FourKites Memperoleh Peneraju Keterlihatan Rantaian Bekalan Eroapah, NIC-place

2022-01-19T03:19:37Z

Pemerolehan ini mencipta rangkaian pembawa berbilang modal terbesar di Eropah dan mempercepatkan penggunaan penyelesaian perisian yang direka bentuk khusus untuk pembawa dan penyedia perkhidmatan logistik

CHICAGO, Jan. 19, 2022 (GLOBE NEWSWIRE) -- FourKites, penyedia platform keterlihatan rantaian bekalan masa nyata #1 dunia, mengumumkan yang mereka telah memperoleh penyedia keterlihatan rantaian bekalan Eropah NIC GmbH (NIC-place). Gabungan rangkaian pembawa atas jalan, rel dan lautan FourKites dan NIC-place akan mencipta rangkaian pembawa berbilang modal di Eropah, sedia untuk menawarkan penghantar global dengan platform keterlihatan rantaian bekalan hujung ke hujung global. Pemerolehan ini juga akan mempercepatkan penggunaan penyelesaian keterlihatan masa nyata selamat, yang direka bentuk khusus untuk pembawa, sementara menjimatkan masa dengan nilai untuk penghantar dengan rangkaian pembawa berbilang modal yang rumit.

NIC-place ialah peneraju pasaran dalam penyelesaian perisian keterlihatan rantaian bekalan yang direka bentuk untuk syarikat pengangkutan, pembawa dan penyedia perkhidmatan logistik. Dengan Pusat Kawalan Data (DCC) propietarinya, NIC-place memberikan cara yang fleksibel dan selamat untuk pembawa berkongsi data rantaian bekalan dengan pelanggan, sementara memberikan mereka kawalan sepenuhnya ke atas perniagaan mereka, rangkaian mereka, serta data mereka. Diasaskan pada tahun 2016 dan berpangkalan di Jerman, ribuan syarikat seperti Kuehne+Nagel, H.Essers, Unterer, Quehenberger dan Frigotrans bergantung kepada NIC-place untuk menjejak dan memantau jutaan penghantaran setiap tahun.

“Kami teruja untuk bekerjasama dengan FourKites, pengasas dan peneraju pasaran dalam keterlihatan pengangkutan rantaian bekalan masa nyata dan penetap kelajuan untuk inovasi dan liputan berbilang modal,” kata Pete Jendras, Pengasas dan Pengarah Urusan NIC-place. “FourKites berkongsi visi kami untuk mengutamakan keselamatan dan integriti data, serta memperkasakan pembawa untuk bekerjasama dengan rakan kongsi rantaian bekalan mereka. Kami tidak sabar untuk meluaskan faedah gabungan penyelesaian pembawa terkemuka NIC-place dengan rangkaian keterlihatan masa nyata global terbesar.”

Sebagai syarikat FourKites, NIC-place akan kekal fokus pada penyelesaian khusus pembawa, sementara meningkatkan rangkaian pembawa terkemuka FourKites, skala global dan enjin R&D untuk memacukan kelajuan inovasi. Syarikat akan mengekalkan nama NIC-place dan akan mengekalkan pejabat NIC-place di Jerman untuk mengembangkan pasukan dan operasi mereka.

“NIC-place berbangga dengan penyelesaian keterlihatan berfokus pembawa sahaja di pasaran, ciri penjejakan rel paling maju di Eropah dan kepakaran tanpa tandingan dalam penghantaran bernilai tinggi dan dikawal suhu,” ujar pengasas dan CEO FourKites, Mathew Elenjickal. “Pemerolehan ini mencipta kepakaran berfokus pembawa dan penghantar yang memajukan keterlihatan hujung ke hujung dan penghantaran penyelesaian baharu yang dibuat khas untuk keperluan unik pelanggan kami.”

Pemerolehan ini akan memacu keterlihatan rantaian bekalan yang sangat diperlukan merentas Eropah. Menurut laporan kajian terkini tentang keadaan rantaian bekalan Eropah oleh Reuters dan FourKites, 78% daripada syarikat Eropah menandakan bahawa kebolehjejakan penghantaran hujung ke hujung merupakan titik lemah terbesar rantaian bekalan mereka.

Keupayaan canggih NIC-place:

  • Privasi dan keselamatan data. Pusat Kawalan Data (DCC) NIC-place tertakluk kepada beberapa peraturan privasi data paling ketat berkaitan GDPR. Undang-undang ini membenarkan pembawa untuk mempunyai kawalan penuh ke atas data mereka dan dengan siapa mereka berkongsi data itu.
  • Penyepaduan mudah dengan sebarang penyedia keterlihatan masa nyata. DCC NIC-place ialah satu-satunya penyelesaian dengan antara muka distandardkan untuk membuka semua platform keterlihatan masa nyata, menyatukan semua jenis data daripada sistem telematik berbilang merentas berbilang pengeluar dan mod pengangkutan. Pembawa yang menyertai DCC mempunyai hab tunggal yang mudah untuk semua data keterlihatan mereka.
  • Penghantaran dikawal suhu dan bernilai tinggi. NIC-place ialah peneraju pasaran untuk menjejak penghantaran dikawal suhu dan bernilai tinggi seperti farmaseutikal, produk segar dan beku, serta kelengkapan elektronik. Kumpulan terbesar syarikat logistik penyejuk Eropah meningkatkan platform NIC-place untuk berkhidmat dengan lebih baik kepada para pelanggan dan memastikan barangan penting dihantar dengan kualiti yang paling tinggi.
  • Liputan rel yang komprehensif dan optimum. NIC-place menjejak rangkaian rel Eropah terbesar — keupayaan yang semakin kritikal kerana kebanyakan syarikat menukar lebih banyak penghantaran kepada rel disebabkan oleh cabaran laluan lautan. Pemantauan canggih syarikat menjejak wagon, komposisi tren, titik tarikan dan pengangkutan untuk penggunaan efektif, proses yang lancar dan perancangan yang lebih baik.

“Kami teruja untuk melihat dua peneraju pasaran ini bergabung tenaga,” ujar European Carrier Rainer Linke, Unterer Logistics. “Dengan komitmen bersama mereka kepada perkongsian data yang selamat dan dikawal pembawa, kerjasama dan inovasi berterusan, kami teruja tentang nilai yang akan dibawa oleh penyatuan ini kepada komuniti logistik Eropah yang lebih meluas.”

Pemerolehan NIC-place oleh FourKites didorong oleh rekod pertumbuhan kedua-dua syarikat ketika mereka menyelesaikan cabaran yang dibawa oleh krisis rantaian bekalan global yang berterusan. Pada 2021, FourKites mencatatkan pertumbuhan sebanyak 148% dalam volum penghantaran Eropah, menggandakan bilangan pelanggan Eropah baharu, mengembangkan rangkaian pembawanya sebanyak 35% dan mencatatkan pertumbuhan sebanyak 110% dalam pembawa Eropah pada Senarai Pembawa Premier FourKites.

FourKites akan mempamerkan penyelesaian NIC-place dan nilai yang dibawanya kepada kedua-dua pembawa dan penghantar dalam webinar secara langsung yang akan berlaku pada hari Rabu, 16 Februari. Daftar di sini.

Perihal FourKites
FourKites® ialah platform keterlihatan rantaian bekalan #1 dalam dunia, yang melanjutkan keterlihatan pengangkutan yang menjangkaui kawasan, gudang, stor dan seterusnya. Menjejaki lebih daripada 2.5 juta penghantaran setiap hari merentas jalan raya, rel, lautan, udara, bungkusan dan kurier, dan menjangkau 176 negara, FourKites menggabungkan data masa nyata dan pembelajaran mesin yang berkuasa untuk membantu syarikat mendigitalkan rantaian bekalan hujung ke hujung mereka. Lebih daripada 1,000 jenama yang paling terkenal di dunia — termasuk 9 daripada 10 CPG teratas dan 18 daripada 20 syarikat makanan dan minuman teratas — mempercayai FourKites untuk mengubah perniagaan mereka dan mencipta rantaian bekalan yang lebih tangkas, cekap dan mampan. Untuk mengetahui lebih lanjut, lawati https://www.fourkites.com/.

Hubungan Media: 
Marianna Vyridi 
Big Valley Marketing untuk FourKites 
(650) 468-3263 
[email protected] 

Foto yang menyertai pengumuman ini tersedia di https://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/a4419401-4eba-4337-84ff-9b407f30a20f


GlobeNEwswire

GlobeNewswire is one of the world’s largest newswire distribution networks, specializing in the delivery of corporate press releases financial disclosures and multimedia content to the media, investment community, individual investors and the general public.