Warning: call_user_func_array() expects parameter 1 to be a valid callback, no array or string given in /home/runcloud/webapps/ramaramamy/wp-includes/class-wp-hook.php on line 324

NetSfere dan Deutsche Telekom Rakan Kongsi untuk Menyampaikan Platform Pemesejan Mudah Alih yang Patuh Mendayakan Komunikasi Kakitangan Semerta dan Selamat untuk Kumpulan St. Augustinus Jerman

2021-11-18T18:00:12Z

Syarikat itu menggunakan platform pemesejan disulitkan patuh HIPAA/GDPR untuk menghentikan penggunaan aplikasi pemesejan gred pengguna dan menyelaraskan komunikasi dalaman dan pesakit

CHICAGO, Nov. 19, 2021 (GLOBE NEWSWIRE) -- NetSfere, sebuah penyedia global bagi penyelesaian pemesejan dan mobiliti yang selamat dan patuh bagi generasi mendatang, hari ini mengumumkan perkongsiannya dengan Deutsche Telekom, salah sebuah syarikat telekomunikasi bersepadu terkemuka di dunia, untuk menggunakan platform pemesejan mudah alih selamat NetSfere di semua hospital St. Augustinus, kumpulan penjagaan kesihatan Jerman yang terkemuka.

Alat komunikasi yang pantas dan semerta menawarkan faedah yang tidak dapat dipertikaikan untuk menyelaraskan komunikasi kakitangan, namun, St. Augustinus menyedari peningkatan yang membimbangkan dalam penggunaan peranti peribadi dan aplikasi pemesejan popular seperti WhatsApp, yang menimbulkan risiko privasi dan pematuhan yang kritikal. Sebagai tindak balas, NetSfere dan Deutsche Telekom bekerjasama untuk melaksanakan platform pemesejan patuh HIPAA dan GDPR NetSfere yang menawarkan kefungsian serupa dengan aplikasi seperti WhatsApp tetapi menyediakan tahap penyulitan hujung ke hujung paling tinggi melalui pusat data Deutsche Telekom yang sangat selamat.

"NetSfere direka bentuk untuk memenuhi keperluan keselamatan dan pematuhan dalam vertikal terkawal termasuk penjagaan kesihatan," kata Franz Obermayer, Naib Presiden NetSfere Eropah. "Para profesional perubatan melakukan kerja tekanan tinggi dan mengubah kehidupan. Ia menuntut platform komunikasi yang membolehkan mereka melakukannya dengan lebih berkesan. Perkongsian kami dengan Kumpulan St. Augustinus menyediakan pilihan pemesejan yang selamat, patuh dan fleksibel yang menghapuskan keperluan bagi ahli kakitangan untuk beralih kepada aplikasi pemesejan yang berisiko. Dengan NetSfere, pertukaran data pesakit dilindungi secara maksimum."

Tidak seperti aplikasi pemesejan gred pengguna, NetSfere menyediakan fungsi gred perusahaan yang meningkatkan kerjasama dan menyelaraskan komunikasi termasuk pemesejan individu dan kumpulan, panggilan audio HD, perkongsian skrin dan panggilan video kumpulan. Baharu kepada platform, ciri siaran kecemasan NetSfere Lifeline membolehkan pasukan HR dan krisis menyebarkan maklumat keutamaan, amaran kritikal dan kecemasan dengan pantas kepada pasukan sasaran atau seluruh organisasi dengan cara yang menarik perhatian. St. Augustinus memanfaatkan penyiaran NetSfere dalam hospitalnya untuk memastikan pekerja mendapat maklumat terkini berkaitan wabak melalui saluran NetSfere Lifeline "Corona Ticker".

"Dalam persekitaran perubatan yang sensitif, adalah penting untuk boleh berkomunikasi dengan cepat dan selamat. NetSfere ialah pakar untuk mesej segera dalam syarikat. Telekom membawa kepakarannya dalam keselamatan, perundingan dan perkhidmatan. Bersama, kami boleh memenuhi keperluan industri khusus, dan sekarang itu penting," kata Hagen Rickmann, Pengarah Urusan Pelanggan Perniagaan, Telekom Deutschland GmbH. "Dengan cara ini, kami boleh menyumbang secara langsung untuk meringankan beban kakitangan dan menyokong penjagaan pesakit yang optimum."

"Adalah menjadi tanggungjawab kami untuk melengkapkan pekerja kami dengan alat yang sesuai. Mereka mesti boleh melakukan kerja mereka dengan berkesan. Pada masa yang sama, privasi pesakit kami mesti dilindungi," kata Rainer Pappert, Pengarah Urusan Kumpulan St. Augustinus. "Dengan pengenalan NetSfere, kami menurut kehendak pekerja kami: Mereka mahu menggunakan peranti peribadi mereka. Dan mereka mahu berbuat demikian dengan aplikasi pemesejan yang mudah digunakan. Jadi, kami dengan segara memperkenalkan NetSfere untuk komunikasi dalaman. Dengan itu, kami mencapai produktiviti dan kerjasama yang lebih baik dengan cepat. Antara pasukan, tetapi juga dalam keseluruhan kumpulan kami. Itu melibatkan kira-kira 5,600 rakan sekerja."

St. Augustinus tertarik untuk menggunakan NetSfere sebagai penyelesaian untuk kakitangannya bukan sahaja kerana fungsinya yang lasak, tetapi juga kerana pengiktirafan industrinya. Pada tahun 2018 dan 2019, NetSfere telah dipilih oleh Entscheiderfabrik, sebuah platform untuk pembuat keputusan IT di lebih 800 hospital di Jerman sebagai pemenang "Topik Pendigitalan bagi Industri Penjagaan Kesihatan Jerman."

"Sorotan utama daripada VoTE kami yang diterbitkan baru-baru ini: Nadi Digital, Penciptaan Semula & Transformasi Perniagaan 2021 menunjukkan bahawa keselamatan maklumat, produktiviti pekerja dan kesinambungan perniagaan kekal menjadi keutamaan bagi pembuat keputusan IT," kata Raúl Castañón-Martinez, Penganalisis Kanan untuk Kerjasama Tenaga Kerja di 451 Research, sebahagian daripada bahagian Perisikan Pasaran Global S&P. Faktor ini akan mendorong keperluan pasaran untuk komunikasi dan kerjasama perniagaan, khususnya untuk pekerja mudah alih, jarak jauh/hibrid dan barisan hadapan merentas vertikal dan kes penggunaan seperti pekerja lapangan dan penyedia penjagaan kesihatan.”(1)

Untuk maklumat lanjut, lawati www.netsfere.com.

1. 451 Research, sebahagian daripada bahagian Perisikan Pasaran Global S&P, "Tempat kerja hibrid, Bahagian 3:

Keperluan dan kes penggunaan yang memuncul untuk komunikasi dan kerjasama masa nyata" (Ogos 2021)

Mengenai NetSfere
NetSfere Enterprise ialah perkhidmatan dan platform pemesejan perusahaan selamat secara daripada yang menyediakan keupayaan Infinite Convergence Solutions, Inc. NetSfere menyediakan keupayaan keselamatan dan penghantaran mesej peneraju industri, termasuk ketersediaan perkhidmatan berasaskan awan global, penyulitan peranti ke peranti, ciri berdasarkan lokasi dan kawalan pentadbiran. Perkhidmatan ini juga ditawarkan dengan kerjasama Deutsche Telekom GmbH, salah sebuah syarikat telekomunikasi bersepadu yang terkemuka di dunia dan dengan NTT Ltd., sebuah pembekal perkhidmatan komunikasi maklumat global dan teknologi, untuk menawarkan NetSfere secara bersama kepada pelanggannya di seluruh dunia. Perkhidmatan ini memanfaatkan pengalaman Infinite Convergence dalam menyampaikan penyelesaian mobiliti kepada pengendali mudah alih peringkat 1 di seluruh dunia dan teknologi yang menyokong lebih daripada 400 juta pelanggan dan lebih satu trilion mesej pada setiap tahun. NetSfere juga mematuhi keperluan kawal selia global termasuklah GDPR, HIPAA, Sarbanes-Oxley, ISO 27001 dan lain-lain. Infinite Convergence Solutions mempunyai pejabat di Amerika Syarikat, Jerman, India dan Singapura. Untuk maklumat lanjut, lawati www.netsfere.com.

Mengenai Deutsche Telekom
Deutsche Telekom adalah salah sebuah syarikat telekomunikasi bersepadu terkemuka di dunia, dengan kira-kira 242 juta pelanggan mudah alih, 27 juta talian rangkaian tetap dan 22 juta talian jalur lebar. Kami menyediakan produk dan perkhidmatan rangkaian tetap/jalur lebar, komunikasi mudah alih, Internet dan IPTV untuk pengguna dan penyelesaian teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) untuk pelanggan perniagaan dan korporat. Deutsche Telekom berada di lebih 50 buah negara. Dengan kakitangan berjumlah kira-kira 226,300 (31 Disember 2020) di seluruh dunia, kami menjana hasil sebanyak 101 bilion Euro pada tahun kewangan 2020, kira-kira 66 peratus daripadanya di luar Jerman.

Mengenai Kumpulan St. Augustinus
Kumpulan St. Augustinus bukan untung Kristian adalah salah sebuah syarikat terbesar dan paling berjaya dalam sektor kesihatan dan sosial di Rhineland. Tumpuannya ialah kepada somatik, psikiatri dan bantuan warga emas serta orang kelainan upaya. Kumpulan itu mempunyai 3,000 katil, lebih 5,600 pekerja dari 68 buah negara, di 85 lokasi dan perolehan sekitar 345 juta euro (2019).

Hubungan Media
Brittany Johnson
Uproar PR untuk NetSfere
[email protected]
312-878-4575 x246

Foto yang disertakan dengan pengumuman ini boleh didapati di: 

https://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/d49c9ba2-b23b-490d-8c39-7cf18d6933df 


GlobeNewswire is one of the world’s largest newswire distribution networks, specializing in the delivery of corporate press releases financial disclosures and multimedia content to the media, investment community, individual investors and the general public.

© 2023 BlackButterfly DesignArts