Warning: call_user_func_array() expects parameter 1 to be a valid callback, no array or string given in /home/runcloud/webapps/ramaramamy/wp-includes/class-wp-hook.php on line 324

Synchronoss menamakan Taylor C. Greenwald sebagai Ketua Pegawai Kewangan

2021-11-04T14:45:24Z

Pemimpin kewangan membawakan lebih daripada 20 tahun pengalaman syarikat awam kepada Synchronoss

BRIDGEWATER, N.J., Nov. 04, 2021 (GLOBE NEWSWIRE) -- Synchronoss Technologies, Inc. (NASDAQ: SNCR), peneraju global dan pembawa pembaharuan bagi produk dan platform awan, pemesejan dan digital, hari ini mengumumkan Taylor C. Greenwald telah dilantik sebagai Naib Presiden Eksekutif dan Ketua Pegawai Kewangan, berkuat kuasa dengan serta-merta. Dalam peranan baharu beliau di Synchronoss, Greenwald akan menyelia operasi kewangan global untuk syarikat, termasuk perakaunan, perbendaharaan, perancangan perniagaan dan analisis, pembangunan korporat dan hubungan pelabur.

Greenwald membawa pengalaman yang meluas dalam mengurus semua fungsi kewangan organisasi awam global yang besar ke Synchronoss. Baru-baru ini, beliau berkhidmat sebagai Naib Presiden Kanan Kewangan dan Ketua Pegawai Kewangan, Kehadiran Web untuk Endurance International Group, sebuah syarikat perkhidmatan IT. Sebelum itu, beliau berkhidmat di Convergys Corporation selama 18 tahun, di situ beliau memegang beberapa peranan kepimpinan kanan, termasuk Naib Presiden Kanan Kewangan, Pengawal dan Ketua Pegawai Perakaunan.

“Saya dengan sukacitanya mengalu-alukan Taylor ke pasukan kepimpinan kanan kami,” kata Jeff Miller, Presiden dan CEO Synchronoss. “Taylor membawakan pengalaman signifikan dalam memacu pertumbuhan pendapatan dan kebolehuntungan untuk syarikat besar dalam industri teknologi dan perkhidmatan perniagaan. Selain itu, beliau menawarkan pengetahuan pembangunan korporat yang mendalam, termasuk pemerolehan dan penyahlaburan, kecekapan dengan strategi pemulihan yang telah terbukti, dan latar belakang teknikal yang kukuh. Saya yakin kepakaran dan kepintaran kewangan beliau akan memberikan kesan serta-merta tatkala kita terus memposisikan Synchronoss untuk masa hadapan dan memastikan pelanggan kita di seluruh dunia mempunyai sumber yang mereka perlukan untuk berhubung dengan pelanggan melalui cara yang dipercayai dan bermakna.”

Miller menambahkan bahawa Lou Ferraro, yang telah berkhidmat sebagai Pemangku Pegawai Kewangan untuk suku tahun lalu, akan kekal bersama syarikat sebagai Naib Presiden Operasi Kewangan dan Ketua Pegawai Sumber manusia yang melapor kepada Taylor. “Lou berprestasi hebat apabila diminta untuk memangku peranan CFO pada awal musim panas ini di samping tanggungjawab beliau yang lain. Saya dan lembaga pengarah tidak sabar untuk menantikan kepimpinan yang berterusan beliau bersama kami,” kata Miller.

Greenwald berkata beliau sangat teruja untuk menyertai syarikat. “Usaha yang berjaya dilakukan Synchronoss pada tahun yang lalu untuk meningkatkan trajektori perniagaannya adalah menakjubkan, dan saya amat berbesar hati untuk menyertai syarikat pada tempoh masa yang penting ini. Saya tidak sabar untuk membantu Synchronoss membina momentum bagi pertumbuhan hasil dan menyampaikan matlamat strategik untuk pelanggan dan pemegang berkepentingan lain,” kata beliau.

Greenwald memperoleh MBA beliau daripada Massachusetts Institute of Technology – Sloan School of Management, dan ijazah sarjana muda beliau dalam kejuruteraan daripada Georgia Institute of Technology.

Perihal Synchronoss
Synchronoss Technologies (NASDAQ: SNCR) membina perisian yang memperkasakan syarikat di seluruh dunia untuk berhubung dengan pelanggan mereka dalam cara yang dipercayai dan bermakna. Koleksi produk syarikat ini membantu untuk memperkemas rangkaian, meringkaskan penyertaan dan melibatkan pelanggan untuk melancarkan aliran pendapatan baharu, mengurangkan kos dan meningkatkan kelajuan ke pasaran. Ratusan juta pelanggan mempercayai produk Synchronoss untuk kekal terselaras dengan orang, perkhidmatan dan kandungan yang mereka suka. Sebab itulah lebih daripada 1,500 pekerja Synchronoss berbakat di seluruh dunia berusaha keras setiap hari untuk mengimaginasikan semula dunia yang tersegerak. Ketahui lebih lanjut di www.synchronoss.com

Orang Hubungan Media

Untuk Synchronoss:
Anais Merlin, CCgroup UK
Diane Rose, CCgroup AS
E: [email protected] 

Maklumat Hubungan Pelabur
Untuk Synchronoss: Todd Kehrli/Joo-Hun Kim, MKR Investor Relations, Inc., E: [email protected]


GlobeNewswire is one of the world’s largest newswire distribution networks, specializing in the delivery of corporate press releases financial disclosures and multimedia content to the media, investment community, individual investors and the general public.

© 2023 BlackButterfly DesignArts