Warning: call_user_func_array() expects parameter 1 to be a valid callback, no array or string given in /home/runcloud/webapps/ramaramamy/wp-includes/class-wp-hook.php on line 324

Penyelesaian Synchronoss Personal Cloud Dipilih Oleh Telkomsel untuk Meningkatkan Penawaran Perkhidmatan Digital

2021-11-05T20:30:06Z

Kerjasama baru akan membenarkan operator mudah alih Indonesia membawa perkhidmatan awan peribadi ke pasaran yang mempunyai lebih daripada 170 juta pelanggan

BRIDGEWATER, N.J., Nov. 06, 2021 (GLOBE NEWSWIRE) -- Synchronoss Technologies, Inc. (NASDAQ: SNCR), peneraju global dan pembawa pembaharuan bagi penyelesaian awan, pemesejan dan digital, hari ini mengumumkan mereka akan membekalkan penyelesaian peribadinya kepada Telkomsel, operator mudah alih terbesar Indonesia. Tambahan penyelesaian Synchronoss Personal Cloud akan memberikan pelanggan Telkomsel keupayaan untuk menyandarkan dan mengurus kandungan digital yang bernilai, termasuklah foto dan video, daripada sebarang peranti.

Penyelesaian Synchronoss Personal Cloud label putih—dengan jenama “Floudrive” dan diurus oleh Telkomsigma—akan dijadikan tersedia kepada 170 juta pelanggan Telkomsel sebagai ciri premium. Pelanggan akan dapat memilih antara dua peringkat storan yang berbeza dan menikmati tempoh 30 hari permulaan secara percuma. Penyelesaian ini memberikan pelanggan pengalaman storan awan yang boleh dipercayai dan intuitif, dengan keupayaan untuk menyandarkan dan menyegerakkan kandungan digital, sambil memperkenalkan penggunaan tag dan keupayaan carian lanjutan.

“Kami berasa teruja untuk bekerjasama dengan Synchronoss untuk menyepadukan penyelesaian awan peribadinya kepada saluran pengguna kami,” kata Tanto Suratno, Pengarah Perniagaan dan Jualan, Telkomsigma. “Setelah menjangkaui penawaran awan peribadi sedia ada kami, kini merupakan masa yang sesuai untuk menerima peluang ini dan memberikan pelanggan kami penyelesaian lanjutan yang memenuhi keperluan mereka yang berubah-ubah. Kami tidak sabar untuk mendayakan pelanggan kami untuk mengoptimumkan dan mengurus kandungan digital berharga mereka, serta melindungi dan menyimpannya secara selamat dan terjamin. Selain memanfaatkan pelanggan kami, perkongsian ini juga mewakili langkah seterusnya sementara kami bergerak ke arah menawarkan perkhidmatan digital yang lebih banyak.”

Penyelesaian ini akan disampaikan melalui perjanjian Synchronoss dengan Telkomsigma, bahagian Perkhidmatan IT dan Pusat Data Telkomsel dan syarikat induk Telkomsigma iaitu Telkom Indonesia. Tidak seperti penyelesaian awan lain di pasaran, awan peribadi yang dikuasakan Synchronoss membenarkan data pelanggan disimpan dalam negara, keperluan kritikal untuk Telkomsel mematuhi undang-undang Indonesia.

Anthony Socci, Presiden dan Pengurus Besar, APAC untuk Synchronoss, berkata beliau gembira dapat bekerja dengan Telkomsel melalui penawaran awan baharunya. “Sebagai pembekal penyelesaian awan persendirian, kami sentiasa mencari cara untuk menyokong rakan kongsi telekom dalam misi mereka untuk menyampaikan perkhidmatan digital yang lebih pelbagai dan maju kepada pelanggan mereka. Penyelesaian awan ini akan menjadi penting kepada Telkomsel kerana penyelesaian ini memudahkan pengalaman yang lebih bersepadu dan menggalakkan pengendalian aset peribadi yang lebih selamat,” kata beliau. “Perjanjian ini berlandaskan kejayaan yang telah kami alami dengan Telkomsigma yang mengagumkan dan menginspirasikan pelanggan Telkomsel untuk menyampaikan tawaran yang serupa kepada pelanggan telefon mudah alih mereka. Proses ini juga akan mewujudkan sinergi yang lebih luas antara dua organisasi dalam kumpulan.”

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang penyelesaian awan Synchronoss, lawati synchronoss.com/solutions/cloud.

Perihal Synchronoss
Synchronoss Technologies (NASDAQ: SNCR) membina perisian yang memperkasakan syarikat di seluruh dunia untuk berhubung dengan pelanggan mereka dalam cara yang dipercayai dan bermakna. Koleksi produk syarikat ini membantu untuk memperkemas rangkaian, meringkaskan penyertaan dan melibatkan pelanggan untuk melancarkan aliran hasil baharu, mengurangkan kos dan meningkatkan kelajuan ke pasaran. Ratusan juta pelanggan mempercayai produk Synchronoss untuk kekal terselaras dengan orang, perkhidmatan dan kandungan yang mereka suka. Sebab itulah lebih daripada 1,500 pekerja Synchronoss berbakat di seluruh dunia berusaha keras setiap hari untuk mengimaginasikan semula dunia yang tersegerak. Ketahui lebih lanjut di www.synchronoss.com.

Orang Hubungan Media

Untuk Synchronoss:
Anais Merlin,
CCgroup,
E: [email protected]

Maklumat Hubungan Pelabur
Untuk Synchronoss: Todd Kehrli/Joo-Hun Kim, MKR Investor Relations, Inc., E: [email protected]


GlobeNewswire is one of the world’s largest newswire distribution networks, specializing in the delivery of corporate press releases financial disclosures and multimedia content to the media, investment community, individual investors and the general public.

© 2023 BlackButterfly DesignArts