Warning: call_user_func_array() expects parameter 1 to be a valid callback, no array or string given in /home/runcloud/webapps/ramaramamy/wp-includes/class-wp-hook.php on line 324

Kumpulan HTEC Mengambil Alih Momentum Design Lab - Melangkaui 1,000 Orang Pekerja, HTEC menggabungkan Studio Reka Bentuk Produk Digital Terbaik Silicon Valley dengan Bakat Kejuruteraan Terbaiknya

2021-11-18T12:00:00Z

SAN FRANCISCO, Nov. 18, 2021 (GLOBE NEWSWIRE) -- HTEC Group, sebuah syarikat perundingan, kejuruteraan perisian dan pembangunan produk digital global yang diasaskan di Serbia, hari ini mengumumkan pengambilalihan Momentum Design Lab, sebuah studio reka bentuk produk Silicon Valley yang memenangi anugerah.

Pengambilalihan ini, yang akan mengukuhkan lagi keupayaan reka bentuk produk HTEC di samping tawaran kejuruteraan utamanya, menunjukkan bahawa syarikat tersebut telah menggaji lebih 1,000 orang pekerja di seluruh dunia pada masa ini merangkumi seluruh pejabat di AS, UK, Belanda, Sweden dan Slovenia. Sejak penubuhannya pada tahun 2008 dan sebagai syarikat pemula dalam Inkubator Teknologi Perniagaan di University of Belgrade, syarikat ini telah berkembang dari 250 orang pekerja di empat buah pusat pembangunan pada awal tahun 2020, hingga melangkaui 1,000 orang pekerja sepenuh masa yang kini bertebaran di dua belas lokasi di enam buah negara di seluruh Eropah Tenggara.

Momentum akan membantu HTEC membangunkan produk digital yang mengubah industri dan perniagaan serta meningkatkan kehidupan orang ramai di seluruh dunia. Senarai pelanggan Momentum terdiri daripada 40 buah syarikat Fortune 500 serta syarikat pemula yang menarik. Syarikat tersebut telah mendorong pelanggan teknologi mereka untuk menjana lebih USD 41 bilion sama ada secara pengambilalihan atau penilaian.

Ditubuhkan pada tahun 2002, Momentum Design Lab ialah perintis UX, CX dan reka bentuk produk. Dinilai sebagai agensi UX terkemuka di seluruh dunia pada platform penyelidikan B2B Clutch selama lima tahun berturut-turut, syarikat ini beroperasi dari empat buah pejabat di seluruh dunia: Silicon Valley, New York, London dan Sydney. Kepakaran industri Momentum merangkumi bidang utama seperti perkhidmatan kewangan, penjagaan kesihatan, teknologi pemasaran, media dan hiburan, perisian perusahaan dan produk pengguna yang melengkapkan kecekapan kejuruteraan sedia ada HTEC dalam bidang ini.

“Saya gembira mengalu-alukan Momentum ke dalam pasukan kami yang berkembang pesat. Di Momentum, kami menemui nilai dan budaya yang sepadan dengan nilai kami — keinginan terhadap pembelajaran berterusan dan perkembangan profesional, reputasi cemerlang dalam kalangan pelanggan sedia ada dan semangat yang jelas untuk mencapai kecemerlangan semasa mereka bentuk platform dan produk digital yang penting. Dengan menggabungkan bakat teknologi terbaik dari pusat kejuruteraan kami di Eropah dengan inovasi produk dan minda reka bentuk Silicon Valley ini, kami mempunyai kemampuan untuk menawarkan perkhidmatan digitasi dan pembangunan produk digital yang lengkap kepada syarikat terbaik di dunia. Kami akan terus mencari syarikat yang mempunyai nilai dan budaya yang sama seperti kami, sebagai sebahagian daripada strategi pertumbuhan kami yang lebih luas serta matlamat untuk menjadi syarikat Serbia Pertama ke IPO NYSE,” ulas Aleksandar Cabrillo, Ketua Pegawai Eksekutif HTEC Group.

Pengasas Momentum, David Thomson mengulas, “Kami telah menggabungkan teknologi, empati dan imaginasi dalam mencipta nilai produk dan telah mencari rakan kongsi yang sesuai untuk membantu meningkatkan keupayaan kami selama beberapa tahun. Sebagai sebuah syarikat yang mencipta potensi bagi para pelanggan kami, adalah penting untuk mencari rakan kongsi yang sepadan dengan kepakaran reka bentuk dan pangkalan pelanggan kami yang disertai dengan bakat teknologi bertaraf dunia. Pengetahuan teknikal HTEC yang mendalam telah melangkaui jangkaan kami dan kami teruja untuk berganding bahu bagi membangunkan produk yang baharu, memacu inovasi dan mengubah cara perniagaan dijalankan dari semua aspek dalaman dan luaran."

Tentang HTEC Group

HTEC Group ialah sebuah syarikat perundingan, kejuruteraan perisian dan pembangunan produk digital global yang memperkasakan syarikat berteknologi tinggi terbaik di dunia serta syarikat pemula yang mencipta inovasi, syarikat dan perusahaan Fortune 500 dengan minda reka bentuk produk yang inovatif dan perkhidmatan kejuruteraan yang canggih. Dengan ibu pejabat yang terletak di San Francisco serta pejabat tempatan di AS, UK, Belanda, Sweden, Slovenia dan 12 buah pusat pembangunan teknologi di seluruh Eropah Tenggara, HTEC berada pada kedudukan yang baik untuk menyampaikan produk dan platform digital yang canggih merentasi domain termasuk Penjagaan Kesihatan, Peruncitan, Pengangkutan dan Mobiliti, Logistik, Teknologi Kewangan, Tenaga Hijau, Media dan Teknologi Mendalam. 

Tentang Momentum

Momentum ialah sebuah studio reka bentuk Silicon Valley yang beribu pejabat di San Mateo, dengan pejabat lain di New York, London dan Sydney. Syarikat ini menawarkan perkhidmatan berasaskan minda reka bentuk dan dipacu teknologi dalam inovasi produk digital, pengurusan pengalaman pelanggan dan transformasi digital dan telah dinilai sebagai Agensi UX #1 di seluruh dunia di Clutch.co selama 5 tahun berturut-turut. Pelanggannya terdiri dari syarikat pemula hingga ke syarikat Fortune 100.

Untuk pertanyaan media, sila hubungi Jovana Osterday, Pengurus Perhubungan Awam HTEC, [email protected] 


GlobeNewswire is one of the world’s largest newswire distribution networks, specializing in the delivery of corporate press releases financial disclosures and multimedia content to the media, investment community, individual investors and the general public.

© 2023 BlackButterfly DesignArts