Warning: call_user_func_array() expects parameter 1 to be a valid callback, no array or string given in /home/runcloud/webapps/ramaramamy/wp-includes/class-wp-hook.php on line 324

Peningkatan Permohonan Institusi Perniagaan Buktikan Minat Sementara, Melestarikan Pertumbuhan Tahun 2020

2021-11-17T16:00:00Z

Tinjauan mendapati pelajar antarabangsa melonjak naik apabila kumpulan wanita dan yang kurang diwakili datang beramai-ramai untuk mengikuti program MBA sepenuh masa

RESTON, Va., Nov. 18, 2021 (GLOBE NEWSWIRE) -- The Graduate Management Admission Council™ (GMAC™), persatuan global bagi institusi perniagaan pengajian sarjana, hari ini mengeluarkan Tinjauan Trend Permohonan tahunan 2021 yang dinanti-nantikan. Tinjauan hampir seribu program MBA dan sarjana perniagaan mendapati bahawa pada tahun 2021, jumlah permohonan untuk program institusi perniagaan pengajian sarjana naik 0.4 peratus dari tahun sebelumnya, mengekalkan permintaan tinggi pada sejak permulaan pandemik global pada tahun 2020 apabila institut perniagaan seluruh dunia menyaksikan jumlah permohonan yang luar biasa tinggi disebabkan oleh ketakpastian ekonomi.

“Calon mencari pilihan kerjaya alternatif semasa kemelesetan cetusan COVID dan institusi perniagaan memperkenalkan dasar kemasukan yang lebih fleksibel, menyebabkan jumlah permohonan yang melonjak naik pada tahun lalu,” ujar Sangeet Chowfla, presiden dan CEO GMAC. “Soalannya adalah sama ada ini merupakan peristiwa sementara akibat pandemik atau permulaan kenaikan baharu dalam permohonan. Dalam konteks ini, kitaran permohonan tahun 2021 menunjukkan permintaan yang melonjak ini bukanlah minat sementara tetapi mempunyai kuasa untuk kekal selepas tahun 2020.”

Penemuan Utama

Calon antarabangsa melonjak semula di institusi perniagaan yang berada dalam kedudukan teratas

Selepas bertahun-tahun dasar imigresen yang tidak digemari di sebahagian dunia dan berbulan-bulan sekatan perjalanan global disebabkan oleh COVID-19, permintaan terpendam daripada pelajar antarabangsa untuk institusi perniagaan pengajian sarjana adalah jelas dalam data tahun ini. Diwajarkan mutlak perubahan tahun demi tahun dalam jumlah permohonan daripada calon antarabangsa ― pemohon yang kerakyatan mereka berbeza daripada negara di mana program itu berada ― menunjukkan kenaikan sebanyak 4.1 peratus berbanding dengan penurunan sebanyak 3.8 peratus daripada calon domestik, pemohon yang merupakan rakyat negara program itu diadakan. Lebih banyak program di Eropah, A.S., dan U.K melaporkan penurunan dalam permohonan daripada calon domestik apabila dibandingkan di seluruh rantau.

Perbezaan antara jumlah permohonan antarabangsa dan domestik adalah jelas untuk program MBA sepenuh masa dalam kalangan institusi perniagaan unggul. Bahagian program MBA dua tahun sepenuh masa menunjukkan pertumbuhan dalam permohonan daripada calon antarabangsa telah berganda daripada 28 peratus pada tahun 2019 kepada 57 peratus pada tahun 2021. Tambahan pula, sebanyak dua kali ganda program A.S. yang berada di kedudukan 50 teratas mengikut US News & World Report menyaksikan kenaikan dalam permohonan daripada calon antarabangsa (73%) seperti calon domestik (36%).

“Pembelajaran institusi perniagaan adalah pengalaman dan banyak bergantung pada interaksi, perbincangan dan kohort dan rangkaian alumni. Hal ini mustahil dilakukan tanpa kepelbagaian perspektif dan latar belakang,” ujar Katy Montgomery, Dekan Bersekutu Program Ijazah di INSEAD dan ahli lembaga GMAC. “Dengan kembalinya mobiliti pelajar secara beransur-ansur, kepelbagaian yang dibawa ke kelas hanya akan memanfaatkan dan memperkayakan kehidupan kampus.”

Golongan perempuan, minoriti yang kurang di wakili di A.S. kembali untuk mengikuti program MBA sepenuh masa secara perseorangan

Program MBA sepenuh masa terus memperoleh tarikan pada tahun 2021. Separuh daripada program MBA sepenuh masa satu tahun (52%) dan dua tahun(56%) melaporkan kenaikan dalam permohonan pada tahun 2021, berbanding semua program dengan purata sebanyak 41 peratus. Sebaliknya, program MBA profesional seperti MBA separuh masa, MBA eksekutif dan program MBA dalam talian ― yang menjurus kepada keperluan profesional yang bekerja - menyaksikan bahagian mereka yang melaporkan pertumbuhan permohonan berada pada tahap terendah sejak tahun 2017.

Data permohonan tahun ini juga menunjukkan bahawa pada peringkat global, calon perempuan yang muncul daripada bayangan pandemik memfokuskan semula pada cita-cita kerjaya mereka, dengan tiga dalam lima (60%) program sepenuh masa dua tahun melaporkan kenaikan dalam permohonan daripada calon perempuan berbanding dua dalam lima (43%) melaporkan pertumbuhan daripada calon lelaki. Sebaliknya, bahagian program MBA dalam talian (42%) yang jauh lebih kecil melaporkan pertumbuhan dalam permohonan daripada calon perempuan, menunjukkan keutamaan golongan perempuan untuk kembali kepada pembelajaran sepenuh masa secara perseorangan.

Di A.S., golongan perempuan dan minoriti yang kurang diwakili (URM) melaporkan keinginan yang sama untuk belajar di kampus. Lebih banyak program MBA dua tahun sepenuh masa dilaporkan kenaikan dalam permohonan URM pada tahun 2021 (56%) berbanding ketika pra-pandemik tahun 2019 (37%) atau program dalam talian (30%). Lebih ketara lagi, calon URM perempuan menunjukkan peningkatan 22 peratus yang menakjubkan antara tahun 2019 (38%) hingga 2021 (60%) dalam bahagian permohonan mereka untuk program MBA dua tahun sepenuh masa.

Perihal Laporan

Tinjauan Trend Permohonan GMAC tahunan memfokus pada permintaan global untuk pendidikan pengurusan pengajian sarjana dan menganalisis perbezaan mengikut program dan rantau untuk musim kemasukan tahun 2020-2021 (kelas akan datang tahun 2021). Data tinjauan ini telah dikumpulkan di antara 8 Julai dan 23 Ogos 2021 dan memperoleh respons daripada 967 program di 269 institut perniagaan di seluruh dunia. Tahun ini ialah tahun ke-23 tinjauan ini telah dijalankan, menyumbang kepada pemahaman yang lebih mendalam tentang nilai ijazah perniagaan pengajian sarjana dan trend global dan rantau. Maklumat lanjut laporan lengkap dan siri penyelidikan lain yang dihasilkan oleh GMAC, boleh didapati di gmac.com/research.

Perihal GMAC

Graduate Management Admission Council™ (GMAC™) ialah persatuan berteras misi bagi institusi perniagaan pengajian sarjana unggul di seluruh dunia. Ditubuhkan pada tahun 1953, GMAC mewujudkan penyelesaian dan pengalaman yang membolehkan institusi perniagaan dan calon untuk menemukan, menilai dan menghubungi satu sama lain dengan lebih baik lagi. 

GMAC menyediakan penyelidikan bertaraf dunia, persidangan industri, kelengkapan perekrutan dan penilaian untuk industri pendidikan pengurusan pengajian sarjana, dan juga alatan, sumber, acara dan perkhidmatan yang membantu untuk membimbing calon melalui perjalanan pendidikan tinggi mereka. Dimiliki dan ditadbir oleh GMAC, peperiksaan Graduate Management Admission Test™ (GMAT™) adalah penilaian institusi perniagaan pengajian sarjana yang paling meluas digunakan.

Lebih 12 juta bakal pelajar setahun mempercayai laman web GMAC, termasuk mba.com, bagi mengetahui tentang program MBA dan sarjana perniagaan, menghubungi institusi di seluruh dunia, menyediakan dan mendaftar untuk peperiksaan dan mendapatkan nasihat tentang cara berjaya untuk memohon program MBA dan sarjana perniagaan. BusinessBecause dan Lawatan MBA (The MBA Tour) adalah subsidiari GMAC, sebuah organisasi dengan pejabat di China, India, United Kingdom dan Amerika Syarikat.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang kerja kami, sila lawati www.gmac.com

Orang Hubungan Media:

Teresa Hsu
Pengurus Kanan, Perhubungan Media
202-390-4180 (mudah alih)
[email protected]


GlobeNewswire is one of the world’s largest newswire distribution networks, specializing in the delivery of corporate press releases financial disclosures and multimedia content to the media, investment community, individual investors and the general public.

© 2023 BlackButterfly DesignArts