Warning: call_user_func_array() expects parameter 1 to be a valid callback, no array or string given in /home/runcloud/webapps/ramaramamy/wp-includes/class-wp-hook.php on line 324

Reuters Bekerjasama dengan Platform Automasi Sophi.io yang dibangunkan oleh The Globe and Mail

2022-05-11T18:00:24Z

TORONTO, May 12, 2022 (GLOBE NEWSWIRE) -- Sophi.io, sebuah platform automasi, pengoptimuman dan ramalan yang dikuasakan oleh AI yang dibangunkan oleh The Globe and Mail kini bekerjasama dengan Reuters - bahagian berita dan media Thomson Reuters - ketika syarikat itu terus melabur dalam penyelesaian AI terkini untuk bilik beritanya. Sophi membantu mengautomasikan kurasi kandungan bagi bahagian terpilih di Reuters.com yang dilancarkan semula pada April 2021.

Sophi Site Automation ialah sistem AI yang mengkurasi kandungan digital secara autonomi untuk mencari dan mempromosikan kandungan organisasi yang paling menarik. Sophi melihat semua kandungan semasa diterbitkan serta semua trafik untuk mencari permata tersembunyi yang paling dihargai oleh pelanggan kepada sesebuah organisasi.

Untuk mengautomasikan kurasi kandungan, algoritma Sophi telah belajar daripada editor Reuters. Bilik beritanya telah dapat bekerja dengan beberapa penyelesaian AI terkini yang telah berhasil mengembalikan masa kepada editor untuk memfokus kepada mencari kisah seterusnya dan mencipta kewartawanan yang menjadikan Reuters jenama yang dipercayai.

Josh London, Ketua Profesional Reuters dan Ketua Pegawai Pemasaran Reuters, berkata: “Platform AI Sophi yang canggih ialah salah satu langkah seterusnya dalam evolusi harta digital kami. Sophi akan membantu kami meneruskan misi kami untuk membawa teknologi dan alatan berasaskan AI ke lebih banyak sudut tenaga kerja, sambil membantu memberikan pembaca kami kisah yang mereka mahu dan perlu tahu.”

Michael Young, Ketua Pegawai Teknologi untuk Reuters, berkata: “Perkongsian kami dengan Sophi.io ialah satu lagi contoh bagi cara bilik berita seperti kami boleh berjaya menggunakan beberapa penyelesaian AI terkini untuk penerokaan kandungan yang berkesan. Pasukan kami bekerja rapat dengan pasukan Sophi untuk memastikan Skor Sophi kami mencerminkan matlamat perniagaan kami dan kami gembira dengan automasi tapak yang terhasil.”

Mike O'Neill, Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Sophi.io menambah “Kami gembira mendapat Reuters sebagai pelanggan. Mereka meletakkan kepercayaan mereka kepada Sophi dan kami teruja untuk mengautomasikan kurasi yang merentasi seluruh halaman artikel mereka untuk memulakan dan mengembangkan hubungan bagi menyertakan lebih banyak penyelesaian pada masa hadapan.”

“Sungguh hebat dapat bekerja dengan Reuters dalam kapasiti ini,” kata Phillip Crawley, Penerbit dan Ketua Pegawai Eksekutif The Globe and Mail. “Mereka mempunyai misi yang kuat dan Sophi.io membantu mereka untuk terus menunjukkan cara integriti editorial boleh disokong oleh AI.”

Perihal Reuters
Reuters ialah sebuah penyedia terkemuka dunia bagi berita, cerapan dan analisis yang dipercayai, menjangkau berbilion manusia di seluruh dunia pada setiap hari. Diasaskan pada tahun 1851, syarikat ini menyatukan kewartawanan bertaraf dunia, kepakaran industri dan teknologi canggih dengan kelajuan, kebolehpercayaan dan ketepatan yang tiada tandingan untuk membolehkan orang ramai membuat keputusan yang lebih baik. Reuters komited terhadap Prinsip Amanah bagi kebebasan, integriti dan kebebasan daripada berat sebelah. Syarikat ini juga merupakan sumber penting bagi perniagaan, kewangan dan berita dunia yang disampaikan kepada profesional kewangan secara eksklusif melalui perkhidmatan Refinitiv dan kepada organisasi media dunia, acara industri dan langsung kepada pengguna .

Perihal Sophi.io 
Sophi.io (https://www.sophi.io) dibangunkan oleh The Globe and Mail untuk membantu penerbit kandungan membuat keputusan strategik dan taktikal yang penting. Sistem ini merupakan satu set penyelesaian automasi, pengoptimuman dan ramalan yang dikuasakan oleh AI dan ML yang termasuk Sophi Site Automation, Sophi for Paywalls dan Sophi for First Party Data. Sophi juga menguasakan peletakan automatik satu klik bagi penerbitan cetakan tanpa templat. Sophi direka bentuk untuk meningkatkan metrik yang paling penting untuk perniagaan anda seperti pengekalan dan pemerolehan, keterlibatan, kekinian, kekerapan dan volum pelanggan.


CONTACT: Hubungi kami
Kayley Rogers
Pengurus Komunikasi
Reuters
[email protected]
Jamie Rubenovitch
Ketua Pemasaran, Sophi.io
The Globe and Mail        
[email protected]
+1 416-585-3355

GlobeNewswire is one of the world’s largest newswire distribution networks, specializing in the delivery of corporate press releases financial disclosures and multimedia content to the media, investment community, individual investors and the general public.

© 2023 BlackButterfly DesignArts