Warning: call_user_func_array() expects parameter 1 to be a valid callback, no array or string given in /home/runcloud/webapps/ramaramamy/wp-includes/class-wp-hook.php on line 324

mimik Technology Memperoleh $14.3 Juta dalam Pusingan Pendanaan Siri A Dilanjutkan yang Diterajui oleh Pier 88

2021-11-04T13:21:54Z

Platform edgeCloud hibrid mimik dijangka akan merevolusikan penyampaian perkhidmatan mikro untuk aplikasi dalam industri seperti jagaan kesihatan, automotif, pengeluaran, logistik, runcit, dan perbankan

SAN FRANCISCO, Nov. 04, 2021 (GLOBE NEWSWIRE) -- mimik Technology, Inc., perintis dalam penyelesaian teknologi awan dan perniagaan awan pinggir hibrid, hari ini mengumumkan pusingan pendanaan Siri A Bernilai $14.3 juta yang diterajui oleh Pier 88 Investment Partners, sebuah firma pengurusan pelaburan alternatif. Peserta lain termasuklah Cathie Wood, Pengasas, CIO dan CEO ARK Invest dan ahli Lembaga Pengarah mimik, berserta pelabur sedia ada iaitu Primera Capital dan NLabs. mimik bercadang untuk menggunakan dana bagi mengembangkan operasi pasaran go-to miliknya termasuk jualan, penyelesaian, penyampaian, komunikasi terus dengan pembangun, latihan teknikal dan pembangunan kerjasama.

Platform edgeCloud hibrid mimik mentransformasikan aplikasi awan daripada seni bina pelayan klien tetap—yang kefungsian pelayan adalah terhad kepada pelayan dalam pusat data dan get laluan—kepada seni bina teragih, mendayakan berbilion peranti klien pintar untuk bertindak sebagai pelayan dan menyampaikan kebolehskalaan yang hampir tiada penghujungnya. Platform mimik mendayakan aplikasi, proses, dan peranti berlainan untuk berkomunikasi secara berautonomi dalam kluster pada pinggir tanpa mengira sistem pengendalian atau rangkaian mereka. Oleh sebab data diproses pada pinggir, platform mimik memerlukan lebar jalur dan kuasa yang kurang secara ketara, mengurangkan kos pengehosan awan, lebih berdaya tahan berbanding seni bina pelayan klien tradisional dan menawarkan tahap privasi dan keselamatan data yang lebih tinggi.

“Kami telah menghabiskan masa hampir sedekad dalam R&D, membina platform untuk menangani enam kebimbangan utama pembangun: kelajuan, kos, keselamatan, privasi data, saling kendalian, dan skala,” kata Pengasas dan CEO mimik Fay Arjomandi. “Platform mimik menawarkan asas yang kukuh untuk membina perkhidmatan awan pinggir yang mampan bagi membantu untuk mempercepat transformasi digital dan menguasakan ekonomi digital yang hiper-tersambung.”

“Setelah pelaburan dalam teknologi generasi seterusnya seperti mobiliti, pengkomputeran awan dan keselamatan siber selama hampir dua dekad, pasukan kami amat teruja tentang peluang pertumbuhan kukuh yang kami lihat dalam pengkomputeran pinggir,” kata Frank Timons, Pengasas dan CEO Pier 88 Investment Partners. “Penerajuan teknologi dan pasukan eksekutif yang berpengalaman di mimik meletakkan syarikat dalam kedudukan untuk memanfaatkan gelombang pertumbuhan seterusnya bagi industri pengkomputeran tatkala seni bina mikroperkhidmatan peranti yang bernuansa meningkatkan keselamatan dan privasi sambil mengurangkan kos penyelesaian pengkomputeran awan tradisional.”

“Primera Capital telah membiayai beberapa syarikat teknologi yang paling transformatif di dunia sepanjang dua dekad yang lalu,” kata Ori Sasson, Rakan Kongsi Am, Primera Capital. “Kami melabur dalam produk luar biasa. pasaran yang sesuai, dan usahawan yang berani dengan visi yang tidak goyah, serta dengan potensi yang distruptif bagi platform pinggir dan pasukan kepimpinan yang kukuh mereka, mimik adalah sejajar dengan kriteria utama ini.”

“Kami teruja untuk bekerjasama dengan rakan pendanaan seperti Pier88, NLabs, Primera Capital dan lain-lain. Mereka memahami manfaat utama platform edgeCloud hibrid mimik dan peluang pasaran yang besar yang menanti,” kata Siavash Alamouti, Pengerusi Eksekutif mimik. “Kita sedang berada di tengah-tengah transformasi besar-besaran merentasi semua industri. Ekonomi yang hiper-tersambung yang semakin berkembang akan menjadi peringkat magnitud yang lebih besar daripada Internet mudah alih, dan platform mimik akan membantu untuk mempercepat revolusi teknologi ini dan dengan cara yang lebih mampan.”

Untuk memacu penggunaan pengkomputeran awan pinggir hibrid, mimik telah mewujudkan kerjasama strategik dengan syarikat awan terkemuka seperti Amazon Web Services (AWS) dan IBM serta syarikat perkhidmatan teknologi seperti Tata Elxsi. Platform ini telah berjaya digunakan untuk melengkapkan transformasi digital bagi sebilangan syarikat dengan hasil yang mengagumkan dan kini digunakan oleh ramai pelanggan dan rakan kongsi awal. Untuk maklumat lanjut tentang platform edgeCloud hibrid mimik, perkhidmatan mikro berdasarkan pinggir yang tersedia dan perkhidmatan transformasi digital, lawati mimik.com.

Perihal mimik
mimik menyediakan platform pembangunan aplikasi pengkomputeran awan pinggir hibrid dan pendaya perniagaan untuk transformasi digital. Pembangun dan perusahaan boleh mencapai objektif perniagaan mereka tanpa menjejaskan masa memasuki pasaran, kos, kebolehskalaan, saling kendalian, privasi dan keselamatan data serta dirangkumkan dalam tindanan teknologi proprietari. mimik mendayakan pembangunan aplikasi natif pinggir hibrid yang berfungsi merentasi ekosistem peranti (iOS, Android, Windows, macOS, Linux, QNX, Raspbian, OpenWRT dan penderia IoT FreeRTOS pintar), rangkaian dan mana-mana awan persendirian dan/atau awam. Platform mimik ialah cara terpantas dan paling langsung untuk menyambung aplikasi yang terasing dan terpisah daripada pinggir dengan kebergantungan minimum pada orang tengah. Kami boleh membantu perusahaan menjimatkan jutaan dolar dalam penyepaduan bahagian belakang legasi sementara mengurangkan kos operasi melalui pendekatan pinggir-dalam. mimik mendayakan transformasi digital sistematik untuk ekonomi untuk ekonomi digital mampan bagi membantu perusahaan melindungi kepimpinan perniagaan dalam dunia yang hiper-tersambung. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, lawati: https://mimik.com dan https://developer.mimik.com

Orang Hubungan Media:
Beth Morrissey
[email protected]


GlobeNewswire is one of the world’s largest newswire distribution networks, specializing in the delivery of corporate press releases financial disclosures and multimedia content to the media, investment community, individual investors and the general public.

© 2023 BlackButterfly DesignArts