Warning: call_user_func_array() expects parameter 1 to be a valid callback, no array or string given in /home/runcloud/webapps/ramaramamy/wp-includes/class-wp-hook.php on line 324

LeddarTech akan Memperlihatkan Nilai Persepsi dan Gabungan Data Mentah ketika Automotive Tech.AD Berlin (Jerman) pada 3-5 April 2022

2022-03-29T23:23:06Z

Teknologi persepsi alam sekitar untuk pemanduan autonomi yang lebih selamat dengan pengesanan yang lebih baik.

BANDAR QUEBEC, March 30, 2022 (GLOBE NEWSWIRE) -- LeddarTech® berbesar hati mengumumkan penyertaannya dalam Automotive Tech.AD Berlin di Titanic Chaussee Hotel Berlin sebagai pempamer dan penceramah utama. Syarikat ini adalah sebuah syarikat pemimpin global yang menyediakan teknologi penderiaan AD dan ADAS yang paling fleksibel, kukuh dan tepat.

4-5 April 2022: Ruang Demonstrasi LeddarVision™ oleh LeddarTech (secara langsung dan maya)

Sertai pasukan LeddarTech untuk demonstrasi LeddarVision yang dilakukan secara langsung. Satu-satunya perisian persepsi dan gabungan sensor yang menggunakan gabungan data mentah bagi meringkaskan set sensor yang rumit. Jadi, pelanggan tidak perlu bergantung pada perkakasan dan mereka lebih fleksibel apabila mencari penyelesaian lebih pantas untuk pelbagai model kenderaan. Dengan cara ini, ia dapat menyampaikan prestasi ADAS dan AD yang lebih hebat.

Mari berkenalan dengan CTO LeddarTech, Pierre Olivier, seorang peneraju dalam bidang penderiaan dengan pengalaman melebihi 30 tahun. Beliau akan memberi ucapan pada acara berikut ketika persidangan:

  • Ahad, 3 April 2022, 19:45 – 23:00 CET: Sesi Pembuka Bicara

Topik: The Road to Full Automation - Progress and Challenges (Perjalanan mencapai Automasi Penuh - Kemajuan dan Cabaran)

  • Ahad, 4 April 2022, 10:00 – 10:30 CET: Pembentangan:

Topik: Sensing and Perception Technology – Solutions That Solve Critical Sensing Challenges (Teknologi Penderiaan dan Persepsi - Penyelesaian Yang Menyelesaikan Cabaran Penderiaan Kritikal)

Mari ketahui lebih lanjut tentang LeddarVision, platform persepsi dan gabungan sensor data mentah yang menghasilkan model alam sekitar RGBD 3D yang komprehensif dengan sokongan berbilang sensor untuk konfigurasi kamera, radar dan LiDAR. Penyelesaian bertumpukan perisian ini memberikan prestasi persepsi yang bermutu tinggi yang boleh dilihat melalui perancangan laluan, pengesanan ruang kosong, serta pengesanan, penjejakan dan pengelasan objek yang lebih baik.

Perihalan Automotive Tech.AD Berlin

Tech.AD Europe boleh memberikan anda idea, hubungan dan inspirasi baharu. Acara ini diadakan khas untuk jurutera peringkat tinggi dan pakar automotif daripada syarikat OEM, syarikat Tahap 1, pembekal automotif, pembekal penyelesaian dan institut penyelidikan utama yang menumpukan pada pembelajaran mesin + AI, teknologi sensor dan persepsi, seni bina perisian dan platform AV, pengujian dan pengesahan, kenderaan komersial dan pengaturan kedudukan awal, keterhubungan dan 5G, infrastruktur dan bandar pintar, keselamatan dan sekuriti dan banyak lagi. Sertai lebih daripada 500 pakar dan eksekutif kenderaan autonomi teknikal yang paling berpengaruh di Berlin dan dalam talian! Sertai LeddarTech secara fizikal atau digital dengan mendaftar hari ini di  https://www.autonomous-driving-berlin.com/.

Perihal LeddarTech

Diasaskan pada tahun 2007, LeddarTech merupakan sebuah syarikat penderiaan alam sekitar yang menawarkan penyelesaian dari mula hingga akhir yang komprehensif supaya pelanggan boleh menyelesaikan cabaran penderiaan, gabungan dan persepsi kritikal dalam seluruh rantaian nilai. LeddarTech menyediakan penyelesaian persepsi berkesan kos yang boleh skala daripada Tahap 2+ ADAS hingga Tahap 5 autonomi penuh dengan LeddarVision™, platform gabungan dan persepsi sensor data mentah yang menjana model persekitaran 3D yang komprehensif daripada pelbagai jenis dan konfigurasi penderia. LeddarTech juga menyokong pengeluar LiDAR dan pembekal automotif Tahap 1-2 dengan blok binaan teknologi utama seperti stereng pancaran digital LeddarSteer™ dan LiDAR XLRator™, sebuah penyelesaian pembangunan untuk LiDAR keadaan pepejal gred automotif berdasarkan LeddarEngine™ dan komponen teras daripada rakan kongsi semikonduktor global. Syarikat ini bertanggungjawab terhadap beberapa inovasi dalam aplikasi penderiaan jauh automotif dan mobiliti yang canggih, dengan lebih 100 teknologi berpaten (diluluskan atau menunggu kelulusan) yang meningkatkan keupayaan ADAS dan pemanduan berautonomi.

Maklumat tambahan tentang LeddarTech boleh diperoleh di www.leddartech.com dan di LinkedInTwitterFacebook serta YouTube.

Maklumat Hubungan:
Daniel Aitken, Naib Presiden, Pemasaran Global, Komunikasi dan Perhubungan Pelabur, LeddarTech Inc.
Tel.: + 1-418-653-9000 samb. 232
[email protected]

Maklumat Perhubungan Pelabur : [email protected]
https://investors.leddartech.com/

Leddar, LeddarTech, LeddarSteer, LeddarEngine, LeddarVision, LeddarSP, LeddarCore, LeddarEcho, VAYADrive, VayaVision, XLRator dan logo yang berkaitan ialah tanda dagangan atau tanda dagangan berdaftar bagi LeddarTech Inc. dan anak syarikatnya. Semua jenama lain, nama produk dan tanda adalah atau mungkin menjadi tanda dagangan atau tanda dagangan berdaftar yang digunakan untuk mengenal pasti produk atau perkhidmatan pemilik masing-masing.


GlobeNewswire is one of the world’s largest newswire distribution networks, specializing in the delivery of corporate press releases financial disclosures and multimedia content to the media, investment community, individual investors and the general public.

© 2023 BlackButterfly DesignArts