Warning: call_user_func_array() expects parameter 1 to be a valid callback, no array or string given in /home/runcloud/webapps/ramaramamy/wp-includes/class-wp-hook.php on line 324

TrueCommerce Lantik Randy Curran sebagai Ketua Pegawai Eksekutif untuk Menerajui Syarikat Menempuh Fasa Pertumbuhan Seterusnya

2022-06-07T18:55:18Z

Peneraju teknologi veteran akan menyelaraskan lagi syarikat bagi memacu peningkatan nilai untuk pelanggan global

FLORHAM PARK, N.J., June 08, 2022 (GLOBE NEWSWIRE) -- TrueCommerce, penyedia global kesambungan rakan dagangan, penyepaduan dan penyelesaian perdagangan disatukan, hari ini mengumumkan bahawa Randy Curran telah dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif dan ahli Lembaga Pengarah, berkuat kuasa 1 Jun 2022.

"Kami amat berbangga dengan pertumbuhan yang dialami oleh TrueCommerce," kata Ryan Harper, Rakan Kongsi Umum untuk Welsh, Carson, Anderson & Stowe (WCAS) dan ahli Lembaga Pengarah TrueCommerce. "Kami yakin TrueCommerce akan mempercepatkan trajektori menaik ini di bawah bimbingan Randy. Beliau pemimpin yang sudah terbukti dengan latar belakang yang luas dalam menerajui syarikat bagi memasuki peringkat pertumbuhan dan kecemerlangan operasi yang seterusnya."

Pertumbuhan TrueCommerce dikaitkan dengan beberapa faktor. Dengan pemerolehan DiCentral, syarikat itu menggandakan bilangan pekerjanya, meningkatkan pangkalan pelanggannya sebanyak 40% dan mengembangkan kewujudannya di seluruh Amerika, Eropah dan Asia Pasifik. Syarikat tersebut juga telah melabur dalam platform global dan pembangunan produknya, mengalami peningkatan 24% dalam jumlah sambungan ke rangkaian globalnya tahun demi tahun dan peningkatan 25% dalam volum data keseluruhan pada Rangkaian Perdagangan TrueCommerce berbanding 2020.

Encik Curran merupakan peneraju teknologi sejak sekian lama yang mempunyai pengalaman yang berdekad yang mengubah dan mendorong pertumbuhan pesat syarikat antarabangsa untuk berjaya. Baru-baru ini beliau berkhidmat sebagai Rakan Kongsi Operasi bagi WCAS, sebuah firma ekuiti swasta A.S. terkemuka dan pemegang saham majoriti TrueCommerce. Sebelum Welsh Carson, Encik Curran berkhidmat sebagai Ketua Pegawai Eksekutif di OHL, Inc. (kemudian dibeli oleh GEODIS), sebuah gudang logistik pihak ketiga (3PL) yang keempat terbesar di A.S. Di situ beliau mencipta penjajaran dalam kalangan pasukan pengurusan dan mengetuai peningkatan sistem maklumat yang memberi perkhidmatan kepada pelanggan dan pekerja. En. Curran juga memegang jawatan Ketua Pegawai Eksekutif di ITC^Deltacom, Inc. (kini Deltacom), ICG Communications dan Thermadyne Holdings, Inc. Beliau merupakan lulusan dari Universiti DePauw dengan B.A. dalam bidang Ekonomi dan mempunyai MBA dari Universiti Loyola.

"TrueCommerce berada di barisan hadapan dalam pasaran teknologi rantaian bekalan serta dalam ekonomi global yang memerlukan penyelesaian rantaian bekalan yang boleh dipercayai dan lancar, peluang pertumbuhan untuk syarikat adalah sangat besar," ujar Encik Curran. "Saya berbesar hati untuk menyertai pasukan berbakat ini untuk memacu pulang penjajaran bagi kejayaan pelanggan, pelaksanaan, sokongan dan menjadikan TrueCommerce sebagai majikan destinasi."

Perihal Welsh, Carson, Anderson & Stowe
WCAS ialah sebuah firma ekuiti swasta A.S. terkemuka yang memberi tumpuan kepada dua industri sasaran: penjagaan kesihatan dan teknologi. Sejak penubuhannya pada tahun 1979, strategi firma itu adalah untuk bekerjasama dengan pasukan pengurusan yang cemerlang dan membina nilai untuk pelaburnya melalui gabungan penambahbaikan operasi, inisiatif pertumbuhan dan pemerolehan strategik. Firma ini telah mengumpulkan dan mengurus dana yang berjumlah lebih daripada $27 bilion modal komited. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.wcas.com.

Perihal TrueCommerce
TrueCommerce ialah cara yang paling lengkap untuk menghubungkan perniagaan anda merentas rantaian bekalan, menyepadukan segala-galanya daripada EDI, kepada pengurusan inventori, kepada pemenuhan, kepada depan kedai, digital dan pasaran. Kami telah merevolusikan kebolehlihatan dan kerjasama rantaian bekalan dengan membantu organisasi memanfaatkan inisiatif omnisaluran mereka melalui kesambungan P2P perniagaan, pengurusan pesanan, penambahan semula secara kerjasama, pemenuhan pintar, analisis silang fungsi dan pengurusan maklumat produk.

Rangkaian Perdagangan Global TrueCommerce boleh menghubungkan perniagaan kepada lebih daripada 160,000 peruncit, pengedar dan pembekal perkhidmatan logistik. Sebagai sebuah pembekal perkhidmatan terurus sepenuhnya, kami turut mengurus penyertaan rakan kongsi perdagangan baharu, serta pengurusan berterusan bagi pemetaan khusus rakan kongsi, perubahan pelabelan dan pemantauan komunikasi. Oleh sebab itu, ribuan syarikat—daripada syarikat pemula sehinggalah syarikat Fortune 100 global merentas pelbagai industri—bergantung kepada kami.

TrueCommerce: Berniaga dalam setiap arah
Untuk maklumat lanjut, lawati https://www.truecommerce.com.

Hubungan Media
Yegor Kuznetsov
Pengarah, Komunikasi Pemasaran
1-703-209-0167
[email protected]


GlobeNewswire is one of the world’s largest newswire distribution networks, specializing in the delivery of corporate press releases financial disclosures and multimedia content to the media, investment community, individual investors and the general public.

© 2023 BlackButterfly DesignArts