Warning: call_user_func_array() expects parameter 1 to be a valid callback, no array or string given in /home/runcloud/webapps/ramaramamy/wp-includes/class-wp-hook.php on line 324

J.M. Huber Corporation Menandatangani Perjanjian untuk Memperoleh Biolchim Group Daripada NB Renaissance, Chequers Capital dan Pasukan Pengurusan

2022-08-08T13:00:00Z

ATLANTA, Aug. 08, 2022 (GLOBE NEWSWIRE) -- J.M. Huber Corporation (Huber)—sebuah syarikat pembuatan bahan kejuruteraan khusus milik keluarga global—mengumumkan hari ini bahawa ia telah menandatangani perjanjian terikat untuk memperoleh kawalan penuh bagi Biolchim Group daripada NB Renaissance, Checkers Capital dan pasukan pengurusan Biolchim Group. Biolchim Group yang diurus dan diketuai oleh Galileo Quattro SARL mempunyai pangkalan operasi utamanya di Itali dan merupakan pengeluar dan pengedar utama bagi rangkaian penuh nutrisi tumbuhan khusus dan bioperangsang. Penutupan jualan yang dijangka berlaku pada penghujung tahun 2022 adalah tertakluk kepada syarat penutupan lazim termasuk kelulusan pelaburan langsung asing di Itali.

Semua syarikat di dalam Biolchim Group—termasuk Biolchim S.p.A, Cifo, Ilsa S.p.A, Matécsa Kft dan West Coast Marine-Bio Processing Corp.—adalah dalam skop pembelian. Biolchim Group mengendalikan lapan kilang pengeluaran di seluruh dunia dan produknya—bioperangsang, unsur surih dan baja larut air, cecair dan daun—beroperasi di lebih 70 negara di seluruh dunia. Biolchim Group mempunyai sejarah menarik selama 50 tahun berkhidmat dalam industri pertanian.

Selepas jualan ditutup, Biolchim Group akan menjadi sebahagian daripada Huber Engineered Materials (HEM), sebuah syarikat dalam portfolio perniagaan Huber. Biolchim Group akan menjadi bahagian penting untuk asas strategik unit perniagaan HEM bagi Huber AgroSolutions (HAS) yang ketika ini merangkumi Miller Chemical & Fertilizer (Miller).

Leonardo Valenti, Ketua Pegawai Eksekutif Biolchim Group sejak 2008 dan perintis dalam industri pemakanan tumbuhan, akan kekal komited untuk menerajui Biolchim Group melalui fasa pertumbuhan dan integrasi seterusnya, memanfaatkan potensi sinergi bagi gabungan strategik kedua-dua entiti.

Visi Huber AgroSolutions adalah untuk menjadi perumus terkemuka bagi produk pertanian yang mampan dan berprestasi tinggi di seluruh dunia. Pemerolehan Biolchim Group yang telah mencapai pertumbuhan yang memberangsangkan disebabkan penawaran luas produk bioperangsang dan pemakanan khusus, memajukan visi ini secara ketara dengan membawa tenaga kerja dan budaya inovatif dan keusahawanan kepada HAS. Bersama, syarikat itu berkongsi budaya yang sangat komited terhadap pemakanan tumbuhan dan kejayaan ramai pelanggannya di seluruh dunia.

Jejak jualan pelengkap bagi kedua-dua syarikat akan membolehkan akses pelanggan dan produk yang diperluaskan ke wilayah pertanian utama di seluruh dunia. Selain daripada terus komited untuk berkhidmat kepada pangkalan pelanggan Biolchim Group yang sedia ada, ini juga secara ideal meletakkan HAS untuk memajukan jualan produk Biolchim Group melalui hubungan kukuhnya dengan penanam yang berpangkalan di AS dan rangkaian pengedaran pelengkapnya di Amerika Latin dan negara terpilih di Eropah, Timur Tengah dan Afrika. Saluran jualan Biolchim Group amat sesuai untuk memajukan jualan pelbagai produk Miller melalui kekuatannya di Eropah dan rangkaian anak syarikat globalnya.

“Saya teruja dan bersemangat tentang peluang ini untuk menggabungkan dua perniagaan yang berjaya, Miller dan Biolchim Group,” kata David Riley, Naib Presiden Kanan dan Pengurus Besar Huber AgroSolutions. “Saya juga berterima kasih kepada Encik Valenti atas kepimpinan dan sokongan beliau ketika kami mengalihkan Biolchim Group dan Miller ke fasa pertumbuhan seterusnya.”

Leonardo Valenti, Ketua Pegawai Eksekutif Biolchim Group, berkata, “Gabungan strategik Biolchim Group dan Huber AgroSolutions akan menjadi transformatif memandangkan syarikat tersebut mempunyai tawaran komersil dan produk pelengkap serta teknologi terkemuka industri dan kapasiti penyelidikan. Kami berdua bersemangat untuk bekerjasama, berkongsi pengetahuan dan membina keupayaan masing-masing. Perjanjian itu akan membuka cita-cita pertumbuhan baharu dan akan meletakkan kami sebagai pemain terkemuka dalam pemakanan khusus di seluruh dunia. Saya teruja dengan masa depan yang cerah untuk syarikat dan saya berterima kasih kepada NB Renaissance dan Chequers Capital atas sokongan berterusan yang diterima sejak beberapa tahun lalu melalui pelaksanaan pelan penciptaan nilai Biolchim Group dan keputusan strategik utama.”

“Miller dan Biolchim Group mencipta gabungan jenama, manusia dan produk khusus yang hebat yang akan membawa nilai yang amat besar kepada pelanggan kami masing-masing di seluruh dunia,” kata Dan Krawczyk, Presiden HEM. “Kami sangat teruja untuk mengalu-alukan pekerja Biolchim Group ke Huber memandangkan persamaan dalam budaya, nilai dan matlamat kami. Bersama-sama kita akan berusaha untuk membentuk masa depan organisasi dan membina perniagaan global yang terkemuka dalam industri pertanian.”

Gretchen McClain, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif J.M. Huber Corporation, menambah, “Gabungan ini meningkatkan lagi komitmen kami untuk menyediakan produk dan penyelesaian yang inovatif kepada industri pertanian global. Mendayakan keselamatan makanan untuk orang ramai di seluruh dunia menyokong komitmen dan strategi kelestarian keseluruhan Huber.”

Huber menerima nasihat pembelian daripada Rabobank dan Jefferies, sementara Jones Day bertindak sebagai penasihat undang-undang kepada Huber bagi transaksi itu.

Perihal J.M. Huber Corporation
J.M. Huber Corporation yang beribu pejabat di Atlanta, Georgia (AS), mengendalikan pelbagai portfolio syarikat: CP Kelco, Huber Engineered Materials, Huber Engineered Woods dan Huber Resources Corp. Terletak di seluruh dunia, perniagaan kami mencipta produk yang digunakan dalam pelbagai aplikasi termasuk penjagaan diri, makanan dan minuman, nutrien dan bahan pembantu pertanian, bahan bangunan, perencat api dan penahan asap serta perkhidmatan perhutanan lestari. Diasaskan pada tahun1883, Huber ialah salah satu syarikat milik keluarga yang terbesar di AS. Untuk maklumat lanjut, lawati www.huber.com.

Perihal Huber Engineered Materials
Bahan Kejuruteraan Huber (HEM) yang beribu pejabat di Atlanta, Georgia (AS), memfokuskan kepada bahan kimia dan mineral khusus tereka bentuk yang meningkatkan prestasi, daya tarikan dan pemprosesan bagi pelbagai produk yang digunakan dalam aplikasi perindustrian, pertanian dan pengguna. Unit perniagaan strategik AgroSolutions milik HEM juga mempunyai portfolio nutrien dan bahan pembantu pertanian bernilai tinggi yang ia berikan kepada pelanggan dalam industri pertanian melalui rangkaian pengedar global. Untuk maklumat lanjut, lawati www.hubermaterials.com.

HUBUNGAN MEDIA:
Lea Volpe
Pengarah, Komunikasi Korporat
J.M. Huber Corporation
678.247.7128 telefon
[email protected]


GlobeNewswire is one of the world’s largest newswire distribution networks, specializing in the delivery of corporate press releases financial disclosures and multimedia content to the media, investment community, individual investors and the general public.

© 2023 BlackButterfly DesignArts