Warning: call_user_func_array() expects parameter 1 to be a valid callback, no array or string given in /home/runcloud/webapps/ramaramamy/wp-includes/class-wp-hook.php on line 324

Sophi.io Menang di Anugerah Media Digital Dunia WAN-IFRA 2021

2021-12-02T17:21:57Z

Penyekatan Berbayar Dinamik Sophi memenangi anugerah global untuk Strategi Media Berbayar Terbaik

TORONTO, Dec. 03, 2021 (GLOBE NEWSWIRE) -- Sophi.io, Kecerdasan buatan (AI) berdasarkan automasi, pengoptimuman dan enjin ramalan milik The Globe and Mail telah memenangi anugerah di Anugerah Media Digital Dunia WAN-IFRA 2021 dalam kategori Strategi Media Berbayar Terbaik untuk Penyekatan Berbayar Dinamik Sophi, enjin penyekatan berbayar diperibadikan dalam masa nyatanya yang menganalisis ciri-ciri kandungan dan kelakuan pengguna bagi menentukan waktu untuk meminta wang atau alamat e-mel pembaca dan waktu untuk membiarkan pembaca.

Para juri sebulat suara memilih Penyekatan Berbayar Dinamik Sophi sebagai pemenang, dengan salah seorang juri memberikan komen: “Apa yang telah dilakukan Globe and Mail ini ialah sesuatu yang terkini dan perkara yang saya paling hargai ialah mereka menguji berdasarkan penyekatan berbayar terdahulu secara tetap supaya hasil menjadi sangat mapan.”

Anugerah Media Digital Dunia The World Association of News Publishers (WAN-IFRA) ialah pertandingan media digital global untuk industri media berita. Pemenang dari seluruh dunia dipilih daripada pemenang Anugerah Media Digital serantau di Afrika, Asia, Eropah, Amerika Latin, Timur Tengah, Amerika Utara dan Asia Selatan, yang bersama-sama menyediakan pameran-pameran tetap kepada penerbit berita untuk amalan reka bentuk terbaik dalam penerbitan digital di seluruh dunia. Anugerah ini mengiktiraf dan meraikan media digital terbaik.

“Penyekatan Berbayar Dinamik Sophi telah menjadi perkara penting dalam memacu hasil pembaca di The Globe and Mail,” kata Phillip Crawley, Penerbit dan CEO The Globe and Mail. “Saya berbesar hati untuk berkongsi lebih banyak tentang cara pelanggan Sophi yang lain melihat hasil yang menakjubkan dengan teknologi yang dikuasakan AI kami.”

Sophi ialah sistem kecerdasan buatan yang membantu penerbit mengenal pasti kandungan mereka yang paling berharga dan menggunakannya untuk mencapai matlamat perniagaan utama. Suit alat Sophi juga mengandungi Automasi Laman Sophi yang menjaga kandungan secara berautonomi di semua pemilikan digital penerbit dan Penyekatan Berbayar Dinamik Sophi yang menggunakan model pemprosesan bahasa tabii kompleks untuk menganalisis setiap bahagian kandungan dan memilih artikel di hadapan atau belakang penyekatan berbayar tegar, memaksimumkan nilai bagi kedua-dua peluang hasil langganan dan hasil pengiklanan untuk penerbit.

Penerbit di lima benua kini menggunakan teknologi AI dan ML Sophi untuk menguasakan keputusan penyekatan berbayar, automasi laman web dan automasi cetakan. 

Perihal Sophi.io 

Sophi.io (https://www.sophi.io) telah dibangunkan oleh The Globe and Mail untuk membantu penerbit kandungan membuat keputusan strategik dan taktikal yang penting. Ia merupakan suit alat yang dikuasakan AI yang termasuk Automasi Tapak Sophi dan Sophi untuk Penyekatan Berbayar. Sophi direka bentuk untuk meningkatkan metrik yang paling penting untuk perniagaan anda, seperti pengekalan dan pemerolehan, keterlibatan, kekinian, kekerapan dan volum pelanggan. Sophi juga menguasakan peletakan automatik untuk penerbitan bercetak dan surat khabar elektronik. 

CONTACT: Maklumat Hubungan

Jamie Rubenovitch 
Ketua Pemasaran, Sophi 
The Globe and Mail 
416-585-3355
[email protected]

GlobeNewswire is one of the world’s largest newswire distribution networks, specializing in the delivery of corporate press releases financial disclosures and multimedia content to the media, investment community, individual investors and the general public.

© 2023 BlackButterfly DesignArts