Warning: call_user_func_array() expects parameter 1 to be a valid callback, no array or string given in /home/runcloud/webapps/ramaramamy/wp-includes/class-wp-hook.php on line 324

Expereo memperoleh Breeze Networks, mempertingkat selanjutnya amalan SD-WAN/SASE dan kehadirannya dalam pasaran UK

2022-08-15T06:00:00Z

AMSTERDAM, Aug. 15, 2022 (GLOBE NEWSWIRE) -- Expereo, sebuah penyedia penyelesaian rangkaian terurus yang terkemuka di dunia telah mengumumkan pemerolehan Breeze Networks, sebuah penyedia perkhidmatan terurus bagi teknologi SD-WAN/SASE. Pemerolehan ini mendorong usaha pertumbuhan Expereo, mempertingkat selanjutnya amalan SD-WAN/SASE Expereo, membangunkan pelbagai perkhidmatannya yang berkembang untuk mengurus penyelesaian SD-WAN pada skala yang diperlukan oleh rakan dan pelanggan perusahaan multinasional Expereo di seluruh dunia.

Pemerolehan terkini ini memantapkan cita-cita Expereo untuk melengkapi penyelesaian rangkaian terurusnya dengan amalan nasihat yang bertaraf dunia dalam memberikan panduan kepada organisasi mengenai transformasi global mereka kepada rangkaian perisian tertakrif dan berasaskan Internet. Dengan sokongan penuh pelabur majoriti, Vitruvian Partners dan pelabur minoriti, Apax Partners SAS, Expereo berniat untuk meneruskan strategi pemerolehannya.

Breeze Networks merupakan penyedia perkhidmatan terurus bagi ketersambungan rangkaian berasaskan awan (SD-WAN) dan penyelesaian keselamatan untuk perusahaan dan agensi kerajaan. Suatu pengamir rangkaian yang inovatif dan fleksibel, Breeze mendapatkan dan mengurus rangkaian SD-WAN dan penyelesaian keselamatan yang paling baik dalam pasaran.

Sebagai sebahagian daripada pemerolehan itu, Expereo mengalu-alukan Matthew Lea, CTO Breeze Networks sebagai Ketua Portfolio Teknikal. Kepakaran beliau akan menjadi tambahan yang bagus kepada pangkalan pengetahuan bagi pasukan Teknikal Expereo yang diketuai oleh CTO, Kristaps Petrovskis. Lea akan mendorong rancangan pengembangan Expereo bagi amalan SD-WAN/SASE syarikat itu, memantapkan kehadirannya dalam pasaran UK dalam peranan baharu beliau di Expereo.

“Pemerolehan ini berlaku pada masa yang begitu mengujakan, ketika kami mengembangkan perkhidmatan SD-WAN kami untuk memenuhi keperluan yang semakin meningkat bagi capaian awan dan penyelesaian rangkaian global yang tangkas dan berkesan kos dalam pasaran. Dengan visi bersama kami untuk memudahkan ketersambungan global dan memberikan pengalaman pelanggan yang bertaraf dunia, kepakaran pasukan ahli profesional yang menyokong Breeze Networks akan menyumbangkan nilai yang tinggi ketika kami berganding bahu,” Irwin Fouwels, CEO Expereo, mengulas.

“Setelah bekerjasama dengan Expereo baru-baru ini dalam pengerahan global bagi salah satu pelanggan kami, kami menyaksikan sendiri nilai bersama kedua-dua syarikat dan komitmen untuk memberikan kecemerlangan dalam penyampaian dan khidmat pelanggan. Kami teruja kerana dapat menyertai keluarga Expereo dan yakin bahawa jangkauan global dan skala Expereo akan menjadi manfaat kepada semua pihak berkepentingan kami," kata George Cowan, Pengarah Urusan Breeze Networks.

Penerapan pantas aplikasi berasaskan awan dan teknologi SD-WAN meletakkan WAN berasaskan Internet di tengah-tengah dalam model perniagaan syarikat multinasional. Expereo komited untuk memudahkan penyumberan dan pengurusan penyelesaian rangkaian tersebut, sementara memastikan pengalaman pelanggan yang luar biasa untuk memenuhi keperluan rakan MSP dan pelanggan multinasional syarikat.

Perihal Breeze Networks Ltd
Breeze Networks adalah sebuah pembekal milik persendirian yang berpangkalan di UK bagi Perkhidmatan Terurus Rangkaian dan Keselamatan berasaskan SD-WAN. Ditubuhkan pada tahun 2016, syarikat ini telah mereka bentuk dan menyediakan sebilangan besar rangkaian global dan serantau berasaskan SD-WAN untuk pelanggan kami dalam sektor swasta dan juga agensi kerajaan UK. Pasukan Breeze telah membangunkan pengetahuan dan pengalaman yang mendalam tentang produk SD-WAN/SASE jenis terbaik yang membolehkan kami membantu pelanggan kami dalam usaha transformasi Awan mereka.

Perihal Expereo
Expereo adalah sebuah penyedia bagi penyelesaian rangkaian terurus yang terkemuka di dunia termasuk Internet Global, SD-WAN/SASE dan Internet Dipertingkat. Dengan jangkauan global yang luas, Expereo merupakan rakan yang dipercayai bagi 30% daripada syarikat Fortune 500. Ia menguasakan tapak perusahaan dan kerajaan di lebih daripada 190 buah negara, membantu pelanggan menambah baik produktiviti dan memperkasakan rangkaian dan perkhidmatan awan mereka dengan ketangkasan, fleksibiliti serta nilai Internet dan dengan prestasi rangkaian yang optimum.

Expereo telah diperoleh oleh Vitruvian Partners pada bulan April 2021. Firma modal pertumbuhan dan beli habis antarabangsa ini telah memperoleh pemegang saham majoriti dalam Expereo daripada Apax Partners SAS, sebuah firma ekuiti persendirian Eropah yang terkemuka.

CONTACT: Sofia Pensado
[email protected]

GlobeNewswire is one of the world’s largest newswire distribution networks, specializing in the delivery of corporate press releases financial disclosures and multimedia content to the media, investment community, individual investors and the general public.

© 2023 BlackButterfly DesignArts