Warning: call_user_func_array() expects parameter 1 to be a valid callback, no array or string given in /home/runcloud/webapps/ramaramamy/wp-includes/class-wp-hook.php on line 324

Infinitesima memperoleh pelaburan strategik untuk meningkatkan pengeluaran Metron3D

2022-08-23T15:34:33Z

Sistem metrologi Metron3D revolusioner Infinitesima membolehkan kawalan proses 3D sebaris untuk semikonduktor generasi seterusnya

ABINGDON, United Kingdom, Aug. 23, 2022 (GLOBE NEWSWIRE) -- Infinitesima berbesar hati mengumumkan penyempurnaan pusingan pelaburannya untuk meningkatkan pengeluaran Metron3D iaitu sistem metrologi wafer 300 mm sebaris bagi menyokong penghantaran kepada para pelanggan bermula suku ke-4 tahun 2022.

Sistem Metron3D menampilkan teknologi Rapid Probe Microscope (RPM) syarikat tersebut yang terbukti bersama modul daripada pembekal industri terkemuka untuk membolehkan prestasi dan kebolehpercayaan maksimum dicapai. Sistem ini telah direka bentuk untuk kawalan proses pengeluaran sebaris dengan daya pemprosesan yang tinggi serta automatik sepenuhnya untuk menangani keperluan yang semakin meningkat terhadap metrologi 3D beresolusi tinggi dalam proses semikonduktor canggih.

“Kami teruja dengan teknologi prob berkelajuan tinggi kami yang unik, bersama-sama dengan keperluan industri yang semakin meningkat untuk metrologi 3D sebaris yang telah membawa kepada penglibatan pelanggan yang kukuh,” kata Profesor Andrew Humphris, Ketua Pegawai Teknologi merangkap Pengasas Infinitesima.

Pusingan pelaburan ini telah diketuai oleh Wonik Investment Partners, sebuah anak syarikat kepada syarikat antarabangsa yang terkemuka dari Korea iaitu Wonik yang mengendalikan pelbagai perniagaan, termasuk bahan dan peralatan semikonduktor.   

Dong Su Kim, Presiden Wonik Investment Partners mengulas, “Kami menyedari akan peluang pertumbuhan yang ketara untuk Infinitesima, dengan teknologi metrologi 3D yang unik dan pasukan berpengalaman yang boleh menangani keperluan yang semakin mencabar untuk kawalan proses semikonduktor generasi seterusnya.”

Andrew Dixon, Pengerusi Infinitesima dan Pengasas ARC InterCapital berkata, “Kami berbesar hati untuk mengalu-alukan Wonik Investment Partners sebagai pelabur bersama merangkap rakan kongsi ketika kami memperkenalkan Metron3D kepada pengeluar semikonduktor terkemuka.”

Tentang Infinitesima

Infinitesima Limited ialah sebuah syarikat peneraju dalam penyelesaian metrologi canggih untuk industri semikonduktor yang berpangkalan di UK. Syarikat ini telah mempelopori satu teknologi inovatif yang menggabungkan keupayaan pengesanan permukaan 3 dimensi mikroskopi daya atom, dengan pengaktifan laser berkelajuan tinggi dan ketepatan interferometri, iaitu Rapid Probe Microscope(RPM) yang dilindungi oleh portfolio paten yang meluas.

Teknologi RPM syarikat ini telah disepadukan sebagai sebuah modul oleh syarikat-syarikat peralatan semikonduktor terkemuka dan digunakan oleh pengeluar semikonduktor terkemuka.

Pengeluar semikonduktor semakin memerlukan penyelesaian metrologi 3D beresolusi yang lebih tinggi untuk mengawal proses generasi seterusnya yang tidak dapat ditangani oleh teknik pancaran optik dan elektron semasa. Infinitesima telah memperkenalkan satu sistem metrologi berkelajuan tinggi, Metron3D, yang menampilkan teknologi RPM yang telah dipatenkan milik syarikat ini untuk menangani keperluan pelanggan yang semakin meningkat terhadap kawalan proses 3D sub-nanometer* sebaris.

* 1 nanometer (nm) bersamaan dengan 10-9 meter (diameter bagi satu atom silikon ialah kira-kira 0.2nm).

Foto yang disertakan dengan pengumuman ini tersedia di: https://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/96b7871e-c1de-4cfd-83de-39232a38dc56

Lampiran

CONTACT: Company contacts

John Cossins, Business Development and Marketing, Director
[email protected]
+1 (512) 221 7561

Peter Jenkins, CEO
[email protected]
+44 7803 292 044

www.infinitesima.com
https://www.linkedin.com/company/6717920

GlobeNewswire is one of the world’s largest newswire distribution networks, specializing in the delivery of corporate press releases financial disclosures and multimedia content to the media, investment community, individual investors and the general public.

© 2023 BlackButterfly DesignArts