Warning: call_user_func_array() expects parameter 1 to be a valid callback, no array or string given in /home/runcloud/webapps/ramaramamy/wp-includes/class-wp-hook.php on line 324

HTEC Group mengambil alih Mistral Technologies untuk Memperluas Pangkalan Kejuruteraannya kepada Lebih 2,000 Ahli Profesional di Eropah Tenggara

2022-09-02T12:49:32Z

SAN FRANCISCO, Sept. 02, 2022 (GLOBE NEWSWIRE) -- HTEC Group (“HTEC”) (www.htecgroup.com), sebuah syarikat global dalam perundingan, kejuruteraan perisian dan pembangunan produk digital yang berpangkalan di San Francisco, hari ini mengumumkan bahawa ia telah mengambil alih Mistral Technologies yang berpangkalan di Sarajevo. Bergabung tenaga dengan pasukan Mistral yang terdiri daripada 300 orang, HTEC kini merupakan syarikat teknologi terbesar di Bosnia dan Herzegovina yang mempunyai hampir 600 orang pakar bekerja di negara itu.

Di peringkat global, pasukan HTEC telah berkembang kepada lebih 2,000 pekerja dengan pusat pembangunan di seluruh Eropah Tenggara — di mana syarikat tersebut beroperasi di enam buah negara — dengan pejabat kreatif dan perundingannya yang terletak di Silicon Valley, London, New York, Minneapolis, Amsterdam, Stockholm dan Gothenburg. Dengan menggabungkan pemikiran reka bentuk oleh mereka yang berpangkalan di Silicon Valley dengan bakat kejuruteraan SEE yang terbaik di lebih 20 buah lokasi, HTEC menyokong para pelanggan global dengan pembangunan produk digital, daripada strategi dan pembentukan konsep kepada reka bentuk dan kejuruteraan tangkas pada skala besar.

Mistral, iaitu ahli terbaharu HTEC Group, telah diasaskan di Sarajevo pada tahun 2010 dan telah meletakkan syarikatnya sebagai majikan pilihan untuk bakat kejuruteraan di Bosnia dan Herzegovina, dengan portfolio pelanggan mengagumkan yang melibatkan syarikat-syarikat Fortune 500.

“Membina hubungan yang kukuh berasaskan kepercayaan, menyampaikan kecemerlangan serta mencipta nilai tambahan untuk perkongsian dengan pelanggan kami yang sangat dihargai sentiasa menjadi perkara utama dalam strategi kami di samping menyediakan persekitaran kerja yang mengutamakan manusia. Kami sepenuhnya sejajar dengan HTEC Group dari segi nilai serta penyampaian perkhidmatan kami dan saya yakin tidak lama lagi kami akan menjadi rakan kongsi pilihan yang paling diingini di seluruh dunia untuk menangani cabaran kejuruteraan yang paling kompleks,” ulas Mersed Camdzic, Pengasas Bersama merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Mistral.

“Saya berasa gembira untuk mengatakan bahawa hari ini kami telah memperoleh Mistral Technologies, salah sebuah syarikat teknologi terbaik di rantau ini, yang jelas sekali merupakan peneraju pasaran di Bosnia dan Herzegovina, dengan semangat, kemahiran kepemimpinan, kecemerlangan kejuruteraan dan nilai syarikat yang sepadan dengan kami. Pada masa hadapan, kami akan terus mengumpulkan ahli profesional teknikal dan kreatif yang paling berbakat di Eropah Tenggara dan mendedahkan mereka kepada peluang pasaran global,” kata Aleksandar Cabrilo, Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif HTEC.


GlobeNewswire is one of the world’s largest newswire distribution networks, specializing in the delivery of corporate press releases financial disclosures and multimedia content to the media, investment community, individual investors and the general public.

© 2023 BlackButterfly DesignArts