Warning: call_user_func_array() expects parameter 1 to be a valid callback, no array or string given in /home/runcloud/webapps/ramaramamy/wp-includes/class-wp-hook.php on line 324

MACCO Restructuring Group Menerajui Usaha yang Berjaya Membawa dan Mengangkut Pelantar Gerudi Minyak Separuh Tenggelam Menyeberangi Teluk Mexico

2022-08-30T19:26:41Z

David Weinhoffer, Pengarah Urusan MACCO, Bertindak Sebagai Ketua Pegawai Penyusunan Semua dalam Prosiding Kebankrapan untuk In re: LaForta - Gestão e Investimentos, Sociedade Unipessoal, Lda

HOUSTON, Aug. 31, 2022 (GLOBE NEWSWIRE) -- MACCO Restructuring Group, sebuah firma penasihat kepimpinan interim dan kewangan kebangsaan yang bertumpu pada pasaran sederhana, baru-baru ini telah mengumumkan bahawa Pengarah Urusan MACCO, David Weinhoffer, yang berkhidmat sebagai Ketua Pegawai Penyusunan Semula bagi LaForta - Gestão e Investimentos, Sociedade Unipessoal, Lda., berjaya mengambil alih kawalan dan mengangkut La Muralla IV, sebuah pelantar gerudi minyak separuh tenggelam generasi keenam. La Muralla IV ialah aset utama LaForta, yang telah memfailkan petisyen sukarela di bawah bab 11 di Mahkamah Kebankrapan Amerika Syarikat bagi Daerah Selatan Texas, Bahagian Houston pada 16 Jun 2022. Di bawah kepimpinan Weinhoffer, pelantar gerudi yang amat besar itu, yang berupaya untuk beroperasi dalam 10,000 kaki air dan menggerudi sehingga 35,000 kaki dalam, telah berjaya ditunda menyeberangi Teluk Mexico dari Tampico, Mexico ke Freeport, Grand Bahamas.

MACCO, yang mempunyai pengalaman yang luas dalam sektor tenaga, termasuk cari gali dan pengeluaran minyak dan gas atas darat serta luar pesisir, telah dapat memastikan pengangkutan selamat pelantar gerudi itu. Weinhoffer memimpin usaha antarabangsa yang rumit untuk mengambil alih kawalan pelantar itu dan menjamin keselamatannya dan keselamatan anak kapalnya meskipun terdapat banyak cabaran operasi dan pengawalseliaan. Pengetahuannya yang mendalam mengenai pelautan, operasi marin, penyusunan semula perniagaan dan kebankrapan amat penting bagi pengangkutan yang berjaya itu.

La Muralla IV sedang disediakan untuk suatu proses pemasaran dan jualan yang dijangka akan bermula dengan giatnya pada bulan hadapan. Di bawah prosedur bida yang dicadangkan, yang boleh didapati pada pautan https://cases.stretto.com/LaForta/, Weinhoffer akan mengarah proses pemasaran dan jualan itu, termasuk dengan meminta dan menilai bida untuk La Muralla IV. Tarikh akhir bida yang dicadangkan ialah 26 Oktober 2022, dengan kelulusan jualan dijangka berlaku 3 minggu kemudian dan penyempurnaan jualan selewat-lewatnya pada akhir bulan November. Jika anda berminat menjadi pembida untuk La Muralla IV, sila hubungi Weinhoffer pada alamat [email protected] untuk mendapatkan akses kepada Bilik Data dan menjadualkan pemeriksaan sendiri.

LaForta juga dinasihati oleh Penasihat Undang-undang, Rebecca Blake Chaikin, Genevieve M. Graham dan Veronica A. Polnick daripada Jackson Walker, LLP; Penasihat Undang-undang Korporat Khas, Jennifer Demarco dan Sarah Campbell daripada Clifford Chance; dan Ole’ Aagvaard, Pengurus Projek daripada ABW Vessel Management, Ltd. Pemberi Pinjaman Sokongan (“Backstop”) dinasihati oleh Penasihat Undang-undang, Mark Shinderman, Casey Fleck dan Brian Kinney daripada Milbank, LLP; Michael Warner dan Benjamin Wallen daripada Pachulski, Stang, Ziehl & Jones, LLP; dan Kristen Bodden daripada Maritime Finance Ltd.

Drew McManigle, Pengasas dan CEO MACCO berkata, “David dan pasukan MACCO La Forta yang bekerjasama secara berganding bahu dengan penasihat undang-undang, telah mencapai apa yang pada mula-mulanya, nampak seperti hampir tidak boleh dicapai. Beliau berjaya mengharungi kesulitan perairan antarabangsa untuk mengekalkan nilai pihak berkepentingan.”

Perihal MACCO

MACCO Restructuring Group, LLC ialah penasihat kepimpinan interim dan kewangan kebangsaan yang bertumpu pada pasaran sederhana dan berpusat di Houston dengan pejabat-pejabat di Las Vegas, Denver, Oklahoma City, Wilmington/Philadelphia dan New York City. Ahli profesional MACCO mempunyai pengalaman perniagaan dunia sebenar dan telah mengurus dan membimbing syarikat dalam pelbagai jenis industri semasa bertindak sebagai CEO, CRO, CFO, Pemberi Pinjaman jenis “Senior Workout”, dan pihak Fidusiari. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila lawati: www.macco.group.

Hubungan Media:
Annie Graf
Komunikasi Strategik KCSA
[email protected]

Hubungan Syarikat:
Drew McManigle
[email protected]
Telefon Bimbit: (410) 350-1839


GlobeNewswire is one of the world’s largest newswire distribution networks, specializing in the delivery of corporate press releases financial disclosures and multimedia content to the media, investment community, individual investors and the general public.

© 2023 BlackButterfly DesignArts