Warning: call_user_func_array() expects parameter 1 to be a valid callback, no array or string given in /home/runcloud/webapps/ramaramamy/wp-includes/class-wp-hook.php on line 324

Rekod Dunia Guinness® Baharu - Hotel Kumbang Terbesar di Dunia

2022-04-01T14:17:04Z

DUROR, Scotland, April 01, 2022 (GLOBE NEWSWIRE) -- Pada hari Isnin bersamaan 28 Mac 2022, syarikat pemuliharaan Highland Titles telah memperoleh GUINNESS WORLD RECORD® baharu untuk hotel kumbang/serangga yang terbesar di dunia, yang bermaksud Highland Titles memang “Officially Amazing!”®

Gambar yang mengiringi pengumuman ini boleh didapati di https://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/c6d0e716-dbd2-4737-934d-660fac898b70/ms

Struktur berkeluasan 199.9 meter padu tersebut terletak di Hutan Simpan Alam Semula Jadi Highland Titles di Duror di Tanah Tinggi Scotland dan telah menempatkan pelbagai spesies. Ia memecahkan rekod dunia terdahulu yang berkeluasan 89.37 meter padu yang telah dipegang oleh Persatuan Pemaju Poland di Warsaw, Poland.

Hotel kumbang yang memecahkan rekod dunia tersebut telah diperbuat dengan menggunakan pokok sitka spruce yang ditebang daripada hutan simpan alam semula jadi tersebut, bata batu, batang buluh, serpihan kayu, kulit pokok hutan, bijian bunga liar, paip tanah liat dan jaring strawberi.

Gambar yang mengiringi pengumuman ini boleh didapati di https://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/8f7ca5a3-5c5c-4d71-a475-daceb2ca6aff/ms

“Inisiatif memecahkan rekod ini ialah berkaitan mesej alam sekitar,” kata Douglas Wilson, Ketua Pegawai Eksekutif Highland Titles. “Kami membeli tanah ini pada tahun 2006 ketika ia merupakan ladang perhutanan komersial yang berprestasi buruk bagi pokok Sitka Spruce yang bukan tumbuhan asli di sini.

“Seperti kebanyakan Tanah Tinggi, ia ditanam secara tidak wajar pada akhir 1980-an tanpa memikir atau mempertimbangkan biodiversiti. Menggunakan pokok yang sama ini untuk sesuatu yang mengutamakan alam semula jadi melambangkan bahawa dunia telah berubah, malah kami berharap usaha kami akan memberi inspirasi kepada orang lain. Kami akan berasa gembira sekiranya seseorang mengatasi rekod kami pada masa hadapan!”

Pengurus Hutan Simpan Alam Semula Jadi, Stewart Borland merupakan sebahagian daripada pasukan 7 orang yang terlibat dalam pembinaannya yang bermula pada September 2021 dan telah siap pada awal bulan Mac 2022. Selain daripada mesej alam sekitar, Encik Borland berharap ia akan menggalakkan orang ramai untuk melawat:

“Pada tahun 2019, kami menerima lebih 10,000 orang pelawat dari seluruh dunia yang datang ke hutan simpan alam semula jadi ini. Pandemik ini benar-benar telah menjejaskan bilangan pelawat kami, jadi kami berharap dengan pencapaian ini - berserta dengan trek baharu yang digemari oleh para penunggang basikal - akan menggalakkan orang ramai untuk melawat pada masa ini setelah perjalanan dibuka semula. Lebih ramai pelawat yang kami terima bermakna lebih ramai orang dapat melihat usaha yang sedang kami lakukan.”

Tentang Highland Titles

Highland Titles bermula pada tahun 2006 dengan misi untuk memulihara Scotland, satu kaki persegi pada satu-satu masa. Projek pemuliharaan tersebut - kini merangkumi 5 buah hutan simpan alam semula jadi dan lebih 800 ekar hutan belantara Scotland - dibiayai melalui penjualan lot tanah bersaiz cenderahati.

Komuniti pemilik lot tanah cenderahati Highland Titles dijemput untuk bergaya sebagai Lords and Ladies of Glencoe™. Lebih 300,000 lot tanah telah terjual setakat ini.

Hutan Simpan Alam Semula Jadi Highland Titles yang terletak berhampiran Glencoe ini merupakan tarikan pelancong 4* rasmi dan menurut Trip Advisor, ia merupakan salah sebuah hutan simpan alam semula jadi yang paling popular di negara ini.

Sumber

Untuk maklumat lanjut tentang Hotel Kumbang Terbesar di Dunia, sila layari di sini
        
Untuk mendapatkan lebih banyak gambar atau kandungan video, sila e-mel [email protected] dengan menyertakan alamat e-mel, nama dan nombor telefon anda

Hubungan

Douglas Wilson, Ketua Pegawai Eksekutif
[email protected]


GlobeNewswire is one of the world’s largest newswire distribution networks, specializing in the delivery of corporate press releases financial disclosures and multimedia content to the media, investment community, individual investors and the general public.

© 2023 BlackButterfly DesignArts