Warning: call_user_func_array() expects parameter 1 to be a valid callback, no array or string given in /home/runcloud/webapps/ramaramamy/wp-includes/class-wp-hook.php on line 324

OKEx melancarkan sistem margin portfolio menyerupai CME untuk industri kripto

2021-11-02T18:58:21Z

VICTORIA, Seychelles, Nov. 03, 2021 (GLOBE NEWSWIRE) -- OKEx telah mengumumkan pelancaran mod perdagangan lanjutan baharu untuk pedagang profesional dan institusi — margin portfolio — sebagai sebahagian daripada usaha untuk membina platform perdagangan paling berpengaruh di dunia untuk pedagang kripto. Mod perdagangan baharu tersedia pada versi web dan API platform untuk pedagang bervolum tinggi mulai hari ini, 1 Nov.

Margin portfolio pada OKEx direka bentuk untuk pedagang profesional bervolum tinggi, termasuklah pembuat pasaran dan institusi, yang ingin mengurangkan keperluan modal mereka secara ketara. Mod ini menawarkan pedagang — dan terutamanya pembuat pasaran untuk dagangan hadapan dan pilihan kriptowang — mengurangkan pengiraan margin secara ketara. Paling utama sekali, OKEx melihat ciri baharu ini sebagai cara untuk menangani masalah kecairan yang terfragmen merentasi pasaran pilihan kripto buat masa ini.

Sistem pengurusan risiko yang serupa dengan margin portfolio — Analisis portfolio standard bagi risiko atau SPAN — telah dirintiskan bagi peserta kewangan tradisional oleh bursa terbitan terbesar dunia, CME Group. Dengan keluaran mod margin portfolio baharu pada OKEx, platform ini menerajui haluan dalam industri kriptowang dengan memperkenalkan alat yang berkuasa ini untuk peningkatan kecekapan modal dan pengurusan risiko.

Versi OKEx bagi mod perdagangan ini menonjol daripada pesaing dengan membenarkan margin portfolio berbilang mata wang — bermakna pedagang boleh membuka kedudukan terbitan dengan keperluan margin yang berkurangan secara ketara merentasi berbilang mata wang pada masa yang sama.

Dengan mod margin portfolio baharu, bersama kecairan yang menerajui industri, OKEx menunjukkan komitmennya untuk menyediakan alat yang paling maju dan pengalaman perdagangan terbaik untuk pelanggannya.

Perihal OKEx

Diasaskan pada tahun 2017, OKEx merupakan salah satu bursa lani dan terbitan kriptowang utama di dunia. OKEx telah menggunakan teknologi blok rantai secara inovatif untuk membentuk semula ekosistem kewangan dan menawarkan beberapa produk, penyelesaian dan alat perdagangan yang paling pelbagai dan canggih, termasuklah ekosistem DeFi dan Pasaran NFT yang baru dilancarkan baru-baru ini.

Dipercayai oleh lebih daripada 20 juta pengguna di lebih 180 rantau di seluruh dunia, misi OKEx adalah untuk memperkasakan setiap individu melalui penggalakkan dan pemajuan kriptowang di seluruh dunia.

Andrea Leung
[email protected]


GlobeNewswire is one of the world’s largest newswire distribution networks, specializing in the delivery of corporate press releases financial disclosures and multimedia content to the media, investment community, individual investors and the general public.

© 2023 BlackButterfly DesignArts