Warning: call_user_func_array() expects parameter 1 to be a valid callback, no array or string given in /home/runcloud/webapps/ramaramamy/wp-includes/class-wp-hook.php on line 324

OTC Markets Group Meluaskan Jejak Global dan Mengalu-alukan Pelantikan Baharu di Singapura

2022-09-12T23:00:00Z

NEW YORK, Sept. 13, 2022 (GLOBE NEWSWIRE) -- OTC Markets Group Inc. (OTCQX: OTCM), pengendali pasaran terkawal bagi 12,000 sekuriti A.S. dan antarabangsa, dengan sukacitanya mengumumkan bahawa ia telah melantik Catherine Chao Shang sebagai Naib Presiden, Perkhidmatan Korporat dan Pembangunan Perniagaan Data Pasaran yang beribu pejabat di Singapura.

Pengembangan OTC Markets Group ke Asia adalah sebahagian daripada strategi yang lebih luas untuk membantu penerbit global yang ingin mengakses Pasaran Modal A.S. serta memenuhi permintaan untuk pengedaran data OTC di seluruh rantau ini.

"Kami teruja untuk mengalu-alukan Catherine ke pasukan antarabangsa kami," kata Jason Paltrowitz, EVP, Perkhidmatan Korporat, OTC Markets Group. "Mewujudkan premis kami di Singapura akan memainkan peranan penting dalam pertumbuhan Pasaran OTC di peringkat antarabangsa dan akan membantu kami memupuk lagi hubungan dengan syarikat di seluruh Asia." 

Catherine membawa lebih sedekad pengalaman dalam pasaran kewangan. Baru-baru ini beliau merupakan Naib Presiden di Trumarx Data Partnership dengan menjadi wakil berpangkalan di Asia yang menjual platform dagangan tenaga OTC mereka. Sebelum itu beliau memegang peranan di Goldman Sachs, Morgan Stanley dan Omega sebagai pengurus dan pedagang.

Matt Fuchs, EVP Data Pasaran meneruskan, “Menambah sumber di Asia akan membolehkan kami memanfaatkan lagi permintaan yang kami nampak daripada brokeraj, institusi dan pelabur runcit di seluruh rantau ini. Kami teruja untuk menyambut Catherine bagi membantu memacu usaha pembangunan perniagaan kami di seluruh Asia.”

Perihal OTC Markets Group Inc.
OTC Markets Group Inc. (OTCQX: OTCM) mengendalikan pasaran terkawal untuk perdagangan 12,000 sekuriti A.S. dan antarabangsa. Piawaian pendedahan didorong data kami membentuk asas bagi tiga pasaran awam kami: Pasaran Terbaik OTCQX®, Pasaran Usaha Niaga OTCQB® dan Pasaran Terbuka Pink®.
Sistem Dagangan Alternatif OTC Link® (ATS) kami menyediakan infrastruktur pasaran kritikal yang diperlukan oleh broker-pedagang untuk memudahkan dagangan. Model inovatif kami menawarkan syarikat dengan akses yang lebih cekap kepada pasaran kewangan A.S.

OTC Link ATS, OTC Link ECN dan OTC Link NQB masing-masing adalah ATS terkawal SEC, dikendalikan oleh OTC Link LLC, sebuah broker-pedagang berdaftar FINRA dan SEC serta ahli SIPC.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai cara kami mencipta pasaran yang lebih bermaklumat dan cekap, lawati www.otcmarkets.com.

Hubungan Media:
OTC Markets Group Inc., +1 (212) 896-4428, [email protected]


GlobeNewswire is one of the world’s largest newswire distribution networks, specializing in the delivery of corporate press releases financial disclosures and multimedia content to the media, investment community, individual investors and the general public.

© 2023 BlackButterfly DesignArts