Warning: call_user_func_array() expects parameter 1 to be a valid callback, no array or string given in /home/runcloud/webapps/ramaramamy/wp-includes/class-wp-hook.php on line 324

TrueCommerce Diiktiraf dalam 2022 Gartner® Magic Quadrant™ untuk Rangkaian Perniagaan Rantaian Bekalan Berbilang Perusahaan

2022-06-02T19:19:34Z

-- Syarikat diiktiraf berdasarkan Keupayaan untuk Melaksanakan dan Kesempurnaan Visi --

FLORHAM PARK, N.J., June 03, 2022 (GLOBE NEWSWIRE) --  TrueCommerce, penyedia global bagi kesambungan, penyepaduan dan penyelesaian perdagangan bersatu rakan dagang, hari ini mengumumkan bahawa syarikat itu telah diiktiraf oleh Gartner Inc. sebagai Pencabar dalam Magic Quadrant Mei 2022 untuk Rangkaian Perniagaan Rantaian Bekalan Berbilang Perusahaan (MESCBN).1 Penilaian tersebut adalah berdasarkan kriteria khusus yang menganalisis Kesempurnaan Visi dan Keupayaan untuk Melaksanakan bagi keseluruhan syarikat.

Gartner mentakrifkan “rangkaian perniagaan rantaian bekalan berbilang perusahaan” (MESCBN) sebagai platform holistik dan padu yang menyokong komuniti bertumpuan pengirim daripada rakan dagangan yang perlu menyelaras dan melaksanakan proses perniagaan yang merentas pelbagai perusahaan. Gartner menganggap MESCBN sebagai teknologi asas untuk organisasi yang lebih matang, dilaksanakan untuk menyelaras, mengatur, mengautomasikan dan mengubah rantaian bekalan lanjutan organisasi dalam keseluruhan ekosistem perniagaan tempat mereka beroperasi untuk memacu kerjasama dan meningkatkan daya saing.
Keupayaan teras bagi pasaran MESCBN adalah termasuk:

  • Kesambungan rangkaian yang meluas dengan sokongan ekosistem rakan kongsi pelbagai peringkat dan pelbagai jenis serta platform teknologi
  • Hab maklumat/data dan pemvisualan terpusat
  • Aplikasi domain silang universal
  • Aplikasi pelaksanaan rantaian bekalan teras (bertumpuan perusahaan dan berbilang perusahaan)
  • Aplikasi rantaian bekalan tambahan (perancangan atau kewangan)
  • Kecerdasan terbenam

“Bagi kami untuk mendapatkan kedudukan Pencabar dalam penyelidikan asas ini selama empat tahun berturut-turut adalah sangat mengujakan,” ujar Mike Gross, SVP Produk, TrueCommerce. “Sepanjang tahun lepas, kami telah membuat pelaburan yang besar dalam teknologi dan kakitangan kami, mengembangkan asas pelanggan kami sebanyak 40% sebagai hasilnya. Kami turut memiliki inovasi produk baharu yang menarik yang sedang dalam proses termasuk penggunaan aplikasi dan memanfaatkan penyesuai universal kami untuk meluaskan kedua-dua penyepaduan dalaman dan luaran serta penggunaan data yang lebih besar melalui kecerdasan buatan/pembelajaran mesin.”

TrueCommerce menawarkan set luas bagi penyelesaian perdagangan bersatu dan aplikasi yang menghubungkan pelanggan, pembekal, saluran dan sistem. Penyelesaian ini merevolusikan kebolehlihatan dan kerjasama rantaian bekalan dengan membantu organisasi memanfaatkan sepenuhnya inisiatif semua saluran mereka melalui kesambungan P2P perniagaan, pengurusan pesanan, penambahan secara kolaboratif, pemenuhan cerdas, analisis silang fungsi dan pengurusan maklumat produk.

Penyelesaian itu memanfaatkan Rangkaian Perdagangan Global TrueCommerce yang merangkumi lebih daripada 160,000 perniagaan yang berkaitan. Di luar platform itu sendiri, model rantaian bekalan sebagai perkhidmatan yang ditawarkan oleh TrueCommerce termasuk sokongan diperibadikan, pemetaan rakan dagangan dan pemantauan pematuhan yang berterusan.

Inovasi teknologi dan strategi perniagaan TrueCommerce telah memenangi pelbagai anugerah industri. Selain dinobatkan sebagai Pencabar sekali lagi oleh Gartner, syarikat itu diiktiraf dalam laporan penganalisis terkemuka berikut:

  • Peneraju dalam IDC MarketScape untuk Rangkaian Perdagangan Rantaian Bekalan Pelbagai Perusahaan Seluruh Dunia, 2021
  • Pesaing dalam IDC MarketScape untuk Aplikasi Pengurusan Maklumat Produk Seluruh Dunia, 2021
  • Pesaing dalam IDC MarketScape untuk Penilaian Vendor Platform Perdagangan Digital B2B Seluruh Dunia, 2020
  • Pesaing dalam IDC MarketScape untuk Penilaian Vendor Platform Perdagangan Digital B2C Seluruh Dunia, 2020

Muat turun salinan percuma laporan Gartner Magic Quadrant di sini.

Penafian
Gartner tidak menyokong mana-mana vendor, produk atau perkhidmatan yang digambarkan dalam penerbitan penyelidikan kami serta tidak menasihati pengguna teknologi untuk memilih hanya vendor yang mempunyai penilaian tertinggi atau penetapan lain. Penerbitan penyelidikan Gartner terdiri daripada pendapat organisasi penyelidikan Gartner dan tidak boleh ditafsirkan sebagai kenyataan fakta. Gartner menafikan semua waranti, tersurat atau tersirat yang berkaitan dengan penyelidikan ini, termasuk sebarang waranti kebolehdagangan atau kesesuaian untuk tujuan tertentu.

GARTNER dan Magic Quadrant ialah tanda dagangan dan tanda perkhidmatan berdaftar bagi Gartner, Inc. dan/atau sekutunya di A.S. dan di peringkat antarabangsa dan digunakan di sini dengan kebenaran. Hak cipta terpelihara.

Sumber tambahan:

• Terokai TrueCommerce di blog ini
• Ikuti TrueCommerce di LinkedIn, Facebook dan Twitter

Perihal TrueCommerce

TrueCommerce ialah cara paling lengkap untuk menghubungkan perniagaan anda merentas rantaian bekalan, menyepadukan segalanya daripada EDI kepada pengurusan inventori, kepada pemenuhan kepada kedai dan pasaran digital. Kami telah merevolusikan kebolehlihatan dan kerjasama rantaian bekalan dengan membantu organisasi memanfaatkan inisiatif semua saluran mereka melalui kesambungan P2P perniagaan, pengurusan pesanan, penambahan secara kerjasama, pemenuhan cerdas, analisis silang fungsi dan pengurusan maklumat produk.

Rangkaian Perdagangan Global TrueCommerce boleh menyambungkan perniagaan kepada lebih 160,000 peruncit, pengedar dan pembekal perkhidmatan logistik. Sebagai pembekal perkhidmatan terurus sepenuhnya, kami turut mengurus penyertaan rakan kongsi perdagangan baharu, serta pengurusan berterusan bagi pemetaan khusus rakan kongsi, perubahan pelabelan dan pemantauan komunikasi. Itulah sebabnya, ribuan syarikat daripada syarikat pemula kepada syarikat Fortune 100 global merentas pelbagai industri bergantung kepada kami.

TrueCommerce: Berniaga dalam semua arah
Untuk mendapatkan maklumat lanjut, lawati https://truecommerce.com/

TrueCommerce® ialah tanda dagangan berdaftar bagi True Commerce, Inc. Semua tanda dagangan lain ialah hak milik pemilik masing-masing.

Hubungan Media
Yegor Kuznetsov
Pengarah Komunikasi Pemasaran
1-703-209-0167
[email protected]

1 Sumber: Gartner, “Magic Quadrant untuk Rangkaian Perniagaan Rantaian Bekalan Pelbagai Perusahaan”, Christian Titze, Brock Johns, 23 Mei 2022



GlobeNewswire is one of the world’s largest newswire distribution networks, specializing in the delivery of corporate press releases financial disclosures and multimedia content to the media, investment community, individual investors and the general public.

© 2023 BlackButterfly DesignArts