Warning: call_user_func_array() expects parameter 1 to be a valid callback, no array or string given in /home/runcloud/webapps/ramaramamy/wp-includes/class-wp-hook.php on line 324

TrueCommerce Memperoleh DiCentral

2021-09-13T13:30:00Z

Pemerolehan ini mewujudkan rangkaian rantaian bekalan berbilang perusahaan yang paling kaya ciri, global dan berasaskan awan

PITTSBURGH, Sept. 13, 2021 (GLOBE NEWSWIRE) -- TrueCommerce, pembekal awan global utama bagi penyelesaian ketersambungan, penyepaduan, omnisaluran rantaian bekalan dan rakan perdagangan, hari ini mengumumkan bahawa mereka telah memperoleh DiCentral, pembekal penyelesaian B2B dan API global utama. Pemerolehan ini membolehkan TrueCommerce meningkatkan pertumbuhan rangkaian global utamanya, mendalamkan portfolio penyelesaiannya, dan mengembangkan jejak geografi globalnya.

Pemerolehan ini memperkukuh lagi kedudukan TrueCommerce sebagai peneraju dalam ruang kerjasama dan ketersambungan rantaian bekalan. Dengan memanfaatkan kepakaran tergabung syarikat dalam automasi, pendigitalan dan penyepaduan, TrueCommerce berada dalam kedudukan unik untuk mentransformasikan cara pelanggannya menjalankan perniagaan, dengan penyelesaian nilai tambahan yang direka bentuk untuk menangani cabaran rantaian bekalan dan cabaran eDagang yang rumit, melancarkan operasi, dan meningkatkan kebolehuntungan.

Dikenali untuk meringkaskan cabaran perniagaan API dan EDI yang rumit, DiCentral menambahkan 30,000 sambungan kepada Rangkaian Perdagangan Global TrueCommerce, dengan hampir 5,000 pelanggan daripada pelbagai pangkalan. Rangkaian tergabung TrueCommerce kini berkembang kepada 160,000 sambungan dan hampir 18,000 pelanggan. Penggabungan kelebihan kedua-dua syarikat mewujudkan rangkaian yang tiada tandingan dan tawaran penyelesaian inovatif yang memperkasakan pelanggan untuk mendigitalkan, memperluas dan mengembangkan perniagaan mereka seperti yang tidak pernah dilakukan sebelum ini.

“Bersama-sama, kami menawarkan penyelesaian dan ketersambungan bersepadu intuitif yang menyelesaikan cabaran yang dihadapi pelanggan kami dalam mengembangkan perniagaan mereka merentasi rantaian bekalan yang semakin didigitalkan, global dan rumit,” kata John Fay, CEO TrueCommerce. “Kami komited untuk meningkatkan dan menyokong platform DiCentral dan saya berasa sukacita untuk mengalu-alukan pelanggan dan pasukan DiCentral yang berbakat ke keluarga TrueCommerce.”

Pemerolehan ini melanjutkan visi TrueCommerce untuk pertumbuhan global dengan perkhidmatan dan penyepaduan diperluas, termasuk:

  • Rangkaian rantaian bekalan global berasaskan awan yang diperluaskan
  • Ketersambungan API yang ditingkatkan untuk penyelesaian pihak ketiga utama
  • Set aplikasi dan alat SaaS bersepadu yang dipertingkat
  • Keupayaan iPaaS yang berkuasa
  • Penyelesaian kebolehlihatan rantaian bekalan yang lebih meluas
  • Jejak geografi yang diperluas
  • Program pesan hantar runcit yang lebih menyeluruh
  • Penyepaduan lebih rapat dengan SMB berasaskan awan & perancangan sumber perusahaan (ERP) tahap perusahaan
  • Pengerahan dan ROI yang dipercepat untuk pelanggan

“Saya sangat teruja untuk menyertai pasukan kepimpinan TrueCommerce dan bekerja bersama-sama John Fay dan Todd Johnson untuk menyatukan kedua-dua syarikat ini secara lancar,” kata Thuy Mai, CEO DiCentral. “Kami melihat ini sebagai situasi menang-menang untuk kedua-dua pelanggan TrueCommerce dan DiCentral. Hasil peningkatan dalam ketersambungan rangkaian global, penyelesaian perdagangan, aplikasi, dan alat menyediakan tawaran yang tiada tandingannya untuk pelanggan yang ingin mengembangkan perniagaan mereka.”

Encik Mai akan menjadi ahli pasukan kepimpinan eksekutif TrueCommerce, berkhidmat sebagai Ketua Pegawai Strategi TrueCommerce. Todd Johnson akan bertindak sebagai CEO DiCentral yang baharu di samping peranan semasanya sebagai Presiden dan COO TrueCommerce. John Fay akan terus berkhidmat sebagai CEO syarikat gabungan tersebut.

“Tawaran DiCentral mengukuhkan rangkaian perdagangan berbilang perusahaan, yang sudah pun memperkasa perniagaan bagi semua saiz untuk berkembang secara domestik dan antarabangsa,” kata Todd Johnson, CEO DiCentral dan Presiden dan COO TrueCommerce. “Saya tidak sabar untuk bekerjasama dengan pasukan DiCentral dan terus menyediakan penyelesaian dan perkhidmatan yang terbaik dalam kelasnya kepada pelanggan kami.”

Ryan Harper, Rakan Kongsi Am di Welsh, Carson, Anderson & Stowe (WCAS), firma ekuiti persendirian yang berfokus pada teknologi yang memperoleh TrueCommerce baru-baru ini, memberitahu, “Kami yakin bahawa TrueCommerce berada pada landasan yang betul untuk menjadi peneraju global dalam penyelesaian kerjasama, ketersambungan dan omnisaluran rantaian bekalan. Kita terus menyokong strategi menggabungkan pertumbuhan organik dengan pemerolehan yang strategik dan berfokus yang mengembangkan kedalaman dan keluasan segmen, geografi dan kawasan keupayaan yang baharu dan sedia ada.”

WCAS memperoleh TrueCommerce pada bulan November 2020 daripada Accel-KKR (AKKR). AKKR kekal sebagai pemegang saham minoriti TrueCommerce. DiCentral dinasihatkan oleh DC Advisory.

Perihal TrueCommerce
TrueCommerce ialah cara paling lengkap untuk menyambungkan perniagaan anda merentasi rantaian bekalan, menyepadukan segalanya daripada EDI, kepada pengurusan inventori, kepada pemenuhan, kepada kedai dan pasaran digital. Kami telah merevolusikan kebolehlihatan dan kerjasama rantaian bekalan dengan membantu organisasi memanfaatkan inisiatif omnisaluran mereka melalui ketersambungan P2P perniagaan, pengurusan pesanan, penambahan secara kerjasama, pemenuhan pintar, analitis silang fungsi, dan pengurusan maklumat produk.

Rangkaian Perdagangan Global TrueCommerce boleh menyambungkan perniagaan kepada lebih 130,000 peruncit, pengedar, dan pembekal perkhidmatan logistik. Sebagai pembekal perkhidmatan terurus sepenuhnya, kami juga mengurus penyertaan rakan kongsi perdagangan baharu, serta pengurusan berterusan bagi pemetaan khusus rakan kongsi, perubahan pelabelan, dan pemantauan komunikasi. Oleh sebab itu, ribuan syarikat—daripada syarikat pemula sehinggalah syarikat Fortune 100 global, merentasi pelbagai industri—bergantung pada kami.

TrueCommerce: Menjalankan perniagaan pada setiap arah
Untuk maklumat lanjut, lawati www.truecommerce.com  

Perihal DiCentral
Diasaskan pada tahun 2000, DiCentral ialah pembekal global utama bagi penyelesaian penyepaduan perniagaan kepada perniagaan dan aplikasi, dengan lebih daripada dua dekad pengalaman dalam menyelesaikan cabaran EDI dan API yang rumit. Sementara keadaan pasaran terus berubah-ubah dan teknologi dikerahkan untuk mengurus perubahan proses, menerajui kebergantungan organisasi terhadap platform penyepaduan berdasarkan awan DiCentral dan pasukan global yang terdiri daripada pakar khusus untuk menyepadukan dan memanfaatkan data merentasi berbilang awan dan sistem dan aplikasi pada premis.

Beribu pejabat di Houston, Texas, DiCentral mempunyai 11 pejabat di seluruh dunia, menyokong pelanggan di lebih 35 negara. DiCentral menggunakan pustaka penyepaduan yang besar dengan ERP dan aplikasi lain untuk bertukar data transaksional secara lancar dengan rakan kongsi perdagangan di seluruh dunia untuk memaksimumkan ROI sambil mengekalkan infrastruktur data sedia ada. Perkhidmatan dan penyelesaian DiCentral dimanfaatkan oleh banyak syarikat Fortune 1000, memproses lebih daripada $200 bilion dalam urus niaga di lebih daripada 30,000 organisasi di seluruh dunia. Untuk maklumat lanjut, lawati www.dicentral.com.

Perihal Welsh, Carson, Anderson & Stowe
WCAS ialah firma ekuiti persendirian utama A.S. yang berfokus pada dua sasaran industri: teknologi dan jagaan kesihatan. Sejak penubuhannya pada tahun 1979, strategi firma ini adalah untuk bekerjasama dengan pasukan pengurusan yang cemerlang dan membina nilai untuk pelaburnya melalui gabungan penambahbaikan operasi, inisiatif pertumbuhan dan pemerolehan strategik. Firma ini telah mengumpulkan dan mengurus dara yang berjumlah lebih daripada $27 bilion modal terikat. Untuk maklumat lanjut, sila lawati www.wcas.com.

Perihal Accel-KKR
Accel-KKR ialah firma pelaburan yang berfokus pada teknologi dengan lebih $10 bilion dalam modal terikat. Firma ini berfokus pada perniagaan perisian dan didayakan teknologi, berada pada kedudukan yang baik untuk pertumbuhan garis atas dan garis bawah. Pada teras strategi pelaburan Accel-KKR ialah komitmen untuk membangunkan perkongsian kukuh dengan pasukan pengurusan syarikat portfolionya dan berfokus pada membina nilai berserta pengurusan dengan memanfaatkan sumber signifikan yang tersedia melalui rangkaian Accel-KKR. Accel-KKR berfokus pada syarikat pasaran pertengahan dan menyediakan pelbagai penyelesaian modal termasuklah modal beli habis, pelaburan pertumbuhan minoriti, dan alternatif kredit. Accel-KKR juga melabur di seluruh pelbagai jenis urus niaga termasuklah permodalan semula syarikat persendirian, pembahagian bahagian dan urus niaga pertukaran menjadi persendirian. Pada tahun 2019 dan 2020, Inc. menamakan Accel-KKR pada “PE 50 – The Best Private Equity Firms for Entrepreneurs,” senarai tahunannya bagi firma ekuiti persendirian mesra pengasas. Accel-KKR beribu pejabat di Menlo Park dengan pejabat di Atlanta dan London. Lawati www.accel-kkr.com untuk mengetahui lebih lanjut.

Orang Hubungan Media

Lisa Aurichio
Presiden, BSYA
(917) 476-8366
[email protected]


GlobeNewswire is one of the world’s largest newswire distribution networks, specializing in the delivery of corporate press releases financial disclosures and multimedia content to the media, investment community, individual investors and the general public.

© 2023 BlackButterfly DesignArts