Warning: call_user_func_array() expects parameter 1 to be a valid callback, no array or string given in /home/runcloud/webapps/ramaramamy/wp-includes/class-wp-hook.php on line 324

Melissa Meningkatkan Jualan dan Sokongan untuk Perniagaan China

2021-09-27T22:00:00Z

Fokus Asia Pasifik yang semakin berkembang mencerminkan sifat asas pengurusan alamat dalam operasi perniagaan global dan komunikasi pelanggan

RANCHO SANTA MARGARITA, Calif., Sept. 28, 2021 (GLOBE NEWSWIRE) -- Melissa, pembekal utama bagi penyelesaian kualiti data dan pengurusan alamat global, hari ini mengumumkan peningkatan jualan dan sokongan untuk perniagaan China, melanjutkan capaian syarikat dan menggambarkan kepentingan pasaran Asia Pasifik yang semakin berkembang pesat menginginkan alat dan perkhidmatan kualiti data.

Melissa memahami bahawa pengurusan alamat pintar ialah asas kepada operasi perniagaan yang lancar. Alat syarikat adalah bersifat global dan dioptimumkan untuk memacu komunikasi perniagaan yang lebih baik, perhubungan pelanggan yang lebih menguntungkan dan kelebihan daya saing. Perkhidmatan tersedia secara meluas kepada mana-mana firma dengan pangkalan pelanggan yang pelbagai, dan kebanyakannya digunakan dalam perkhidmatan kewangan, jagaan kesihatan dan e-dagang.

“Kecemerlangan dalam data pelanggan adalah berasaskan alamat yang betul dan lengkap – memberikan asas yang kukuh untuk aktiviti kritikal yang sebaik-baiknya berlaku dalam masa nyata, seperti mengetahui inisiatif Kenali Pelanggan Anda, pengesahan identiti dan langkah antipenipuan, serta penyertaan pelanggan yang lancar,” kata Edmund Ng, Pengarah Jualan Serantau, Asia Pasifik, Melissa. “Dengan jejak global semasa kami, kami merupakan sumber data yang telah terbukti untuk perniagaan yang berpangkalan di Jepun, Hong Kong dan Singapura. Kami menghargai tahap sokongan tempatan dan kepakaran teknikal yang tinggi dan kini boleh menambahkan nilai yang banyak kepada pasaran Asia Pasifik.”

Pejabat global Melissa menawarkan akses yang mudah, dalam negara kepada perkhidmatan dan kakitangan Melissa. Jejak global syarikat juga merangkumi pejabat di Amerika Utara, Jerman, United Kingdom, India, Australia, dan Singapura. Hubungi +65-8-2997442 atau e-mel kepada [email protected] untuk berhubung secara terus kepada kakitangan yang menyokong perniagaan Asia Pasifik Melissa. Untuk berhubung dengan ahli pasukan kecerdasan global Melissa yang lain, layari https://www.melissa.com/ atau hubungi 1-800-MELISSA.

Perihal Melissa
Sejak 1985, Melissa telah mengkhusus dalam penyelesaian kecerdasan global untuk membantu organisasi mendapatkan data tepat bagi pandangan pelanggan yang lebih meyakinkan. Lebih daripada 10,000 klien di seluruh dunia dalam arena seperti runcit, pendidikan, jagaan kesihatan, insurans, kewangan, dan kerajaan, bergantung pada Melissa untuk perisian pengesahan kualiti data dan ID yang penuh, termasuk padanan data, pengesahan dan perkhidmatan peningkatan untuk memperoleh cerapan kritikal dan memacu perhubungan pelanggan yang bermakna. Untuk mendapatkan maklumat lanjut atau percubaan produk percuma, lawati https://www.melissa.com/ atau hubungi 1-800-MELISSA (635-4772).

Orang hubungan media
Greg Brown
Naib Presiden, Pemasaran Global, Melissa
[email protected]
+1-800-635-4772 x1130

Jacqueline Zerbst
MPowered PR untuk Melissa
[email protected]
+1-877-794-6777


GlobeNewswire is one of the world’s largest newswire distribution networks, specializing in the delivery of corporate press releases financial disclosures and multimedia content to the media, investment community, individual investors and the general public.

© 2023 BlackButterfly DesignArts