Warning: call_user_func_array() expects parameter 1 to be a valid callback, no array or string given in /home/runcloud/webapps/ramaramamy/wp-includes/class-wp-hook.php on line 324

Harris mengambil alih portfolio produk i2 daripada IBM

2022-01-05T20:41:41Z

OTTAWA, Ontario dan CAMBRIDGE, United Kingdom, Jan. 06, 2022 (GLOBE NEWSWIRE) -- Harris, sebuah syarikat penyedia perisian pasaran menegak global, telah mengambil alih portfolio produk analisis perisikan i2 IBM, termasuk i2 Analyst’s Notebook, platform i2 Enterprise Insight Analysis (EIA) dan i2 iBase. Pengambilalihan itu membolehkan Harris terus menyampaikan aplikasi misi kritikal untuk pertahanan negara, penguatkuasaan undang-undang negeri dan tempatan, keselamatan maritim serta pengurusan bukti.

Alat analitik dan analisis perisikan termaju i2, seperti i2 Analyst’s Notebook yang terkemuka dalam industri membantu penganalisis mengubah data menjadi keputusan dalam masa hampir nyata, mendedahkan sambungan tersembunyi dengan paparan visual dan menukar data yang sangat besar dan pelbagai—tanpa mengira sumber—menjadi maklumat perisikan untuk diambil tindakan.

Portfolio produk i2, eksekutif i2 dan pasukan global mereka akan membentuk unit perniagaan Harris yang baharu iaitu Kumpulan i2 yang akan beroperasi secara bebas dan berautonomi. Jean Soucy, Presiden Kumpulan Harris berkata: “Pengambilalihan i2 adalah penting bagi Harris kerana ia bukan sahaja perniagaan yang terbukti berjaya yang mempunyai pasukan pakar antarabangsa yang cemerlang, tetapi turut menyediakan platform perisikan yang kaya dengan ciri yang digunakan secara meluas oleh pangkalan pelanggan yang berpengaruh”. Beliau menambah, “Kami berharap agar dapat bekerjasama dengan rakan kongsi dan pelanggan kami untuk mengembangkan keupayaan i2 dalam ruang yang sangat inovatif ini.”

“Ketahanan dan kerjasama kini menjadi amat penting bagi organisasi kerana mereka menghadapi kerumitan analisis perisikan yang semakin meningkat. Kami komited untuk menangani keperluan tersebut dengan menawarkan portfolio analisis perisikan hujung ke hujung yang paling lengkap di pasaran” ujar Jamie Caffrey, Pengarah Program di Kumpulan i2. “Penumpuan data dan proses sedang mengubah industri. Dengan menyepadukan i2 ke dalam rangkaian mereka yang sedia ada, pelanggan akan dapat memanfaatkan data mereka dengan lebih baik dan mereka akan diberikan kuasa untuk menerokai cerapan bernilai yang dapat menghasilkan kejayaan perniagaan.”

Sebagai sebahagian daripada Constellation Software Inc. yang diniagakan secara umum (TSX: CSU), kekuatan kewangan Harris, kepakarannya dalam industri perisian dan fokusnya terhadap keselamatan awam merupakan faktor penting dalam mencari lokasi kekal untuk melaksanakan strategi pertumbuhan jangka panjang Kumpulan i2.

Lawati www.i2group.com untuk mengetahui lebih lanjut tentang penyelesaian i2.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut, hubungi:

Jean Soucy
Presiden Kumpulan
Telefon: +1 581-205-9821
E-mel: [email protected]

Steve Hammond
Ketua Portfolio
Telefon: +44 787-486-2811
E-mel: [email protected]

Tentang N. Harris Computer Corporation (Harris)

Harris mengambil alih perniagaan perisian pasaran menegak, menguruskannya dengan baik dan membangunkannya untuk masa akan datang. Melalui pengambilalihan, Harris telah berkembang secara meluas daripada perniagaan asalnya dalam sektor utiliti, kerajaan tempatan, pendidikan dan vertikal penjagaan kesihatan untuk mengendalikan lebih 170 perniagaan di seluruh dunia merentas lebih 20 industri. Kami ialah sebahagian daripada Constellation Software Inc. (TSX: CSU) yang merupakan salah satu pengambil alih perniagaan VMS yang paling aktif di dunia.

Tentang Constellation Software Inc.
Constellation Software mengambil alih, mengurus dan membangun perniagaan perisian pasaran menegak.


GlobeNewswire is one of the world’s largest newswire distribution networks, specializing in the delivery of corporate press releases financial disclosures and multimedia content to the media, investment community, individual investors and the general public.

© 2023 BlackButterfly DesignArts