Warning: call_user_func_array() expects parameter 1 to be a valid callback, no array or string given in /home/runcloud/webapps/ramaramamy/wp-includes/class-wp-hook.php on line 324

EMGA mengumumkan pertambahan pembiayaan berjumlah USD10 juta untuk Banco D-Miro

2022-08-31T17:20:44Z

LONDON, Sept. 01, 2022 (GLOBE NEWSWIRE) -- Emerging Markets Global Advisory Limited (EMGA), bank pelaburan khusus yang memberi tumpuan kepada pasaran baru muncul, mengumumkan transaksi penambahan Pembiayaan Keutamaan di Ecuador yang akan membolehkan Banco D-Miro meneruskan pengembangan aktiviti pembiayaan kredit mikro di Ecuador.

Kemudahan pembiayaan berjumlah USD10 juta tersebut merupakan idea asal, dinasihati dan distrukturkan oleh EMGA dengan pembiayaan yang disediakan oleh U.S. International Development Finance Corporation (DFC) dan urus niaga tersebut merupakan kali pertama EMGA melengkapkan operasi syarikat di Ecuador.

Mengulas tentang transaksi tersebut, Ketua Pegawai Kewangan Banco D-Miro Fabian Victores Baque berkata, “Kami menghargai sokongan EMGA dan DFC untuk memuktamadkan transaksi penting ini. Mempunyai rakan kongsi strategik seperti DFC akan membantu mencapai objektif kami untuk menjana lebih banyak rangkuman kewangan dan meningkatkan pembiayaan kepada usahawan mikro wanita.”

Jim Polan, Naib Presiden Pejabat Pembangunan Kredit DFC, berkata, “Pelaburan DFC dalam Banco D-Miro akan meluaskan akses kepada pembiayaan, membolehkan penduduk berpendapatan rendah dan usahawan wanita di Ecuador pulih daripada kemelesetan ekonomi akibat COVID-19. Dengan tumpuan kepada perniagaan kecil, urus niaga ini akan memajukan pembangunan jangka panjang dan pertumbuhan ekonomi di Ecuador, yang merupakan matlamat utama DFC.”

Sajeev ChakkalakalPengarah Urusan merangkap Ketua Perbankan Pelaburan EMGA, berkata, "EMGA sungguh berbesar hati untuk menasihati Banco D-Miro berkaitan transaksi penting ini yang bertujuan untuk membiayai portfolio pinjaman perusahaan kecil dan sederhana mereka dengan tumpuan khusus pada perusahaan milik wanita. Tambahan pula, menjalinkan satu lagi kerjasama dengan DFC menunjukkan kekuatan hubungan kami yang telah dibina selama bertahun-tahun. Akhir sekali, kami percaya kedudukan DFC sebagai institusi kewangan pembangunan yang terkemuka akan menambah sumber pembiayaan strategik jangka panjang baharu untuk Banco D-Miro.”

Jeremy DobsonPengarah Urusan EMGA menambah, “Dengan transaksi pertama di Ecuador ini, EMGA menambah jejak operasinya di Amerika Latin dan kami akan terus membangunkan perniagaan di negara dan rantau ini.”

Banco D-Miro: Banco D-Miro merupakan sebuah bank Ecuador yang khusus dalam pembiayaan mikro dan hasrat mereka adalah untuk menjadi bank yang paling banyak menyumbang ke arah pengurangan kadar kemiskinan. Bank tersebut menawarkan perkhidmatan kewangan kepada usahawan mikro, kecil dan sederhana di Ecuador dan terutamanya kawasan-kawasan di mana tahap kemiskinannya lebih tinggi dan akses kepada perkhidmatan kewangan adalah yang paling rendah.

DFC: U.S. International Development Finance Corporation (DFC) bekerjasama dengan sektor swasta untuk menyediakan penyelesaian pembiayaan yang bertujuan untuk menangani masalah yang dihadapi oleh negara-negara membangun. Kami melabur merentas pelbagai sektor termasuk tenaga, penjagaan kesihatan, infrastruktur kritikal dan teknologi. DFC juga menyediakan pembiayaan untuk perniagaan kecil dan usahawan wanita bagi mewujudkan peluang pekerjaan di pasaran baru muncul. Pelaburan DFC mematuhi standard yang tinggi dan menghormati alam sekitar, hak asasi manusia dan hak-hak pekerja.

Emerging Markets Global Advisory LLP, yang berpangkalan di London, membantu institusi kewangan dan badan korporat yang mencari modal hutang/ekuiti. Pasukan EMGA menggabungkan berdekad-dekad pengalaman yang diperlukan untuk menyelesaikan urus niaga di negara sedang membangun termasuk Ecuador, yang kekal sebagai pasaran utama. EMGA terus berkembang dan mengukuhkan kedudukannya sebagai bank pelaburan khusus yang memberi tumpuan kepada pasaran baru muncul.

Jeremy Dobson
[email protected]


GlobeNewswire is one of the world’s largest newswire distribution networks, specializing in the delivery of corporate press releases financial disclosures and multimedia content to the media, investment community, individual investors and the general public.

© 2023 BlackButterfly DesignArts