Notice: Undefined offset: 0 in /home/runcloud/webapps/ramaramamy/wp-includes/plugin.php on line 1011

Notice: Undefined offset: 0 in /home/runcloud/webapps/ramaramamy/wp-includes/plugin.php on line 1014

Copenhagen Infrastructure Partners mencapai persetujuan muktamad berkaitan CI Energy Transition Fund I dengan modal berjumlah EUR 3 bilion

2022-08-31T09:00:00Z

COPENHAGEN, Denmark, Aug. 31, 2022 (GLOBE NEWSWIRE) -- Copenhagen Infrastructure Partners (CIP) mencapai persetujuan muktamad berkaitan dana baharunya, CI Energy Transition Fund I (CI ETF I). Dana tersebut telah terlebih langgan dan ditutup pada jumlah modal sebanyak EUR 3 bilion. Ini menjadikan CI ETF I sebagai dana hidrogen bersih khusus terbesar di dunia.

CI ETF I mencapai komitmen daripada para pelabur di seluruh Nordik (~25% daripada komitmen), Eropah (~45%), Asia-Pasifik (~20%) dan Amerika Utara (~10%) dengan kira-kira pembahagian sama rata antara para pelabur dalam dana CIP dan pelabur baharu. Pangkalan pelabur dana terdiri daripada kira-kira 65 pelabur institusi, terutamanya dana persaraan, syarikat insurans hayat, dana kekayaan berdaulat, pengurus aset dan dana kekayaan keluarga.

“Kami amat berbesar hati untuk mengalu-alukan kumpulan terkemuka pelabur institusi sedia ada dan baharu ke CI ETF I dan amat gembira kerana para pelabur berkongsi keyakinan dan selera kami untuk projek infrastruktur tenaga bersih dan melabur bersama-sama CIP dalam fasa peralihan tenaga seterusnya. Penyelesaian seperti Power-to-X akan menjadi kunci bagi negara dan industri untuk mengambil lonjakan besar seterusnya dalam mencapai komitmen perjanjian Paris dan mencapai kebebasan guna tenaga. Sebagai perintis industri dan salah sebuah peneraju pasaran global dalam pelaburan infrastruktur langsung asing boleh baharu, CIP mempunyai kedudukan yang unik untuk melabur dalam segmen ini,” kata Jakob Baruël Poulsen, Rakan Kongsi Pengurusan dalam CIP.

CI ETF I akan melabur dalam infrastruktur tenaga boleh baharu generasi akan datang termasuk projek Power-to-X (PtX) skala industri dan membolehkan para pelabur institusi mengambil bahagian dalam penyahkarbonan industri yang sering dikatakan sebagai sukar untuk dihentikan dan menyokong penyepaduan selanjutnya penjanaan tenaga boleh baharu dalam campuran tenaga melalui pengimbangan grid. Dana tersebut akan tertumpu terutamanya pada projek pelaburan langsung asing di OECD dan bermatlamat untuk menyumbang kepada penyahkarbonan industri seperti pertanian, penerbangan, perkapalan, pembuatan kimia dan pengeluaran keluli melalui penggunaan bahan api hijau dan makanan ternakan serta baja tanpa CO2.

CI ETF I membentuk sebahagian daripada strategi dana berbeza CIP yang memanfaatkan aliran peralihan tenaga boleh baharu utama. Dana tersebut akan menggunakan pendekatan penciptaan nilai yang sama dan terbukti serta proses nyahrisiko seperti dana CIP sedia ada, walaupun dengan tumpuan untuk CI ETF pada PtX. CI ETF I akan menggunakan kemahiran perindustrian CIP untuk mengoptimum dan menyahrisikokan projek antaranya melalui reka bentuk projek, pemilihan rakan kongsi dan pelantikan kontrak. Sebaik sahaja dinyahrisiko, projek dijangka mempunyai ciri infrastruktur teras termasuk kontrak pengambilalihan jangka panjang.

CI ETF I bermula dengan kukuh dengan FID mengambil satu pelaburan dan pemilikan pada beberapa projek PtX peringkat pembangunan berskala industri yang menarik dengan pendedahan yang pelbagai kepada teknologi pengeluaran dan pasaran hiliran. Projek tersebut antaranya berada di Eropah Barat (Denmark, Norway, Sepanyol, Portugal), Amerika Selatan (Chile) dan Australia dijangka menghasilkan hidrogen hijau, ammonia hijau dan bahan api penerbangan lestari berdasarkan pengeluaran tenaga boleh baharu skala GW dan kapasiti elektrolisis.

Setelah beroperasi, portfolio semasa CI ETF I dianggarkan mengurangkan lebih daripada 7.5 juta tan CO2 setiap tahun (atau bersamaan dengan mengalihkan ~1.6 juta kereta dari jalan raya secara kekal) dan menyampaikan lebih daripada 4 juta tan bahan api hijau setiap tahun.

Untuk pemasaran CI ETF I, firma guaman Plesner and Clifford Chance bertindak sebagai penasihat undang-undang, KPMG Acor Tax sebagai penasihat cukai dan Selinus Capital Advisors, Compagnie Financière Jacques Coeur (CFJC) dan Allen Partners sebagai ejen penempatan.

Tentang Copenhagen Infrastructure Partners
Diasaskan pada tahun 2012, Copenhagen Infrastructure Partners P/S (CIP) hari ini merupakan pengurus dana berdedikasi terbesar di dunia dalam pelaburan tenaga boleh baharu pelaburan langsung asing dan peneraju global dalam pengeluaran angin luar pesisir. Dana yang diuruskan oleh CIP memfokuskan pada pelaburan dalam angin luar pesisir dan daratan, PV solar, biojisim dan tenaga daripada sisa, penghantaran dan pengedaran, kapasiti rizab, penyimpanan, biotenaga termaju dan Power-to-X.

CIP menguruskan sepuluh dana dan sehingga kini telah mengumpulkan kira-kira EUR 19 bilion untuk pelaburan dalam tenaga dan infrastruktur berkaitan daripada lebih 135 pelabur institusi antarabangsa. CIP akan mempercepatkan peranannya dalam sektor peralihan tenaga global dan menyasarkan untuk memperoleh EUR 100 bilion di bawah pengurusannya dalam pelaburan tenaga hijau pada tahun 2030. CIP mempunyai kira-kira 340 orang pekerja dan mempunyai pejabat di Copenhagen, London, Hamburg, Utrecht, New York, Tokyo, Singapura, Seoul dan Melbourne. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.cip.dk

 

CONTACT: Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

Simon Augustesen, – Naib Presiden merangkap Ketua Pegawai Komunikasi dan Pemasaran, Telefon: +45 30526721, E-mel: [email protected]

Thomas Kønig, Raan Kongsi – Hubungan Pelabur, Telefon: +45 7070 5151, E-mel: [email protected]


Notice: Undefined offset: 0 in /home/runcloud/webapps/ramaramamy/wp-includes/plugin.php on line 1011

Notice: Undefined offset: 0 in /home/runcloud/webapps/ramaramamy/wp-includes/plugin.php on line 1014

GlobeNEwswire

GlobeNewswire is one of the world’s largest newswire distribution networks, specializing in the delivery of corporate press releases financial disclosures and multimedia content to the media, investment community, individual investors and the general public.