, berdasarkan isyarat kencana (golden signal) yang dikumpulkan daripada seluruh sumber data.”

“Sesetengah pelanggan menggunakan SLO untuk menyokong perjalanan ke awan bagi memahami dengan lebih baik risiko transformasinya. Kini, dengan tahap perincian ini daripada Sumo Logic, organisasi bukan sahaja dapat melihat tempat mereka yang menekankan infrastruktur - ia boleh melihat keseluruhan situasi dan bukan hanya sebahagian daripadanya,” jelas Torsten Volk, Pengarah Urusan Penyelidikan, EMA Research. “Anda boleh berhenti mengambil berat tentang nod Kubernetes yang tidak berfungsi dengan baik jika ia tidak memberikan kesan terhadap pengguna anda. Anda boleh melihat sistem anda dari luar ke dalam. Pasukan kini dapat memberikan tumpuan pada apa yang penting dan mengelakkan lesu upaya. Ini merupakan aspek yang penting untuk memperoleh kebolehcerapan sebenar.”

Piawaian Terbuka dari Mula lagi

Pengurusan Kebolehpercayaan Sumo Logic juga merupakan penerapan komersial pertama slogen. slogen dibina berasaskan piawaian OpenSLO dan menggunakan automasi untuk meminimumkan usaha yang diperlukan untuk mengukur dan menetapkan SLO. Pelanggan Sumo Logic mendapat pilihan untuk menentukan SLO sama ada dalam spesifikasi Sumber Terbuka atau dalam Sumo Logic.

“Kami tidak mencipta semula piawaian. Kami menyokong piawaian OpenSLO dan telah meneruskan pelaburan kami dalam membangunkan piawaian ini demi komuniti,” kata Barak selanjutnya. “Dengan penyelesaian terbuka untuk pengurusan tahap perkhidmatan, kami membolehkan organisasi menjadikan SLO mampu menghadapi masa hadapan.”

Pengurusan Kebolehpercayaan Sumo Logic membantu organisasi menjadi lebih proaktif dalam penyampaian perkhidmatan digital dengan:

  • Memperkasakan pemimpin untuk mengimbangkan inovasi dengan kebolehpercayaan perkhidmatan: Pengurusan Kebolehpercayaan Sumo Logic menyediakan kebolehpercayaan masa nyata dan pengukuran prestasi untuk menguasakan pembuatan keputusan berpandukan data. Pemimpin juga memperoleh pemberitahuan amaran mengenai SLO dan penggunaan had kesilapan (error budget consumption).
  • Menyampaikan pendekatan yang mudah, terbuka dan selamat bagi pengurusan tahap perkhidmatan: Dibina berasaskan piawaian OpenSLO, Pengurusan Kebolehpercayaan membolehkan pasukan memantau SLI berdasarkan pertanyaan Sumo Logic yang sedia ada. Apabila digabungkan dengan sokongan Terraform, SRE boleh mengurus dengan berkesan tahap perkhidmatan sebagai kod dengan cara yang mempunyai versi dan yang boleh diulang bagi mana-mana bilangan pasukan produk dan perkhidmatan.
  • Menjadikan amalan SRE yang baik suatu hakikat: Membolehkan pasukan SRE menerima pakai secara seragam, konsep seperti SLI, SLO, SLA dan had kesilapan, dan menggunakannya untuk menyelesaikan masalah perniagaan bagi pengurusan kebolehpercayaan. Dengan mengautomasikan pengumpulan data dan analisis, pasukan juga mendapat pandangan konsisten terhadap SLO dan kebolehpercayaan bagi pelbagai produk dan perkhidmatan.

Kebolehcerapan Sumo Logic membantu mengurangkan masa henti dan menyelesaikan isu yang memberikan kesan terhadap pelanggan, dengan kebolehcerapan tindanan penuh untuk semua data aplikasi termasuk log, ukuran, acara dan surih sepanjang seluruh kitar hayat pembangunan.

Dapatkan Maklumat mengenai Pengurusan Kebolehpercayaan:

Penafian Gartner:
Gartner dan Magic Quadrant ialah tanda dagangan berdaftar Gartner, Inc. dan/atau anggota gabungannya di A.S. dan pada peringkat antarabangsa serta digunakan di sini dengan kebenaran. Hak cipta terpelihara.

Perihal Sumo Logic
Sumo Logic, Inc. (NASDAQ: SUMO) memberi kuasa kepada mereka yang memperkasakan perniagaan digital moden. Melalui platform analisis SaaS, Sumo Logic membolehkan pelanggan menyampaikan aplikasi natif awan yang boleh dipercayai dan selamat, Continuous Intelligence Platform™ Sumo Logic membantu pengamal dan pembangun memastikan kebolehpercayaan aplikasi, menjamin dan melindungi daripada ancaman keselamatan moden, dan memperoleh pemahaman mengenai infrastruktur awan mereka. Pelanggan di seluruh dunia bergantung pada Sumo Logic untuk mendapatkan analisis masa nyata yang berkeupayaan tinggi dan pemahaman dari segi kebolehcerapan dan penyelesaian keselamatan untuk aplikasi natif awan mereka. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, lawati www.sumologic.com.

Sumo Logic ialah tanda dagangan atau tanda dagangan berdaftar Sumo Logic di Amerika Syarikat dan di negara asing. Semua nama syarikat dan produk lain mungkin merupakan tanda dagangan atau tanda dagangan berdaftar pemilik masing-masing.

Sebarang maklumat mengenai tawaran, pengemaskinian, kefungsian atau pengubahsuaian lain, termasuk tarikh keluaran, adalah tertakluk pada perubahan tanpa notis. Pembangunan, keluaran dan masa bagi mana-mana tawaran, pengemaskinian, kefungsian atau pengubahsuaian yang diterangkan di sini tetap mengikut budi bicara mutlak Sumo Logic dan tidak patut bergantung padanya untuk membuat keputusan mengenai pembelian, mahu pun sebagai representasi, jaminan atau komitmen untuk menyampaikan tawaran, pengemaskinian, kefungsian atau pengubahsuaian khusus pada masa hadapan.

Hubungan Media
Carmen Harris, Sumo Logic
[email protected]

Jenna Shikoff, RH Strategic
[email protected]

Gambar foto yang disertakan bersama pengumuman ini boleh didapati pada pautan:
https://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/b4426308-86a6-4c4d-94ed-59cf3dafb003
Gambar foto juga boleh didapati melalui AP PhotoExpress.

 


GlobeNewswire is one of the world’s largest newswire distribution networks, specializing in the delivery of corporate press releases financial disclosures and multimedia content to the media, investment community, individual investors and the general public.

© 2023 BlackButterfly DesignArts