Warning: call_user_func_array() expects parameter 1 to be a valid callback, no array or string given in /home/runcloud/webapps/ramaramamy/wp-includes/class-wp-hook.php on line 324

Crocus Technology Memperkenalkan Penderia Arus TMR XtremeSense® yang Paling Pantas dan Paling Tepat di Dunia dengan Tiada Kompromi Prestasi

2021-08-16T12:00:00Z

CT430 dan CT431 membolehkan jurutera reka bentuk meringkaskan produk mereka sementara masih dapat mencapai penyelesaian kecekapan yang lebih tinggi

SANTA CLARA, Calif., Aug. 16, 2021 (GLOBE NEWSWIRE) -- Crocus Technology Inc., pembekal utama penderia TMR XtremeSense™ Magneto-Rintangan Terowong yang disruptif, hari ini mengumumkan penderia arus terpencil CT430 dan CT431 dengan jalur lebar 1MHz dan <1% ralat keseluruhan pada julat suhu penuh. Operasi berkelajuan tinggi dan output yang tepat membolehkan pelanggan mengoptimumkan reka bentuk sistem untuk saiz yang lebih kecil dan kecekapan yang lebih tinggi. Berbanding dengan reka bentuk sedia ada yang menggunakan Penderia Hall, penderia TMR XtremeSense™ membolehkan penyelesaian reka bentuk tanpa kompromi dengan menggabungkan respons lebar jalur tinggi dan ketepatan tinggi.   

Produk CT43x ialah peranti tanpa teras yang menggunakan teknologi TMR XtremeSense™ Crocus yang canggih untuk mengesan variasi yang teramat kecil dalam arus AC atau DC sambil mencapai jumlah ralat output kurang daripada 1.0% pada julat suhu penuh daripada -40°C hingga +125°C yang belum pernah dicapai sebelum ini. Selain itu, CT43x mempunyai kekebalan terbina dalam yang kukuh terhadap medan biasa yang membenarkan peranti menolak > 99% medan sesat tanpa memerlukan pemerisaian luaran. Teknologi TMR proprietari Crocus sememangnya menawarkan nisbah isyarat-ke-hingar (SNR) yang sangat tinggi yang membolehkan pengukuran resolusi tinggi yang diperlukan untuk aplikasi kawalan atau pemantauan tepat. Ralat linear dan prestasi ofset adalah lebih tepat secara hakiki, membenarkan penyingkiran penentukuran tahap sistem yang biasanya dilakukan dengan rujukan voltan luaran, lalu membebaskan masa pemproses dan meringkaskan reka bentuk sistem. “Saya berasa teruja untuk memperkenalkan produk penderia arus yang benar-benar terbeza yang menonjolkan manfaat yang boleh dibawakan teknologi TMR XtremeSense™ Crocus.” kata Zack Deiri, Presiden dan CEO Crocus Technology. “Pelanggan kita telah dikagumkan oleh tahap prestasi yang dapat kami dapat sampaikan dalam aplikasi mereka. Gabungan masa respons dan ketepatan yang tinggi memberi pereka bentuk sistem kefleksibelan yang ingin mereka capai tanpa kompromi.”

Ciri dan prestasi produk:

CT430 (versi 5V), CT431 (versi 3.3V)

Konduktor 0.5mΩ disepadukan yang mendayakan aplikasi 20A, 30A dan 50A

Jumlah output ralat +/-0.7% (typ)

Masa respons 300ns, lebar jalur 1MHz

Hingar rendah 9mArms

Penolakan Medan Mod Biasa (CMFR) bersepadu dengan > kekebalan 99%

Pin output Pengesanan Terlebih Arus

Pelaburan yang dibuat pada bulan lepas untuk mengembangkan kapasiti produksi kami telah membolehkan Crocus bersedia untuk menyokong pengeluaran berjumlah tinggi hari ini. Sehingga kini, kami telah mengirimkan lebih 50J penderia TMR XtremeSense™, dan pangkalan pelanggan kami akan terus berkembang dengan pesat. Produk seperti CT430 dan CT431 yang mempunyai jejak standard industri membolehkan pelanggan menaik taraf produk sedia ada mereka dan mempercepat penggunaan produk.

Menyasarkan aplikasi dalam bekalan Penyongsang Kuasa Suria, Pembetulan Faktor Kuasa (PFC), Sistem Pengurusan Bateri (BMS), Perkakas Pintar, IoT, dan Bekalan kuasa. Peranti canggih ini adalah peneman yang sempurna bagi aplikasi memuncul yang menggunakan peranti kuasa GaN dan SiC yang masa respons pantas penderia arus TMR Crocus akan memastikan kecekapan operasi yang tertinggi.

CT430 dan CT431 tersedia dalam pakej SOIC-Wide 16 penyambung standard industri dengan dimensi 10.20 10.31 2.54 mm. Sampel dan papan penilaian kini tersedia dan peranti akan memasuki pengeluaran penuh pada bulan Ogos 2021. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang produk CT430 dan CT431, sila lawati laman web produk:

CT430 https://crocus-technology.com/products/ct430/  

CT431 https://crocus-technology.com/products/ct431/  

Perihal Crocus Technology

Crocus Technology membangunkan dan mengeluarkan penderia magnetik canggih berdasarkan teknologi penderia TMR XtremeSense™ yang dipatenkan. Teknologi penderia magnetik yang disruptif Crocus membawa kemajuan yang ketara kepada IoT dan peranti pintar, aplikasi industri, pengguna, perubatan dan elektronik automotif yang memerlukan ketepatan tinggi, resolusi tinggi, prestasi suhu yang stabil dan penggunaan kuasa yang rendah. Crocus beribu pejabat di Santa Clara, California. Untuk maklumat lanjut, sila lawati http://www.crocus-technology.com.

© 2021 Crocus Technology International Corp. Hak cipta terpelihara. Crocus Technology, XtremeSense dan gabungan daripadanya ialah tanda dagangan Crocus Technology Inc. dan Crocus Technology SA. Nama lain adalah untuk tujuan maklumat sahaja dan boleh merupakan tanda dagangan pemilik masing-masing.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

Elsa Magnani
Crocus Technology
Tel: +1-208-999-6643
E-mel: [email protected]


GlobeNewswire is one of the world’s largest newswire distribution networks, specializing in the delivery of corporate press releases financial disclosures and multimedia content to the media, investment community, individual investors and the general public.

© 2023 BlackButterfly DesignArts